Friday, December 10, 2010

Bila Sakit, Sama Ja...

Sakit bersalin, semua yg mengandung takkan dapat lari....Mungkin la ada yg kata kalau c-ser, mungkin tak berapa sakit tapi sakit kemudiannya.


Okey, rata2 org skrg takut nak bersalin di hospital kerajaan atas pelbagai alasan dan alasan paling klise adalah mulut nurse yg laser dan kelembapan servis menambahkan sakit yg ada! Hmmh...

Bukan nak pro.mana2 atau compare....Sememangnya mana2 pun anda bersalin, sakit jugak yg anda rasa. Tapi harus juga diingat tmpt yg kononnya lebih bagus tu mungkin ada yg kurang. Jadi di manakah pertimbangannya di sini?

Aku bersalin 2 yg pertama di hospital kerajaan dan kali ke3 ni saja nak try di swasta.....Well, maybe sbb swastaku tahap 3bintang je, so tak nampak perbezaannya sgt.

Servis
1. Memang akui lebih cepat dari hosp.kerajaan --> Yerla, dah 1-2 org je nak bersalin pd masa yg sama.

2. Consultation setara --> Namun ada jugak yg kurang kerana ketiadaan pakar tertentu di swasta.

3. Layanan dan kemesraan --> Mmg lebih mesra krn byk masa dan ratio patient: staffs rendah.


Fasiliti
1. Hosp. kerajaan di bandar besar lebih lengkap pastinya --> Hosp.swasta kecik normally tak cukup incubator dsb.

2. Lab test result lebih cepat di hosp.kerajaan --> Tidak boleh dpt segera di swasta krn sub. ke lab luar.



Jadi, tepuk dada tanyalah selera...Kalau berlebih dan mampu, tak salah mencuba di swasta dan kurangkan beban hosp.kerajaan serta beri peluang tuk org lain yg perlu lebih. Namun kalau dipilih swasta kerana anggapan2 yg bukan selalu berlaku, adalah kurang adil kerana di mana2 pun, sakit tetap sakit !!

1 comment:

isabelle said...

i tetap dgn pilihan ke hospital gomen.