Monday, January 31, 2011

Adik Manees.........

Adik manees...........(baca ikut mcm Bangla/ India selalu cakap)....

Selalu kami kata kat Amani...Adik manees..........Walaupun asalnya panggilan tu pd Aliah bilamana dia selalu tonjol2kan diri kat carwash depan tu.

Asal2 Adik manees....kat Amani....Last2 jadi gini...


Adik manees..........
Ibu manees.....
Papa manees.........
Atok manees.......
Nenek manees..........
Acik polis maneesss..................


Ahahhahaha!! Tu belum lagi google jadi good girl...chicken chop jadi chincop....tomyam jadi Tok Ayam.....Hahahahh! Gila nak gelak sampai guling....Puas nak suh dia sebut Tom Yam (terpaksa kata Tom, yg tom & jerry tu),

Size Doesn't Matter!

Haa...fikir size apa? ;)

Wahai kaum hawa, para ibu...Besar ke, kecik ke, size 50 sen ke RM2.00 ke, percayalah 'aset' anda yg sepasang tu fitrahnya Allah dah cipta dpt menyusukan!! Ramai ibu bdn kecil,saiz 50sen ke tak konfiden nak susukan bayi mereka krn takut takde susulah, tak cukup dsb...Dan ada juga kes walaupun dah bersedia habis, tapi tiba2 give up sbb tak boleh!

Bkn tak boleh sbb apa, sbb puting x 'sesuai' !! Mcm susu botol jugak, kalau x sesuai kita cari jgk yg sesuai... Dlm keadaan si ibu yg mungkin inverted nipple (flat nipple/ puting tgelam), sebenarnya ada caranya...Ibu2 kena ingat, yg susu ibu bkn dihasilkan oleh puting tp susu dikandung di bhg ' hitam' tu ( sbb tu pentingnya kwsn itu dirangsang n sbb tulah latch on yg betul di situ ditekankan)!

Puting, sptmana puting tiruan adalah fungsinya menyalurkan susu... Jadi jgn risau puting yg tenggelam tu! Tanyakan dari jururawat2 terlatih di hospital sblum anda keluar wad, bagaimana cara yg boleh menarik puting itu ... PERCAYALAH anda pasti boleh menyusukan bayi anda!

Saturday, January 29, 2011

Mengepam time kursus

Huhuu...sgt mencabar pd mulanya, tmbh kalau baru naik keja 1-2 mggu dah kena attend course!! Jgn panik, jgn risau wahai ibu2..Anda pasti boleh! Alah bisa tegal biasa..Spt yg diketahui, rules utk ensure continuity of breastmilk supply is supply vs demand. Cuba sedaya upaya mungkin ye utk tidak skip session/ delay berhari2/ berturut2!! Nanti ada padahnya...

Ada 2 jenis course, jadi aku share 2 kekdah la ye?

1) Course di siang hari je
Maksudnya course yg tak perlu stay in di luar ..Spt mana2 course, ada 3x break...Kalau sang adam boleh take 5 or 10 gi ' berasap', kita pun boleh!!

Masa tea break kul 10, curi masa utk pump dulu..Time2 mcm ni, double pumping sgt save masa! Kalau rasa lpr sgt, amik le dulu kuih sebiji 2 utk dimamam time pam.. Begitu juga time teabreak at 3.30/ 4.00...

Utk lunch,kalau tidak kisah utk tidak 'networking' time lunch,bolehla lari gi pam dulu..Insyallah x habisnya mkn tu!! Takpun mcm tadi jugak, bleh amik dulu letak kat meja mtk kwn2 'jagakan'..


2) Stay-in course
Ni mmg 'msk' skit...Siang mlm kena pam!! Sila jgn ngelat konon time nilah nk tido 'aman'!! (sok2 mula merungut susu dh sikit!)..Teruskan sesi pam sama spt berapa kerapnya menyusu di rmh(setiap 2-3j?)

So dah simpan slmt dlm fridge hotel, time balik jgn lak lupa me'travel'kan semua stok berharga
tu dgn cara 'selamat'( guna coolerman n ice pack yg mencukupi)!


Senang kan? Cuma kena rajin & jaga masa je

Wednesday, January 26, 2011

Tak Cukup Kiasu!

Bila baca entry Lyna yg ni , memang rasa betul...Ramai dari kita, tak cukup kiasu dlm pendidikan anak2 dan juga agama! Upss...Bukan dari kita, sendiri juga mungkin.

Kita harap anak jadi pintar, IQ dan EQ tapi sayang nak melabur....Sayang nak beli buku mahal- takut koyak, tak pakai lama dsb (pdhal sdiri yg mls mengajar), sayang nak hantar tadika mahal dan insyallah bagus2 sbb rasa jauh dan taktau baloi ke tak dsb. Duit gaji 3-4 ribu (atau lebih), adakah at least 30% pd anak2???

10% rasanya insyallah ada...Ke mana? Ye, ke akaun SSPN dll...Ye, itu tabungan masa depan dia. Tapi bagaimana utk permulaan pembelajaran? Mcm entry Lyna juga dan dari pembacaan lain2 (tak ingat kat mana), saraf otak anak berhubung pesat pada tempoh 4 tahun pertama...Sayangnya kalau kita tak optimakan ia !!

Sebenarnya aku juga dah lama teringin nak hantar anak tmpt yg lebih baik dari skrg..Cuma kwsn rmh kami, tak byk pilihan. Nak hantar yg ada syllabus mcm Little Caliphs, Smart Reader kena jauh sikit which is buat masa ni, belum berkesempatan utk terkejar2 begitu !! Hasilnya hantar ke nursery 'biasa'....Bukanlah kat nursery tu tak belajar apa, cuma mungkin masanya tidak dioptimakan lantaran penjaga2 pun muda belia ! Dan juga aku takut kalau2 mereka melabelkan anak2 kami dgn stigma2 negatif spt "tak pandai", "lembab", "lembek" dsb (so far, mmg tak pernah dengar, tapi x tahulah kan.....).

Aliah tu nampaknya bijak, potensi ditambah dgn penguasaan bahasa yg bagus bagi kanak2 seusianya tapi sayangnya kami belum optimakan lagi perkembangan saraf otaknya.....Kadang2 dia menjawab dgn imaginasinya dan sebab-akibatnya, mmg mcm tak percaya dia baru 3 tahun! Alhamdulillah............

Monday, January 24, 2011

ICT
























Sakit

1) Amani demam..Suspect chickenpox. Huhuuu!

2) Ibu amani sakit lidah, ulser kot...Sedih, rasa satu nikmat ditarik! Nikmat merasai makanan...

3) Aliah sakit kaki

Apa pun, yeahh...Esok dah gaji !! Hahahaha

Thursday, January 20, 2011

Ambik Peringatan wahai bujang dan dara!

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya


Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x

Tuesday, January 18, 2011

PADAN MUKA MUUU !

Haa..Padan muka dekat diri sendiri. Poor time management!

Nak cari ilmu, terkurang laak apa yg dikendong....Pasal milk supply. Last week kan almost everyday aku terkejar2 nak pam. Delay toksah cakap le!! Sbg contoh, patut pam kul 12.30 aku pam 1.30 dan kdg terbabas sampai kul 3.30 ...

Betul laa teori supply vs demand..Disebabkan jarang pam dan rushing je selalu (tak pam sampai betul2 0), minggu ni susu dah mula merajuk !! 'B'...Jangan la merajuk :(

Dari selalu pam tghari leh dapat 3-5 oz, skrg tghari dpt 3 oz je.....Dari hari2 dapat bwk balik 5 -6 bottles (contains 2 - 3 oz), skrg manage to get 3 bottles pun dah syukur sgt !! Amani ada lagi 2 bln baru nak masuk 6 bln....

And...6 bln BF bukannya 6 permulaan, tp complete 6 till the end of the 6th month or equal to 179 days !! (31+26+31+30+31+30).


BF Aliah @ 5 months

Monday, January 17, 2011

I'm Joining d Club !!


Yeah, right...What club? Bukan kelab mlm, bukan clubbing mahupun club2 mahal dan berprestige tapi wajib masuk kelab yg boleh dibanggakan (kebanggaan diri sendiri & keluarga).

Yeah...Aku terpanggil utk join BF Support Group di tmpt keja n sekaligus komuniti kwsn rmh. Walaupun kita semua bercakap pasal BF sbb pengalaman, usaha serta minat tapi bila dah buat semua tu mcm 'rasmi' (i prefer to call it my Ko-K activity), kenalah buat 'betul2'.

Prior selected to be one of the member, we have to sit for 20 hours course. Separuh je dari lactation counselor kena (40 hours) !! Prior to that also, we have to answer 30 multiple choice questions and 2 subjective questions on the pre-test...Which hahhaa, i managed to get 46% only!

Alhamdulillah, i succeed in the course with 80% marks !!! Bravo.....Hehhee. Well, the 3-days course cover 16 chapters! So cramp....Plus, we have to do 3 practical sessions with real patient. Banyak yg kita tidak tahu sebenarnya .....Err, maybe aku je yg tak tahu! Hmm...Dari 16 chapters tu, hanya 1 chapter je kita rasa at finger tips; tidak lain tidak bukan adalah pasal attachment and milk supply/ production.

Maybe as this course for health professionals, so banyak benda kami kena bljr which is so interesting n so informative !! Let me share some (i summarize ok...) :-

1. BF is an option to mothers; so we have to communicate well to influence them and not to judge any of their words/ objection not to BF.

2. Skin-to-skin contact immediately after delivery helps BF get started easier.

3. Milk produced based on 2 hormones and with refer to breast anatomy, it does explains supply vs demand.

4. BF being protected by government thru special ethics and guidelines which prohibits FM company from promoting their product directly (this is really interesting which sometimes we can't think of the hidden agenda).

5. BF for special infant needs is different, but still powerful compared to FM.

6. HIV+ve mothers by Malaysia policy, should not BF their children except they BF exclusively.

7. How moral support and certain birth practices help BF get started.

8. Hand expression using 'C' shape massage.

9. Blocked duct and mastitis management.

10. Our role and how we can assist the community.


An Update

Lama x update pasal 2 princess tu kan??

1. Aliah Irdina
Down with chickenpox hjg bln hari tu....Walaupun demamnya dah lamaaaaaaaaa sgt sebelum balik Kedah lagi,tapi baru skrg tu kuar mendenya. Tapi kuar pun x byk mana, x sampai 20 ketui pun even dah bg minum ayaq nyoq bagai!! So seminggu gitu dah kering, terus bagi bedak sejuk....
Dah besar anak dara ibu, rasa tak sanggup
fikir nanti dia besar akan tinggalkan ibu!


Haaa...She's a Drama Queen. Pandaila pantang2 semua, pantang kicap, pantang mandi (?), pantang itu ini anddddddddd dia paling teruja, pantang 'sekolah' !! Hhehehe.....Seronok kot takyah kalut2 gi nursery.

Aku amik gaklaa cuti 3hari 'sempena' sakit dia tu dgn niat nak jaga dia.....Tapi dia aktif mcm tade pape pun. Cuma sgt risau takut parut tak hilang sbb mlm2 dia menggaru dan terkopek le !! Nasib kat muka tu 2 ketui je....As of today, yg bwh mata tu dah x berapa nmpk tp yg bwk leher tu nmpk lagi le !!

Masuk minggu ke2 tak gi nursery, member dah mula main2 semua sebut nama kengkawan dia kat nursery....I guess she missed her days at the nursery. So genap 2 minggu, 4/1/2011 dia ke nursery semula mcm biasa.

Cuma.......Yg sedihnya, geng Barbie dia yg 2 org tu dah tade. She never had a chance to say goodbye !! :( Sorang dah masuk tadika, sorang dah tukar kot...


2. Afrina Amani


Adik yg happy je....Sejuk hati
tgk senyum adik



Adik semakin chubby....Kami suka panggil Dobot! Mcm cute je kan bunyinye ?!! Hehhee....Dobot dah 6kg lebih kot. Nak confirm weight kena tunggu Rabu ni laah baru dpt check berat latest... Berat might be tak berapa tepat sbb dah nak masuk 4 bln tp baru dpt appointment utk 3 bln! $#^$%&$^*$

Amani dah bising....n demanding. Sekrg kalau tinggal dia lama2, dia akan buat bising memanggil. Kalau main dgn si kakak pun, kecoh kemain suara dia. Riuh walaupun tak de bahasa lagi!! Huhhu...Tapi di situlah bahagianyaa, dengar suara anak2 main sesama sendiri.


Sengeh, kemain....



Baru ni potong kuku adik, terketip ibu jari.....Whoaoooaaa.Teruk ibu ni kena bebel dgn si papa! Adoihh aii...Yerla, kami akur mata kami rabun. Dah tgnnya pun sama, sibuk menggagai time org dok potong! Nasib darah berenti jua......

Seronok jgk sbb leh pakaikan Amani dgn rompers...Sgt cute sbb pehanya yg montok itu. Rata2 pegi org kata Amani bolatt. Memang, diakui. Tapi kalau tgk gmbr, Aliah pun bolatt jgk dulu cuma Aliah bolatt slps 5 bln...Lambat skit dari adik.

Friday, January 14, 2011

I'm Into This.....



Can u see what am i drawing??



































Actually I have to get this right too......




WHY ????????????????????


Will story next week...................Muehhehehhehee

Thursday, January 13, 2011

Ko-Ko

Bukan koko coklat ye....

Ada tak korang pernah terfikir mcm bosannya lahai hidup, hari2 gi kerja-htr anak-balik rmh-weekend shopping dsb? Means, we do the same routine every day, every week, ever year... Aku dah mula rasa. Well, sebab aku tade hobi yg tetap melainkan shopping :p yg menghabiskan duit itu, aku terfikir betapa kurangnya aktiiviti sampingan lain semenjak kerja ni!

Dulu zaman U, boleh join persatuan itu ini dan gi homestay ke, masuk kg ke, masuk hutan dsb.. Kira mcm aktiviti ko-kurikulum laah !! Dulu sekolah kami panggil Ko-K, sini org panggil Ko-Ko.. Jgn K.O sudah !!! Ahhahaaa......

So tahun baru ni, aku amik kesempatan join sesuatu.......Yg aku rasa dekat di hatiku, dan aku buat kerana minatku sendiri, tanpa pengaruh sesiapa/ ingin prove pd sesiapa dsb! Nawaitu adalah utk berkongsi....

Nanti aku cerita....Daaa !!!!!!!!!!!!!!

** Potong stim kan??!! Sorry frens..
Aku kejar masa, ptg ni sesi praktikal

Tuesday, January 4, 2011

DSLR Punya Pasal!

Banyak gmbr tak upload ke blog/ FB sbb............



Take time nak resize.
Take time nak upload....


Jadi semuanya jadi malas !


Hmhh....Gambar dlm HP yg 8MP jugak leh gagah !!

Monday, January 3, 2011

Tgh Bersemangat

1. Naik turun tangga time datang dan balik....
2. Nak aktifkan semula akaun Tabung Haji
3. Nak join Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu di pejabat.
4. Nak tingkatkan keberanian drive jalan sesak!
5. Nak cakap lebih lembut dgn anak2...Dan lebih sabaaaar ;)
6. Nak jaga kesihatan.
7. Nak jaga kulit muka.
8. Nak jaga rumah.
9. Nak jaga kereta.
10. Nak jaga.................suami! ;)

Hahhaaa