Thursday, June 3, 2010

Cameron Highlands 2nd Day

Awat yg aku teruja sgt nak naik sini? Sbbnya seingat aku, seumuq hidup byk2 tempat semua negeri aku dah pi tapi Cameron ni ja belum pernah sampai......Ahhaha, dah umuq 31 baru sampai. Bagi aku, ia tmpt yg menarik, mendamaikan dan sesuai utk pasangan baru kahwin/ baru bergaduh! :p Pi tmpt sejuk2, aman, sunyi pastu tgk bunga, tgk 'strawberi' comel2 (bantal/ kusyen dsb) pun dah melembutkan hati.....

Tapi utk anak2 kecil, maybe kurang nikmat kot sbb takdak pantai....Kalau ada suka pool, takat pool ja bleh berendam tu pun kalau sejuk sgt, nak berendam ape kejadahnya??!! Aku tak suka sgt laah tempat tinggi camni...cam Genting, Frasers' Hill, Bkt Tinggi tahan lagi kot?!! Mana taknya, aku jenis cepat cemuih kalau dok dlm keta lama2 dan jln goyang2 Inul ni (pusing)...Naik sebu semua ada sementara nak sampai.

Hari ke2 kami check out awal sikit.....10.30, bfast semua kat hotel dah. Sebab apa? Sbb esoknya keja dan nak elak berebut 'pusingan' time turun. Lagipun kami nak singgah lagi 2 tmpt utama iaitu Teh Bharat station (nak beli teh pesanan org dan nak ambil gmbr berlatarbelakangkan ldg teh) dan kebun / ldg strawberi. Ldg strawberi kami pi yg kecik je, so tak byk sgtlah yg nampak ranum! Beli sikit dan ambik kesempatan makan aiskrim strawberi skit (dlm hati tringat Coklat Strawberi time Dato Siti galak dgn Datuk K...bluweek! :p).


Ni yg belum masak! Baby lagi
kata Aliah


Ni yg dah masak....Tunggu dipetik/ luruh sendiri!


Sedap woo !!


Lps makan, terus turun lalui Tanah Rata (ehh, sekejap je lak...) pastu dah sampai kat Teh Bharat station tu! Hahahaa..............Rupanya nama/ jenama teh tu not Bharat! Punyalaa weng...Tak pernah sampai la katakan. Dah org pesan Teh Bharat, dok ingat teh tu jenama Bharat laa tak pandang laa yg jual byk2 di psr mlm, mlm tadi tu sama je dgn yg ada kat station ni. Nama teh keluaran Cameron ni adik2, CAMERON VALLEY! :p Ahahhahaa........Terkena mak !! So belilah brg pesanan dan sedikit buah tangan utk family mertua dan sendiri makan. Kemudian, turun ke ladang teh dan naik atas, minum sikit ambil syarat (takut kempunan, ntah bila nak sampai lagi).

Perjalanan balik masih sama, pusing2 dan tidolah kami 2 beranak ni di belakang.....Sampai2, 1.30 dah kat masjid Batu 3, Jln Pahang. Berenti solat dan makan, terus headed back to Rawang! THE END.............Hehhee, it was a wonderful vacation anyway-puas shopping!!!!

1 comment:

isabelle said...

yg best kat situ mmg shopping sayur & bunga. gila weiii..
niat nak beli sikit pun, last2 x muat keta/bas nak bwk balik.