Thursday, January 26, 2012

Kadang2 Sendiri Itu Perlu

Actually cerita ni sebelum entry Backpackers patutnya tapi terlupa....

Heheh, hari tu aku kena gi Sg Petani utk satu meeting (meeting 1 hari jaa pun) tapi layankan jugaklaah sbb meeting penting & tak boleh diwakilkan, walaupun di hati memang keluh kesah . Pikir dari aspek positif, selepas bersalinkan si Amani pada Sept.2010, mana pernah aku berpisah tido lagi dgn dia!! Kena ajar dia, sbb takot tahun ni byk kena keluar nanti dia takleh adapt laak....

Aku dan geng Serdang sampai A.S pada petang 3.30...Mashallah, memang panas merelit A.S ni compared Selangor kan?!! Berbahang2 la naik cab dari Kepala Batas tu ke pekan A.S....Mula laa nak merungut dgn hometown sdiri. Nama jaa bandaraya,tapi sistem pengangkutannnya masih tahap pekan/ daerah....Nak cari sebiji teksi meter atau bas lalu pun susah! Bayangkan keadaan adalah sama sptmana aku 'tinggalkan' apabila kena merantau ke KL utk mula kerja 12 tahun lalu...

Ok, habih tang tu...Kami dok Holiday Villa (H.V). Cheh, takmo kalah laa kan nak dok hotel 3-4 bintang sbb entitlement layak H.V. Kedudukannya pun aku agak strategik laa sbb nak berjalan kaki cari makan kat sebelah City Plaza tu dan Pekan Rabu oklaa! Kami check in 2 bilik berasingan sbb aku nak ajak anak menakan aku mai lepak mlm satgi....





Lps check in, letak beg dlm kul 4.00 teruih keluaq nak cari lunch....Lalu la kat gerai2 dpn Starwalk tu. Membe aku dah tanya, apa specialty dish A.S nak rasa! Aku kata laksa laa...Memang lalu 2-2 kedai berturutan, juai laksa dan nasi ayam. Lalu gerai ke3, ada nasi arab. Perrgh, mesti sedap ni !!



Kami pun order nasi arab dan air buah...Sampai order, gini rupa nasi arabnya !!




Korang rasa apa rasanya? Gulp...Kami sblum makan, dah pandang sesama sdiri (paused) siap tanya balik bdk tu betul ke order. Membe aku siap tanya, camni ke nasi arab Kedah? Aku kata yerla kot...kasi terai.


Hahaha....Hangpa tau apa rasa dia? Pelik...Rasa mcm nasi ayam, tp ada sambal hijau atas ayam perap tu dan ada coselow.Paling tak tahan, dia bagi satu kuah mcm kuah kicap tapi bau dan ada serpihan maggie !!! Adoiaa....Sbb lapaq, habih la jugak!! Hahaaa......Lps tu kami menapak ke Pekan Rabu. Masih tmpt tumpuan ramai yg aku kira bukan tourist ja suka pi, aku balik kg berapa kali pun mesti nak singgah.








Balik, aku gi spa....Amik pakej Amora 2 jam 1/2. Siap scrub, herbal tea, lemon foot bath, floral bath dan aromatherapy massage! Memang nikmat laa....Sbb tak fikir apa, meniarap dan hilang dgn iringan lagu Jawa. Tak dengar dah rengekan Amani, teriakan si Aliah, dsb.! Sbb Hp pun off...








Mlm, aku dinner di Macam2 Rasa dekat Jln Stadium...Okla, amik tomyam,sate dan telur dadar serta daging msk merah. Mengenyangkan!! Selebihnya kami balik, bersembang sambil layan Tv2 sampai kul 12...

Mmg mcm lupa sekejap dekat bdk2 tu....Tapi bila rasa 'berat', maknanya ada request la tu dari pihak di sana (mcm link kan??) terus kena bangun dan mengepam! Huhuuu...Alhamdulillah, lumayan pulak.


Esoknya lps breakfast terus ke SP...Yg bestnya first time di buffet hotel, breakfast ada ubi keledek rebus dan teluq separuh masak. Hehhee !!

Wednesday, January 25, 2012

Backpackers



Apa? Saya kena galas beg
ni sendiri? (kata Amani)



Selalunya mat salleh suka buat gini...Takpun tourist laa. Malaysian pun ramai dah start buat terutamanya young couples or newly wed sbb nak save budget tmbh2 kalau nak naik Air Asia :p


Last long holiday, we went to Pangkor...Backpack laa konon sbb mcm mls nak bwk beg troli, bajet dok chalet je lgpun bkn pergi tmpt yg 'bersih' nak bergaya kilat2 ke ape ke (pulau kan berpasir?). So masing2 kami bwk beg galas besar ...Plus beg shopping (dilipat kecil) utk standby bwk balik hasil 'rampasan'.


Memang le tak bwk banyak, tapi mak ai...Berat le jugak, ada la 2-3 kg masing2 galas. Hubby lagi laa, extra 9kg sbb dokong si Amani :p Takpe, laki kan badan 'sasa' !! Baju masing2 bawak 2 psg je sbb bajet akan beli tshirt 'ikan' (tshirt putih) murah2 kat Pangkor nanti...Hehehe. Bwk bekalan bdk2 je yg penting ie.pampes Amani, ubat2, bekas air (dan air...), baju2 mereka dan topi serta berus gigi.


So first time try, aku rasa boleh backpack ni utk travel 1D 1N.....Kalau lebih, sakit jgk bahu memikul. Kalau aci tak tukar baju semua selama 3 hari, oklaa....Hehhee.








Friday, January 20, 2012

Selamat Bercuti!

Awal tahun yg sibuk...Sibuk dgn planning, sibuk dgn meeting dll.

Balik hari tu dgn stok perahan yg 'lumayan' jugak! Alhamdulillah....Simpan2 utk backup masa depan.

Ke mana korang cuti panjang ini?

Kami gi dekat je, negeri 'sebelah'....Ke pulau yg kali terakhir pegi adalah 2003! Husband dan anak2 pulak tak pernah sampai...Hope we"ll enjoy the vacation.

Take care semua!

Friday, January 13, 2012

Keluh Kesah

Sebenarnya, sejak 6 bln lalu aku punya stok hanya kais pagi makan pagi....Kira siang2 aku pam tu cukup tuk demand Amani keesokannya (siang). Malam2 memang dah tak bangun! Harapkan direct feeding je which is berapa la sangat dia nyot-nyot di mata sedang tertutop...

Ini laa org kata tak sediakan payung sebelum hujan....Maklumlah dah masuk 'zon selesa' (budak dah start makan nasi)! Walaupun tade alternatif lagi (sbb dia CMPA) dan takmo tolerate dgn rasa FM (dia baling botol dan rela berlapar kalau rasa susu lain), tak jugak aku rajin mengepam ...

So akhirnya, pada umurnya setahun 3 bulan aku akan keluar meninggalkannya...Tak lama, 1 mlm ja tapi bersamaan dengan 28 jam (24jam dari fly sampai balik semula) bersamaan juga dengan 6-8 botol sedangkan siang aku berjaya pam 2 botol je. Masak, masak! Dalam seminggu, aku terpaksa bangun tgh malam nak buat stok extra utk lagi 4 botol ni....

Malam2 ko, aku bangun ingat kot la dapat 1 oz jadi laa sekali....Ini, setengah oz pun menitis!! Sedih kepalang.....3 mlm lebih kurang je pdhal pam dekat 20 minit :( Akhirnya aku pasrah je, maybe byk ni je rezeki dia...Aku dah cuba makan oat, banyakkan minum tapi tak bawak kesan pun sbb dah lama sgt B tak kerja overtime !! Huhuuu.....

Apa pun, aku akan cuba supply stok yg mencukupi utk ditinggalkan....Harap semuanya berjalan lancar! "Amani, be a good girl ye....Kesian nanti papa tak larat pujuk".

Thursday, January 12, 2012

Tahun Baru.Cabaran Baru


Tahun ni permulaan yang agak baik...Alhamdulillah, 'semangat' yg macam hilang dahulu dah kembali! Well, to be honest aku suka bab planning....So permulaan tahun walaupun sibuk mcm2 spt planning, budgeting etc tapi kepuasan tu walaa!! Maybe juga tahun lalu adalah tahun baru nak catch up slps bersalinkan Amani pada akhir 2010?

Aku masih di agensi yang sama....Tahun ke6 to be exact. Aku macam tak sangka pun ada,aku boleh bertahan di sini! Sebabnya aku jenis cepat bosan dgn kerenah users dan routine aku....Tapi di agensi ni, everyday is like a new day! Banyak benda aku berpeluang belajar, mungkin sbb kedudukan aku sendiri dlm agensi ni....Org kata, lain kedudukan lain pengaruhnya. More less, aku agree la! Tapi tahun 1 dan tahun 6, aku rasa peribadiku tak banyak berubah....Aku masih pegawai yang mudah didekati, ramah namun of course aku jenis yang firm dan fussy dalam skop kerja aku!

Kalau nak berprestasi yg baik, memang bergantung jugak pada boss....Aku jenis mcm itu. Dari zaman belajar lagi! Tapi masak jgk org macam aku ini....Kalau terlungkup, maybe amik masa nak bangkit! Aku jenis yg boleh excel kalau org recognize kerja aku....Means, kalau boss celik mata & appreciate, aku akan buat lagi bersungguh sbg balasan kepercayaan dia pada aku! Memang ada dlm agensi ni yg pandang unit kami tak perform spt sepatutnya...Tapi kami rasa kami dah buat yg terbaik & yg tak perform itu kebanyakannya sbb proses tu tak relevan atau libatkan users. So, lantak laah!!

Cabaran baru tahun ini, adalah untuk melaksanakan ISMS (ISO/IEC27001:2005).....Aku baru je nak bernafas sikit lps dapat ISO tahun lepas! Kami ni bukannya banyak kerat pun tapi boss aku dah bagi cabaran yg sikit punya baeeek tahun ni....Dia bagi sehingga 2013 untuk certified. So tahun ni bakal menyaksikan aku banyak kena gi kursus luar (bye-bye Amani...) dan mcm lipas kudung nak catch up dgn operational issues jugak.....

Wish us luck 'ya ?!!

Wednesday, January 4, 2012

My Chipmunks



















Dikongsi bersama momen kami menonton Alvin & The Chipmunks 3, tahun lepas.....Aliah & Amani bersama their favorite cousins (malas dah nak upload lagi gmbr, tadi dah upload byk sekali berterabur daa....Tgk FB lah!!)




Chipmunks aku yang tidak lain dan tidak bukan adalah Aliah & Amani....Walaupun mereka jarak 3 tahun (Aliah, 08102007 & Amani, 22092010), tapi bila Amani cecah setahun ni nampak dah semakin bijak dan keletah...




Mereka main 'sama2', usik-megusik, berebut, peluk sayang, melompat2, sayang2 aku semua tu rasa sangat membahagiakan....Kadang2 memang rasa mcm lelah tgk terlompat2 atas kerusi/ katil time kami baru nak rehat/ tgk TV.. Tapi sebenarnya itulah antara momen-momen manis para ibu bapa. Setuju tak ??