Friday, May 28, 2010

Amalan Harian yang Kurang Manfaat

Kajian telah membuktikan terdapat beberapa amalan harian dalam mengasuh kanak-kanak seperti pemakanan, cara asuhan, teknik rawatan dan ciri kebudayaan yang boleh menyebabkan kerencatan pembangunan sistem neurologi dan otak anak.

Akibatnya pembangunan daya pertuturan, bahasa, gerak-geri, kognitif, intelek dan emosi anak terencat.

Untuk pembangunan otak yang optimum pada setiap pembangunan, kita mesti faham proses itu dan berusaha untuk memastikan dua perkara penting wujud:


1.Membanyakkan perkara-perkara yang meningkatkan pembangunan otak.
2.Mengelakkan apa jua yang mungkin merencatkan pembangunan otak.

Ada beberapa perkara asas yang berupaya meningkatkan pembangunan otak pada peringkat awal usia kanak-kanak. Antaranya meniarap, menjulur, merangkak, menyusur, berjalan dan berlari.


Manakala beberapa perkara yang merencatkan pembangunan otak anak ialah:

1.Ibu bapa tidak memahami keagungan menjulur dan merangkak.
2.Anak sering ditelentangkan.
3.Anak tidak ditiarapkan.
4.Anak yang sering didukung.
5.Anak yang sering dikepit atau diriba.
6.Anak yang menggunakan walker.
7.Anak yang ditidurkan dalam buaian terlalu lama dan kerap.
8.Anak yang dikurung dalam kandang.
9.Rumah yang terlalu kotor.
10.Rumah yang terlalu banyak perabot.
11.Rumah yang tidak cukup ruang untuk anak menjulur dan merangkak.
12.Anak yang dibiasakan dengan makanan rapu dan minuman ringan.


Manfaat menjulur dan merangkak
“Lebih awal anak ditiarapkan, lebih cepat ia akan menjulur dan merangkak. Lebih banyak ia menjulur dan merangkak, lebih kukuhlah kemampuan ia bergerak, meneroka, membangun dan seterusnya.” – Glenn Doman.

Dr. Glenn Doman dan rakan-rakannya di Philadelphia, menceritakan konsep susunan neurologi, iaitu perkaitan kemampuan manusia dengan tahap pembangunan otaknya.

Jumlah sel otak atau neuron yang berjuta-juta jumlahnya adalah anugerah Allah S.W.T yang paling agung sekali kepada manusia.

Setiap sel diberi nama dendrit iaitu ia akan keluar jika ada stimulasi dan sekiranya cukup sumber tenaga, oksigen dan di dalam keadaan emosi dan kesihatan yang baik.

Penyelidikan menunjukkan bahawa dendrit akan terus bercambah sehingga manusia mati sekiranya wujud persekitaran dan stimulasi yang baik. Oleh itu, tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahat.

Sumber : Majalah Pa & Ma, Mei 2010

Thursday, May 27, 2010

2nd Car

Most of the couples yg kerja satu ke utara, satu ke selatan ada 2nd car...Tak kira laa 2nd car itu lebih besar, atau lebih kecik! Heheee....Sejak hidup bersama 6 tahun ni, kami tak pernah ada 2nd car itu. Yg kami ada, buying the 2nd car (2nd times) ! Setakat ni mmg baru 2nd time laa...Sbb?

Selama bersama ni, Allah mudahkan kami....Kerja 'sehala' dan waktu masuk berbeza. Hubby akan drop aku dulu, sbb aku masuk kul 8 dan dia masuk kul 9.00-9.30. Bila aku nak kena meeting mana2, aku tempah kenderaan jabatan awal2 :p Mmg tak nampak keperluan laah nak pakai 2nd car ni sbb bagi aku, selagi leh jimat byrn bulanan selagi tu laah nak berjimat tmbh pulak keta ni jenis aset susut harga, buat pa nak papa asal bergaya!

But then, the situation changes....Just a few days ago when i load my booking on the 2nd car! Why? Why now? One of the reason is to get confident again driving in KL Metropolitan :p And, yeah.. I think we need the 2nd car to save on fuel. Kalau dgn 1 keta tu, walaupun save bulanan tp tak save sgt sbb habiskan ke fuel!

And well...To tell you the truth, i'm really excited to get my new and 'own' car! The routine of hubby send and fetch me would not be changed (unless i have meetings to attend early)...But hope it didn't cost us much laah with the new car!

Wednesday, May 26, 2010

10 Tahun Lagi

42...42 tahun! Harapnya masih sihat bertenaga...Akan kerja kah lagi 10-16 tahun dari umur itu? Hmm..Pelan persaraan.

Memang tak fikir sgt pasal tu, sbb rasa masih 'muda' (bergetah) utk terus memanjat tangga kerjaya....Ahahha, syok sendiri. Tapi sampai bila? Tak bosankah? Memang bosan, tambah bagi org yg jenis tak tau buat apa...

Org yg jenis taktau buat apa ni, aku jerla kot....Rasa suka bercerita dan menulis je! Huhh...Menulis ke? Heee...Merapu ada la. Seriyesly, kwn baik aku pernah jwb dlm interbiu dgn PDRM pasal aku, bila ditanya adakah aku ini jenis berpersatuan, berpolitik! Tahu apa dia jawab "Setahu saya, Sal tu jenis tak buat apa...Hobi pun tadak!". Huhahahaaaaa !!!

Funny, blunt, laser but true...Aku x amik hati sgt. Tgk blog Fid, minatnya ke arah masakan dan jahitan. Lyna pulak, diam2 ubi tangan 'berjalan' dgn mcm2! Hmm....Aku ni dari rumaja, mmg jenis outdoor. Aku tak reti menjahit, lagii laa jgn harap nak pupuk minat! Masak, kira oklaa jgk lps ada anak ni tapi tade la passionate sgt mcm Yaya dan Fid, rajin menerai mcm2 resepi! Huhhu...So bersara nanti, buat apa ? Melopong, makan angin merata dunie macam duit 40-50 juta dlm akaun ??!! Ahhahaaa...........Ke bwk van sekolah je? Pastu jadi 'Akak' Sal mcm abg Reza dlm Geng Bas Sekolah 611 :p


Tetiba terjengah blog Children Islamic Centre, mcm berminat laak nak bukak 1 di area Rawang ni...But how do i start? Berapa RM kena ada? Mcmana? Nanti nak call laah.........Korang lak, dah ada pelan persaraan?

Monday, May 24, 2010

Nama Apa Ye?

Salah satu keterujaan ibu bapa ialah menamakan bayi mereka yg baru lahir...Tak ingat full hadith tapi lebih kurang mcm ni bunyinya,

"Adalah tanggungjawab ibu bapa utk memberi nama yg baik kepada zuriat mereka...."

Memang mcm2 sgt nama org sekrg bagi, tapi harapnya biarlah ada makna! Makna ni penting kerana setiap kali kita panggil anak kita, dah mcm satu doa utk anak tu jadi mcmana..or refleks imej budak tu.

As aku prefer nama start huruf awal2 (A to K) sbb nak anak2 jadi org yg progresif lagi aktif serta takmo nanti kena tunggu giliran lmbt (mine, start with 'S' and hubby start with 'Z'), aku namakan first daughter --> Ain Najwa then 2nd one, Aliah Irdina.

Kalau confirm girl jgk yg ketiga ni, entahlaah nak nama start with 'A' juga atau lain2 (sebelum N). Kalau boy, org sarankan letak depan Ahmad/ Muhammad. Insyallah Muhammad tu ada dlm senarai sbb nama baby boy mcm tak lengkap tanpa Muhammad!

Jadi apa nama anak korang? Anak akan dtg impikan nama apa pula?

Tuesday, May 11, 2010

Apa Makna Hari IBu Utkku...

Memang semua org akan mengenang ibu begitu begini. Tipikalnya org mengingat ibu yg penat mengandungkan, meneran melahirkan, menyusukan, menjaga tika sakit demam, dsb. Dulu, semua tu mcm klise! Yaa..Klise bagi org yg belum pernah lalui semua tu.

Well, aku yakin kuasa Allah semua wanita yg bergelar isteri (by natural) akan ada rezeki melalui semua pengalaman itu then only u treasure what all it means! Mcm Eja (artis tu) kata dlm Mingguan Wanita minggu lepas...Kenapa laah dia pentingkan diri, sanggup tunggu hingga 10 thn baru nak lalui semua itu?


Indahnya saat ini.......


Sbg ibu 'muda' dan baru...Aku memang akuilah ;)
1) Letihnya mengandung (walaupun tak alah teruk) --> Alahan, sakit tulang punggung, tulang peha semua laah time bawak perut tu.
2) Peritnya bersalin (walaupun jahit tak besar) --> Sengkaknya laah kena V.E, rasa nak stop dah bersalin bila kena lalu contraction, rasa mcm nak ganti org je bila kena jahit !!
3) Menyusukan (walaupun tak laah tip top sgt) --> Sakitnya pinggang, bahu mengiring dan pelbagai posisi (ngantuk, tak cukup tido tu standardlah), sedihnya hati bila nak bagi anak tgk susu sikit.
4) Keluh kesahnya hati bila anak sakit, demam --> Every second dok berdoa keadaan tak jadi teruk !

Mcm kakak2 ku yg dah ramai anak kata, anak ini satu dugaan juga...Dugaan kesabaran. Betul! Dari sebesar 2 jari ke sebesar 1/4 dari badan kita sekarang, kalau tak cukup sabar mmg leh jadi mcm2 kes ! Emm.....

Mmg sebesar 2 jari je kan? Pjg tapak kaki ni..


Aku rasa sbg ibu, mungkin aku takkan mengungkit semua pengalaman yg aku lalui- mengandung, melahirkan, menyusukan dan membesarkan anak2 aku ! Aku rasa semua ibu pun mcm tu... By all means, it is a natural process we as women, have to face. Memang kita cuba sedaya upaya nak didik, protect anak2 kita dari segala yg membahayakan diri mereka tapi sekuat mana kudrat kita?? Org senang2 leh cakap, "Tu makpak laah tak jaga", "Kurang ajar.."(mak pak jgk laah tu) dsb.....

Aku bagi 3 kes dugaan laah...........
1) Kes Benjy - Azean mcm susah nak terima sbb setahu dia, dia dah didik anak dia baik (yer.. tapi di luar pandangan/ pengetahuan dia, kita tak tahu Benjy tersalah gaul ke ape ke).

2) Kes Aminulrashid - Ramai org kata, salah jgk makpak -tak sedar ke anak under age kuar tgh mlm? Cubalah korang bayangkan, anak tu besar mana? Besar 4 tahun leh laa dikepung, ini dah leh jalan, dah leh bwk kereta dsb.....

3) Kes tetak beramai-ramai - Tak ingat nama, tp tertuduh disyaki skizofrenia (mental)...Ibu mulia tu maafkan anak dia walaupun yg anak dia bunuh tu termasuk bapak dia (atok tertuduh) dan suami (bapak tertuduh) tmpt dia bergantung hidup! See...Betapa hina, betapa buruknya anak itu hanya ibu bapa itu sendiri yg sanggup terima dan maafkan dia (Arwah mak aku jgk ada kes spt ini- bkn laah kes tetak, dgn arwah abg aku).

Aku rasa sbg seorg ibu, biarlah org kata apa saja kat anak2 dia...Biarlah org nak kecam dia, hina dia tapi jgn anak2 dia sendiri yg buang dia, hina dia. Seorg ibu tak minta dihargai hanya sbb mereka mengandung, melahirkan, menyusukan tapi seorg ibu itu dah lebih bersyukur kalau anaknya mendengar nasihatnya, mengambil hatinya bila perlu, mendoakan kesejaheraan dan kesihatannya serta mendoakannya bila dia dah tak ada !

Occupied Our Time

Saturday pegi Tmn Layang2 di Kepong...


Photoshoot Zahra, tp Aliah tumpang sama memenuhkan bola
(bola tu props. bawaan Aliah tau)


Ahad lak, Bowling Tournament utk Dept.....


Kitaorg yg x main ni, keja posing jerlah
nak tunggu 2 games habis!


Balik, singgah mkn free kat Launching
Divya(rumah).... Indahnya idup. Hehehee!


Weekend yg full of activities yg sihat....Hehhee. Tade nak citer tp inilah gmbr sedikit sbyk yg ada!

Monday, May 10, 2010

DAH MASUK 6 TAHUN

Yer....Dah masuk 6 tahun jadi mak, ibu, mami, bonda, umi, mama (Aliah suka panggil aku mama lak skrg-mana dia tiru ntah)!

Tak sangka...Not only Ibu for 2 daughters, but after the 5 months scan yesterday, the doctor suspected we going to get another girl!

Sedikit frust, tp x apa...Sebab Aliah still have friends. Lagipun tgk keadaanku yg belum pandai handle, elok jgk girl lg kot sbb senang handle (entah le..org kata boy ni lasak terlebih)!

Anyhow, takdak idea nak cerita panjang...HAPPY MOTHERS' DAY TO ALL MOMMIES & MOMMIES-TO-BE OUT THERE! Keep up the good work and enjoy the day...

Saturday, May 8, 2010

I'm Loving It!

Yes..I'm in love...I'm in love, only now i really sure. I JUST LOVE MY JOB! Hahhaaa....My job now laah, at this current organization. Even not all under my control or happen the way i want it to be, i'm happy that i'm able to handle (that's what keeping me here!).

Not even i can handle the management way, the users, my staffs, the contractors (having good rapport) and also myself!! Ahh...What a feel. Alhamdulillah!

Tuesday, May 4, 2010

Pandainya Memuji

Wahh, sangat bangga kan bila kita dah masak klung-klang-klung-klang anak tunggu bwh tak sabar2 dgn pinggan, kemudian bila dia jamah..Dia kata "Uhh...Sedapnya!".

Hehhee...........Sangat bangga sbb itu masakan air tangan ibu dia sendiri, bkn air tangan mamak, bkn air tangan Kak Eton Restoran Maksu atau apa2.

Tak kisahlah betul ke idak dia kata 'sedap' itu, tapi di tekak seorng anak yg baru 23 bulan (29-6 bulan) merasa makanan, kira betul laah kan ??!! Ehhehe...

Itulah selalunya pemangkin ibu2 rajin memasak kan?? Kalau anak pandai hargai.....Rasanya, kunci dia adalah ibu tu sendiri kena rajin masak dan kekalkan dlm ingatan anak dia, ibu pandai masak-masakan ibu sedap so bila dia ke mana2 pun, dia balik mesti nak rasa air tgn ibu dia !!