Tuesday, March 9, 2010

Sayunya Hati...Minggu 2

Aliah menangis lagi pagi ini...Minggu kedua dah. Aku taktahulah sama ada dia masih separation anxiety atau apa? Maybe ada yg buatkan dia tak seronok, tapi mcmana nak detect?

Tengokkan cikgu2 situ pun mcm tak pandai pujuk je, tak pandai amik hati...Tak tahulah bila time kita gi keja. Haa, sudah! Aku mula nak berburuk sangka !!!

Kadang2 fikir keputusan ni mcm mementingkan diri...........Sbg seorang ibu, melihat kesedihan anak adalah kepedihan dan penderitaan yg boleh mengalahkan ego/ hati seorang ibu! Adoihh...

Rasanya tunggu seminggu lagi........Kalau begini jugak lagaknya, satu keputusan perlu diambil. Aku tak pandai buat keputusan. Biarlah hubby yg buat kali ni, namun semoga mendamaikan bagi semua!!

4 comments:

isabelle said...

maybe she has the instinct bout the new baby, tapi u kena kuatkan hati lagi.
i dah sabar lama gak psl sitter tu.dlm pada kata nak tukar, tau2 dia ckp adam dah start balik mkn nasi (after 1mth mogok xnak nasi kat rumah sitter).
so, plan tertunda dulu kot...

salzahari said...

entahla..is...pagi2 je mesti drama. ni dah masuk hari ke3 minggu ni kan,dia msih menangis dan bg byk alasan,i dah nak start mrh2.then pg td,siap suh i mandikan dulu (di nursery tu) baru leh tinggalkan dia:p nasiblah opisku dekat, 'sepelaung' !

Haryani Zakaria said...

sal,

sorry tadi anak kacau masa berfb. well, anak aku ambil masa yg lama jugak nak settle down di nursery masa first time hantar. Masa tu lagilah dia dah 4 tahun. It's a normal thing. Yang penting, kita yang kena kuat sebab kita yang mengerti kenapa kita hantar dia di situ. Aku jenis kasar dgn anak dari aspek aku tak manjakan sangat. Aku suka dedahkan anak pada kesusahan sbb nanti dia pandai berdikari. Aku selalu pikir yang tak setiap masa semua benda yg dia suka dia akan dapat. Jadi benda mcm tu aku kena ajar diaorg jugak. Memang aku faham sukar dan terseksa naluri kita sbg seorang ibu tapi sabarlah...Aliah pun dah besar. I think you have given her enough time being cared at home and dia kena gak belajar bersosial dgn kanak2 lain. Aku dulu masa hantar anak ke nursery bukan setakat drama je yg aku kena hadap, tapi anak kerap sakit sbb exposure dgn budak2 lain akan mendedahkan anak kita dgn jangkitan virus dan sebagainya. Itu juga adalah lumrah biasa kalau hantar ke nursery. Aku bersyukur sbb hantar Arshad ke nursery UUM dulu (walaupun seksa mcm ko) tapi bila sampai UK dia masuk sekolah biasa alhamdulillah dia boleh adapt walaupun sekitarnya adalah alien2 yg ckp omputeh sepatah haram pun dia tak faham - but he managed to adapt it quite easily which I thanked the experience he got previously. So insyallah berikan lah anak ko dan ko juga masa untuk semua ini... take care and hope to hear good news from you :-)

salzahari said...

::Me::
Thanks a lot Nani..Minggu ke3,hubby buat keras skit,so no more hantar and sit for 5 min.Pagi ni kami hantar terus pd cikgu dia dan tinggal. Masuk je keta dah x dengar tangisan dia :p Budak, manja kan?!!

Aku suka nursery ni walaupun x byk toys (mcm yg slide dsb),bersih dan kanak2 sakit tak dibenarkan hantar.. Kecuali dah nak baik,baru hantar.So indirect susah kena sakit and thanks to BF juga sbb so far,belum lg dia dijangkiti apa2 !