Dalam mendidik anak yg sedang membesar dan ghairah meneroka ni, kita tidak boleh sebarangan bercakap. Kelak, apa yg kita cakap apa yg kita buat mereka ikut... Masa nilah penting utk kita tunjukkan contoh yg baik.
Mungkin ada sedikit pura-pura, tetapi biarlah mereka mentafsir yg baik....Mahu ke kita dgr anak kita cakap "bengap, lembab, pemalas" pd org lain ??!! Jadi jangan sebarangan guna perkataan walaupun alasan mungkin ingin mencabar anak supaya lebih bersemangat...
Budak kecil, bayi...Mereka mempunyai ego yg tinggi juga. Dlm usia yg tumbesaran mereka tgh pesat, seeloknya kita gunakan perkataan-perkataan positif yg menaikkan semangat dan dapat meningkatkan "self-esteem" (jatidiri) mereka. Mahu ke kita anak membesar dgn rasa rendah diri kerana sering dikata 3 perkataan tadi ...Atau paling tidak pun, jika kita banding2kan dgn anak lain/ anak org lain??
Walaupun mak bapak maybe kurang cerdik, tak mustahil anak leh jadi genius jika diasah dan dibimbing dgn betul.Sesungguhnya manusia itu dilahirkan unik....Begitu juga anak kita.
No comments:
Post a Comment