Tuesday, May 11, 2010

Apa Makna Hari IBu Utkku...

Memang semua org akan mengenang ibu begitu begini. Tipikalnya org mengingat ibu yg penat mengandungkan, meneran melahirkan, menyusukan, menjaga tika sakit demam, dsb. Dulu, semua tu mcm klise! Yaa..Klise bagi org yg belum pernah lalui semua tu.

Well, aku yakin kuasa Allah semua wanita yg bergelar isteri (by natural) akan ada rezeki melalui semua pengalaman itu then only u treasure what all it means! Mcm Eja (artis tu) kata dlm Mingguan Wanita minggu lepas...Kenapa laah dia pentingkan diri, sanggup tunggu hingga 10 thn baru nak lalui semua itu?


Indahnya saat ini.......


Sbg ibu 'muda' dan baru...Aku memang akuilah ;)
1) Letihnya mengandung (walaupun tak alah teruk) --> Alahan, sakit tulang punggung, tulang peha semua laah time bawak perut tu.
2) Peritnya bersalin (walaupun jahit tak besar) --> Sengkaknya laah kena V.E, rasa nak stop dah bersalin bila kena lalu contraction, rasa mcm nak ganti org je bila kena jahit !!
3) Menyusukan (walaupun tak laah tip top sgt) --> Sakitnya pinggang, bahu mengiring dan pelbagai posisi (ngantuk, tak cukup tido tu standardlah), sedihnya hati bila nak bagi anak tgk susu sikit.
4) Keluh kesahnya hati bila anak sakit, demam --> Every second dok berdoa keadaan tak jadi teruk !

Mcm kakak2 ku yg dah ramai anak kata, anak ini satu dugaan juga...Dugaan kesabaran. Betul! Dari sebesar 2 jari ke sebesar 1/4 dari badan kita sekarang, kalau tak cukup sabar mmg leh jadi mcm2 kes ! Emm.....

Mmg sebesar 2 jari je kan? Pjg tapak kaki ni..


Aku rasa sbg ibu, mungkin aku takkan mengungkit semua pengalaman yg aku lalui- mengandung, melahirkan, menyusukan dan membesarkan anak2 aku ! Aku rasa semua ibu pun mcm tu... By all means, it is a natural process we as women, have to face. Memang kita cuba sedaya upaya nak didik, protect anak2 kita dari segala yg membahayakan diri mereka tapi sekuat mana kudrat kita?? Org senang2 leh cakap, "Tu makpak laah tak jaga", "Kurang ajar.."(mak pak jgk laah tu) dsb.....

Aku bagi 3 kes dugaan laah...........
1) Kes Benjy - Azean mcm susah nak terima sbb setahu dia, dia dah didik anak dia baik (yer.. tapi di luar pandangan/ pengetahuan dia, kita tak tahu Benjy tersalah gaul ke ape ke).

2) Kes Aminulrashid - Ramai org kata, salah jgk makpak -tak sedar ke anak under age kuar tgh mlm? Cubalah korang bayangkan, anak tu besar mana? Besar 4 tahun leh laa dikepung, ini dah leh jalan, dah leh bwk kereta dsb.....

3) Kes tetak beramai-ramai - Tak ingat nama, tp tertuduh disyaki skizofrenia (mental)...Ibu mulia tu maafkan anak dia walaupun yg anak dia bunuh tu termasuk bapak dia (atok tertuduh) dan suami (bapak tertuduh) tmpt dia bergantung hidup! See...Betapa hina, betapa buruknya anak itu hanya ibu bapa itu sendiri yg sanggup terima dan maafkan dia (Arwah mak aku jgk ada kes spt ini- bkn laah kes tetak, dgn arwah abg aku).

Aku rasa sbg seorg ibu, biarlah org kata apa saja kat anak2 dia...Biarlah org nak kecam dia, hina dia tapi jgn anak2 dia sendiri yg buang dia, hina dia. Seorg ibu tak minta dihargai hanya sbb mereka mengandung, melahirkan, menyusukan tapi seorg ibu itu dah lebih bersyukur kalau anaknya mendengar nasihatnya, mengambil hatinya bila perlu, mendoakan kesejaheraan dan kesihatannya serta mendoakannya bila dia dah tak ada !

2 comments:

isabelle said...

sungguh saspens bila part 'sama mcm family i' tu. sib baik u justify bukan kes tetak.hehehe

Unknown said...

Salam ukhuwwah...salam kenal

Teruskan menulis...saya 'follow'

Silalah berkunjung ke mari ya http://www.ibunoor.com

-ibunoor-