Tuesday, July 14, 2015

Bestnya Anak Perempuan!!

Ehhehee.....

Sama je anak lelaki ke perempuan, semua ada kelebihan..Org kata rugi sikit laah tade anak lelaki nanti faraid dapat sikit bla bla bla blaa...

Sebenarnya bagi aku, yg penting asuhan dan didikan selain dari itu adalah CALON MENANTU. Kenapa calon menantu? Next entry laah....


Jom tgk apa yg bestnya ada anak2 perempuan dan tak rugi jugak tak dpt anak lelaki !



1.  Pakaian
Yaa betul.. Ramai yg ber anak lelaki idamkan baju2 cantik utk bagi try. Sebenarnya, semua baju terutamanya baru adalah cantik!

Memang variasi baju anak perempuan lebih banyak...Skirt laah, gown laah baju kebaya laah baju kurung laah legging laah....Tapi belanja maknya pun byk jgk le sbb maknya pun tingin berfesyen! Haa..Nak2 time season Cindrella ke, Frozen ke..Jenuuhh...Tapi boys, hmmm...Baju dan suar jerlaa.. Hahaa...Tshirt dan suar memang pakaian azali. Masa raya dapat le melaram lebih sikit, baju melayu dan checked shirt!


2.  Mainan
Siapa kata mainan kanak2 prempuan tak praktikal Puan Lyna ?? Hhehee..Praktikal laa masak2 tu, siap amik daun dan batu2 buat rencah masakan tau....Hahhaa......Anak patung pulak boleh melatih sifat keibuan dan kekakakan....Tade laa raksasa je bersusun2 buat kawan terawih...

Bab bersepah, universal....Sama je anak pompuan ke anak lelaki, time malas tu suruh le macamana pun last2 maknya mengemas!


3. Perasaan
Tak dinafikan anak2 perempuan ni byk perasaan. ...Perasaan sentap, perasaan cemburu, perasaan2 perempuan tu sama je. So bila mak pun berperasaan, mmg puting beliung laa kena kat papa yg seorang! Tapi sonoknya anak2 pompuan ni, perasaan senang nampak dan ada masanya, meraka sendiri yg mai cerita....Settle masalah.  

Anak lelaki pulak biasanya berat mulut....Suka nak control macho...


4. Aktiviti
Anak2 perempuan boleh diajak pilih brg masakan, masak memasak di dapur, gi cuci rambut, basuh dan lipat baju jugak.....Tapi sebenarnya, anak2 lelaki pun boleh je dilatih buat semua2 ni. Takde laa nanti lps kawin nak harapkan isteri je !


5.  Mudah Jadi Contoh
Kalau anak2 prempuan ni, senang laah dia nak tgk ibunya je...Jadi jadilah ibu yg baik dan solehah (jauhnyaa diriku inii...) supaya anak2 prempuan dapat teladan yg baik. 


1 comment:

Mommy Lyna said...

Hehehe. Sile kongsi tips anak pompuan :D