Monday, September 15, 2008

Ramadhan-Bulan Pesta Ibadat @ Bulan Pesta Mkn?

Alhamdulillah kita diberi peluang bernafas dan 'menikmati' bulan istimewa ini sehingga hari ke15..

Aku rasa Ramadhan ni banyak pengertian pd semua org...Kalau muslim, mesti semua tahu kita dituntut berpuasa serta mengerjakan seberapa banyak ibadat sunat yg lain spt solat terawih, berzanji, mengaji AlQuran, bersedekah dll. Bagi yg bukan Muslim, bulan ini mungkin bawa maksud mereka boleh memilih byk mkn di merata-rata bazar Ramadhan serta bulan di mana mereka perlu keluar dan balik lewat sedikit ke/dari pejabat supaya tidak menambahkan jem di jalan.

Namun apa dikesalkan dalam sana sini dipaparkan keistimewaan Ramadhan sbg bulan pesta ibadat, masih ramai puasa sekadar puasa sahaja ! Apa yg dikejarkan adalah bazar mkn dan jln TAR.

Apa yg aku nak bebelkan kat sini, bazar Ramadhan...Idea bazar Ramadhan ni mungkin asalnya bertujuan utk mudahkan org2 bekerja yg tak sempat masak singgah beli dan menawarkan variasi mkn serta peluang perniagaan. Tapi natijahnya, ramai org kita lebih suka menjamu nafsu sampai ke tahap membazir.

Aku tak kata aku tak tergoda utk 'melawat' bazar Ramadhan ni, tapi mmg satu godaan yg agak hebat krn bila kita pegi melawat time perut 0, semua pun teringin ! Belilah mcm2 lauk dgn niat nak merasa tapi akhirnya 1-2 mulut sahaja dah penuh & ke tong sampah (kalau ada binatang belaan kira bagus jugaklah).

Pelik kan ? Kadang2 kita masak lagi sedap dan jimat, tapi kenapa masih teringin membeli? Byk duit sangatkah kita di dalam zaman yg serba mahal ni? Apalah salahnya kalau bulan ni kita lebihkan masa utk masak demi keluarga (cook with love) supaya bukan saja kita dapat makan sama2, tapi dapat meriahkan semula meja makan dgn mkn mak kita.....Mkn yg menjadikan kita (bkn mkn hasil tangan org lain). Barulah kena ye tak ??

No comments: