Wednesday, August 4, 2010

Dari Kacamata Seorang Papa

Komen saya mengenai penyusuan ibu.. pendapat dari hati.. :P Sorry tak berape pandai mengarang.. Main sedap tulis je! heh

1.Sebelum isteri bersalin, tahu dak pasal susu ibu? Apa kefahaman psl susu ibu ni?
Emm... Susu ibu nie adalah yang terbaik dan tiada tandingannya. Bagus untuk si manja malah bagi ibu itu sendiri.Mengandungi kolostrum yang tinggi, khasiat zat, Melindungi bayi daripada pelbagai penyakit, mengurangkan risiko pencemaran . err macam2 lah ! Yg pastinya susu lembu utk anak lembu...Ahahha.


2. Lepas baby dah lahir, minggu pertama tgk isteri menyusu- apa rasa, apa perasaan?
Mestila rase bangga dan bersyukur.. kerana isteri sendiri mampu untuk menyusu badan..

3. Lepas 3 bulan, lepas 6 bulan tgk baby masih menyusu rasa macamana? Ada rasa tersisih ke, rasa macam baby terlalu manja/ berkepit ke?
Em.. tak jugak..Sebenarnya bagus.. si ibu dah bawa/kandung selama 9 bulan.. dlm 9 bulan macam2 perasaan/berangan kat baby dlm perut.. Sekurang2nya beri peluang si ibu beri yg terbaik utk baby.


4. Baby jarang demam, dah mula celik kebaikan susu ibu...Rasa mcmana? Ada kelebihan dan kebaikan lain tak yg nampak?
Itulah kelebihannya... InsyaAllah anak dengar kata, cerdik, aktif dan yang paling penting, sihat...............Jimat duit klinik! :P

5. Baby dah setahun, isteri masih gigih usung pam ke mana sahaja....Rasa bangga ke? Rasa kesian ke? Tgk baby sihat walafiat, cerdik, cergas...Rasa mcmana?
Seharusnya bangga, sekurang2nya.. Org lain mungkin akan melihat dan berkata kita kedukut duit, tapi mesti ramai lagi yg kata "Oo..bagusnya isteri org tu.. Boleh bagi susu badan.."


6. Apa sokongan yg telah diberikan selama isteri menyusukan baby?
Sokongan kene berterusan... Selalu pantau keadaan isteri ketika baby menyusu... Kot2 dia lelah, penat, tak cukup rehat, tak cukup air !!

7. Apa kesilapan atau kekurangan sbg seorang suami semasa tempoh isteri menyusukan baby sepenuhnya??
Emm...Tak tahu mana peranan - nak bancuhkan susu, susu dah sedia ada tinggal selak je, nak layan baby nangis, baby nak 'itu' je! Ntah, lain org lain cara..... Mungkin.

8. Apa cadangan dan pendapat tentang apa sebenarnya suami patut buat jika isteri ingin menyusukan anak2? Apa peranan yang dapat dibuat?
Kena sentiasa beri galakan...Belikan buku yang berkaitan dgn kebaikan penyusuan ibu... Mintak pendapat pakar tentang susuan ibu dan bagaimana suami boleh bantu..Atau mendengar kelebihan org lain tentang pengalaman mereka melalui penyusuan ibu. Rasenya.. Kempen penyusuan ibu nie kene kuat sikit kat media terutamanya.


9. Apa harapan dan peranan utk baby2 akan datang?
Harapan.. untuk baby akan dtg, teruskan cara penyusuan ibu ini..Untuk kebaikan/kelebihan baby serta ibubapa itu sendiri.. Belajar dan terus belajar...Tak usah merungut susah.. Fikirkan masa depan anak-anak kita.


** Nukilan papa Aliah

No comments: