Monday, June 29, 2009

My 2009 Wishlist

1) To get own broadband
2) To get new handbag (Bonia/ Carlo Rino/ Sembonia) for daily use (office) and outings (tote bag perhaps?)
3) To get rid off Ambank Credit Card debts
4) To get new spectacles (I hate this but have to...ke nak rajin2 pakai lens balik? :p)
5) To try fish spa!

Adioss...(Awana Genting is calling me! )

Friday, June 26, 2009

Takutnyaa..

Bilangan kes dah 91 hari ini...Semakin hari makin byk sekolah ditutup. Silap2 sikit hari lagi kita supermarket pun tutup (ohh...jangan). Time ni dah mcm darurat!

Ohh...Takutnya! Tak pasti samada korang pernah terima email berantai yg pasal satu masa nanti negara kita akan alami musibah di mana time tu perlulah sediakan bekalan mkn yg mencukupi krn kemungkinan tidak dpt keluar. Adakah ini? Tidaklah percaya, cuma teringat saja....


* Dipetik dari laman web KKM.

10 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA

MENJALANI KUARANTIN DI RUMAH

1. Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan (seboleh-bolehnya duduk dalam bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain).

2. Anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, pergi ke sekolah, tuisyen, rumah ibadat, majlis makan, kenduri, membeli-belah dan lain-lain aktiviti atau mana-mana tempat awam.

3. Amalkan kebersihan diri:

· Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

· Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda.

· Elakkan berkongsi tandas, peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain.

· Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah

· Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin (misalnya, chlorox - campurkan 1 bahagian chlorox dengan 49 bahagian air)

4. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.

5. Pantau suhu badan (demam) dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

6. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.

7. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda.

8. SEGERA hubungi Pegawai Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala-gejala lain penyakit.

9. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, radio, TV dan akhbar.

10. Jika anda demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask).

PATUHI SEMUA ARAHAN YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK BERKUASA

Oh..Tidak...

Adalah dimaklumkan aku susah bernafs hari ni dan bersuara sengau! ARGGGHHH.........Hidung ketat-tersumbat. No..No...Bkn flu yg itu! Minta dijauhkan...

Sebenarnya mlm td kakak aku sampai dari Kedah (utk htr anak dia ke USIM, Nilai N9 pagi ini) dia dah selsema sbb dok dlm aircond lama...Situ la puncanya. Sbnrnya aircond di officeku pun sejuk semacam minggu ini! Pakai blazer pun tak lut.....

Issh...Sememeh, nak bersin pun kena jauh2 takut org lari ! Ehhee...Tmbh2 pulak kat tmpt femes ni! :p

Ohh...Sungguh tak selesa! Apakah aku perlu mc-berehat di rumah (eleh..mengada2, bkn tak pernah pun flu begini sbb terlebih sejuk)

Thursday, June 25, 2009

Let Save The World !

And our children of course!

Save mcmana? Marilah kita kurangkan penggunaan plastik serta bahan2 yg sukar dilupuskan...Tak susah sangat pun sebenarnya tapi kalau semua drp kita ambil peranan masing2, nescaya akan besar perubahannya.

Antara cara mudah boleh diamalkan:
1) Bawa beg besar2 pergi shopping. Bkn je beg ni leh sumbat telekung dan segala keperluan anak, malah boleh juga sumbat segala baju baru dan kasut2 yg dibeli! Kalau rasa tak cukup, bawak lagi beg kertas tmbhn-lipat dulu dlm beg dan guna bila perlu....

2) Bawa bekas mkn sendiri -kalau msk/ terus makan di kedai-jadi tak perlu bungkus bwk balik secara otomatiknya tade org nak bagi plastik !

3) Elakkan letak dlm plastik kalau brg kecil2..
Kan leh pegang je bekas polisterine/ air tu? Emm..Mmg free org jual tu bagi, tp tak rugi jgk kalau tak ambil kan? (kalau ambil kemudian guna utk buang smph jgk, tu lain lah..)

4) Satukan brg dlm satu plastik kalau muat! Supermarket besar2 spt G, T, C4 serta Ikea (dgrnya drp Yaya dah 'berubah' dasar) suka lah sgt bagi plastik byk2...Selalunya bila aku menolong packing sementara cashier tu mengira, aku mmg cantas je yg mana leh sumbat satu plastik tak perlulah letak plastik asing2. Geram sungguh aku dgn cashier yg kdg tak paham bhs! Begitu jugak JJ....Pdhal kata support kempen ni (aku tak pastilah kalau plastik dia guna tu jenis mudah lupus/mesra alam-biodegradable).

5) Guna semula plastik yg dpt free tu (nak sgt yg free kan?), utk buang smph busuk masam tu.. Tak perlulah dok pi beli tmbh lagi plastik hitam segala. Kos pun jimat, ye dak?!!

6) Botol air mineral, carbonated dll. tu asingkan bila nak buang..Jgn campur sekali dgn brg bsh lain spt perut ikan, pampers (pakai lah CD..lagii selamat alam, punggung anak sendiri & poket suami), sbb botol2 dan kaca2 ni leh dimasukkan dlm tong kitar semula.

7) Paper lama guna semula utk lapik time potong bwg, ikan, lapik bawah dapur etc. kalau susah sgt nak jumpa tokey "suratkhabar lama....." dan tempat kitar semula.


Ingatlah..."Alam ini tidak diwarisi, tetapi kita meminjamnya dari anak2 kita!" (bak kata Abby Fana dlm iklan radio Sinar.fm)

Ada lagi...

Betul la teori pasal penyusuan badan ini........Kalau tade simulation, mmg susu akan cepat kering. Hanya org yg pernah cuba, tahu.

Aku menyusu dah 20 bulan, tinggal 4 bulan lagi je nak capai 'PHD' bak kata otai2 BF (motivasi diri utk capai tempoh tertinggi dlm BF). Mmg ada kwn2, makcik2 yg mcm tak percaya aku yg cekeding ni masih mampu menyusukan si Aliah! Selalu yg ditanya, "Ada lagi susu?"

Walaupun aku campur susu atas sebab-sebab kesihatan spt berat bayi rendah dan kurang susu, aku masih tekad utk teruskan penyusuan badan pd Aliah sehingga dia sendiri nak stop.

Tapi pengalaman aku yg dah campur ini yg aku boleh sama dgn teori penyusuan:-
1) Aku mula disarankan bagi FM pada umur Aliah 13 bln dan aku opt ke FM sedikit2 (sbb Aliah tidak suka rasanya) dan aku lihat perubahan pd supply susuku, mula berkurang bila tidak pam siang (TEORI 1- Tiada stimulation= Tiada supply)

2) Aku berhenti pam siang pada umur Aliah 14 bln, teruskan menyusu mlm shj dan alhamdulillah supply mlm tidak pernah stop (merudum kdg2 tu spt biasalah, kalau PMS)

3) Walaupun Aliah tidak dapat sepenuhnya susu badan, antibodi yg dah terbina dgn permulaan asas yg baik (exclusive BF 6 bulan dan start solids only on 6 months), sistem antibodinya sangat baik (sepjg 20 bln ni, hanya 4 kali demam). (TEORI 2 - Susu ibu, beri antibodi yg kuat)

Like mother, like daughter lah kalau Aliah
kecil molek


Jadi bagi ibu-ibu/ bakal ibu yg ada niat dan tekad utk menyusu badan, carilah support yg betul dan jgn mudah percaya kata2 org selagi belum cuba!

Lari Dari Kebiasaan

Menjadi seorang yg health concern, aku jrg membenarkan sesi2 makanku diisi dgn mkn2 yg kurang berkhasiat tp sebaliknya, kenalah ikut piramid mkn spt disarankan MOH...Chewah. Haa, jgn tak tahu pagi, tghari dan mlm aku mesti ambil mkn berat yg ada karbohidrat spt nasi dan mi. Roti tu bolehlah, tp sekali amik kena 4 keping kurang2 !

Hal yg sama aku terapkan pd Aliah dan hubby...Jrg aku benarkan mereka ambil snek, minuman tin dll di pagi hari. Haa, bosankah sesi mkn aku dan mereka?! Hmm..Tak kisahlah, janji aku tahu usus kami baik dan dpt jlnkan fungsinya dgn sukses. Hee, tgjawab kita pd bdn sendiri tau!

Walaupun hari dah gaji, tak menghalang jgk utk aku makan ini...Di pagi hari !! Ohh...Ini gara2 smlm staffs aku makan ini time lunch dan aromanya masih terhidu2 di hidungku hingga pg td (mcmlah kat rumah tade benda alah ni).


Tak pedas pun??


Hebat sungguh kuasa Mi Magiie? (ke MSGnya..?) Emm...Tapi kan, apa salahnya sesekali break the rules kan?

Wednesday, June 24, 2009

Hukum Bersunat Anak Perempuan

Sebelum mengulas lebih lanjut, aku copy pes beberapa pendapat dan kajian yg aku baca dari website tertentu.

Berkhatan

Berkhatan adalah termasuk dalam sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud:" Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda: lima perkara yang menjadi sunnah nabi-nabi iaitu berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencukur misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak "(Riwayat Muslim)

Hukum berkhatan bagi lelaki dan perempuan adalah wajib mengikut imam Syafi'i sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :" Daripada 'Uthaim bin Kulaib daripada ayahnya, daripada datuknya, bahawasanya ia datang menemui Nabi s.a.w sambil berkata: "Sesungguhnya aku telah memeluk Islam lalu baginda s.a.w bersabda: "Cukurlah rambutmu ketika kafir dan berkhatanlah ". (Riwayat Ahmad)

Mengenai berkhatan bagi kaum perempuan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:" Daripada Ummu 'Atiyyah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda, janganlah engkau berlebih-lebihan ketika berkhatan kerana yang demikian itu akan memberi kebaikan kepada wanita dan disukai oleh suami" (Riwayat Abu Daud).

Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. – (Riwayat Muslim)

Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-

1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.

Kesimpulan disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkhatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.

Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.

Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.

*
*
*


Jadi bagi korang yg ada anak perempuan, pasti dah buat kan? Pada umur berapa sesuai? Apa prosedur yg dilalui? Apa persediaan dan kesakitan yg bakal anak kita hadapi semasa dan selepas proses tersebut? Aku rasa aku dah terlambat ni utk Aliah....

My First Bloggers' Gathering

Ramai dah yg beri komen psl MSK Gathering minggu lepas...Yes, the Mysuperkids Gathering, by Mommy Lyna yg dibuat di Tmn Tasik Shah Alam.Mmg aku antara yg excited nak join gathering ni dan puas la jgk fikir ayat nak persuade mr hubby sbb yerlah, hari Ahad awal2 pagi dan nak pegi ke tmpt yg kami 'tak pernah' pegi.

Got the green light as 'early' as Tuesday afternoon.....Tak terfikir langsung nak tanya exactly mana lah MSK nak lepak di Tmn Tasik tu. Bayangkan tmn tasik yg pernah aku lalu tu adalah di depan Kompleks PKNS dan area masjid.

So pagi2 kami kuar rumah mcm gie kerja, dlm 7.50 am..So sampai area Shah Alam dlm 8.20 pagi! Call Lyna, call Yaya (nmpk sgt yg aku kenal 'rapat' itu aje)...Confident betul dah tmpt, so turun angkut Aliah. Aliah pun excited mengatur langkah meyusuri jln2 tepi tasik tu sambil mencari banner si Yaya dan fountain bak kata Lyna...Dah 1/4 tasik, call lagi- Lyna kata ada nmpk MBSA dan masjid tak? Huh? Tak nmpk pun...Bgn SIRIM ada lah, Lyna kata salah kot.

Mmg salah la...So patah balik, hubby terus angkat Aliah. Kami naik keta pusing lagi ke arah masjid dan MBSA, tp still tak sure nak stop kat parking mana. Ada parking yg Kedai Kopi, ada parking Tasik Tengah dan utk kesekian kalinya call, rupanya kena amik junction ke arah Muzium! Waaa..Time tu dah 9.20. Sampai2, org dah ramai dan dah mkn. Kitaorg pun kalut2 makan, frust skit rasanya tak sempat kenal2 dulu!

Tapi bila time CoachSha start event...Aku terus je ajak Aliah duduk dan tgk. Beramah mesra atas tikar, rasa 'kerdil' sgt diri ini sbb blog pun tak glamer dan mmg org tak pernah dgr kot?!! Hmm...Walaupun begitu, itu tak menghalang aku (dan Aliah enjoy) all the games. Hahha, paling enjoy game last yg Yaya conduct tu sampai tercicir anak sendiri. Poor Aliah, nasib tak tersembam dek ibunya yg over tu! Hahhaa......

Aliah seems enjoy clapping her hand for CoachSha game


Count yourself one..

Game ni best sampai hubby terpaksa 'selamatkan' Aliah
(dari terjatuh lagi dek mama2 yg ober merebut psgn)


Game last..Aliah tolong papa jwb soalan!


Lps bergambar, terus balik.....Habih plan ke tmpt lain sbb rasa penat dgn kepanasan dan kesesatan. Masuk kereta Aliah pun happy je main jari mcm CoachSha ajar tu sambil menyanyi2. Separuh jln je, pastu dia pun 'tersembam' (bamm..bamm ..= tido).

Thanks to Lyna for hosting such an event.....Tak sempat tegur semua, malu pun ada. Tapi syok dpt join! Emm....Yg ku ingat adalah Watie (awak sungguh peramah, hilangkan rasa segan aku), Fid (sorry tak panggil awak kakak, sbb rasa saya pun tua / sebaya awak), Pna, Isabelle, dll.
Dpt gak bergambar dgn si Hafiy 'kembar' Aliah yg glamer

Gaya2 over sebelum say goodbye

Thanks very much for hubby yg sudi bawak dan being sporting...Utk pertama kalinya, aku tak smpt ambik gmbr apa2 pun! Haaa.....Hanya dlm camera hubby je (mls la pulak nak download).


Tgk dia..Happy jgk ketawakan anak dia!

Uncle Saiful panggil Aliah, tp org lain yg berminat dgn mirror Aliah

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Aliah yg tido tak sedar hape bila sampai rumah



* Ada gmbr ihsan hasil tangkapan Lana-Mama Seth Haiqal - TQ Dear!

Ibu dan Anak

Well, it seems that .................







*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

WE SHARE THE SAME SMILE !

Tuesday, June 23, 2009

Aliah @ 20 months

Semakin kuat bergaya (dan berangan)



Semakin mahir 'melukis' (huhh..habis drawer kahwin aku)



Semakin bijak berkawan
Jgn tak tahu, dia ada Ahli Mesyuarat 'Pagar'



Suka swim tp takut mandi jirus...



Love fish very much! Siap boleh buat mulut



Can memorize the flash cards!



And she eats a lot too!
(gmbr tade kena mengena..ada pulak nak mkn rimau!)

Picture of a Loving Daddy

Sebenarnya spt thn lepas, tadelah apa sgt aku nak prepare..Mmg selayaknya setiap isteri dan ibu turut sama teruja nak menyambut Hari Bapa tambah bila anak baru lahir / anak seorang. Mcm thn lps, aku hanya sempat dapatkan ini sbg hadiah. A picture tells a thousand words kan?!!


Gmbr 1st trip Aliah ke KLCC


Thn ini plannya byk tp disebabkan kesuntukan masa (suntuk sbb susah nak cari masa sorang diri utk buat) dan penyakit "M" yg menjelma. Kalau org lain nak tepek tapak kaki anaklah, ciuman mak dan anaklah tp aku pulak akhirnya ter'datang' (apa punya perkataan ni) dgn idea membuat jigsaw puzzle menggunakan gmbr mereka 2 beranak (gmbr Aliah and her papa).

So usahaku bermula minggu lps lagi....Hehh, mencabar jugaklah nak menggunting tambah pula kejap2 ada selingan 'iklan susu' dari dlm bilik.

Asasnya adalah ucapan "Happy Fathers Day" je


Dah selesai menggunting, kena test pulak menyusun balik...Wohh, berpeluh2 nak siapkan! So aku tak tahulah hubby buat habis ke tak...Harap2 dia framekan di pjbtnya. Hee...Ni kenangan bwk ke besar ni nanti Aliah oii! Dari kaki awak sebesar 2 jari, papa awak dok dokong awak tgh pns...Hehhee. So inilah hasilnya kekreatifan aku utk thn ini ! Yeay..............

Gmbr dirakam time Aliah prolong jaundice

Friday, June 19, 2009

Father Figure

Bagaimana gambaran seorang bapa pd korang? Tentu saja korang membayangkan adalah spt bapa sendiri atau sekurangnya spt abang2 korang kan? Begitu jugalah aku...

Setelah sekian lama kehilangan perhatian dan kasih sayang seorang bapa, aku hampir hilang gambaran seorang bapa bila umurku meningkat....Aku meniti zaman remaja dgn abg2 dan abg2 ipar serta bapa kawan2.

Bayangkan aku arwah bapa aku meninggalkan aku pd umur aku 16 tahun dan aku mendapat semula seorang 'bapa' 8 tahun berikutnya apabila aku bernikah dgn papa Aliah! Aduss...Memang sukar nak adapt tmbh pula datuk si Aliah ini muda lah bagiku utk menjadi bapa bg aku yg anak bongsu. Bayangkan umur datuk si Aliah adalah hampir sama dgn umur abg iparku yg sulung (awal 50-an)..Masih segak bergaya dan alhamdulillah kelihatan sihat bertenaga, tentulah sedikit sbyk buat aku rasa segan.

Namun begitu, walaupun aku sempat bersama arwah bapa aku 16 tahun, kenangan manis dimanjakan oleh arwah bapaku masih segar. Antaranya adalah :

1) Aku pernah menangis ke'panik'an apabila hilang di ruang colour pencil di supermarket ketika mengikut arwah shopping :p

2) Aku sering mengikut arwah ke pjbtnya pd cuti sekolah, kemudian aku kena tunggu arwah dpn gerai dpn pjbt arwah sebelum arwah bawa ke Rose Restoren (di Alor Setar) utk menikmati roti canai dan teh tarik

3) Aku juga pernah dicubit kerana menangis tak berenti ketika arwah tgh solat maghrib, gara2 berebut kucing dgn abgku

Mmg sedih bila tiba hari2 istimewa tidak dpt disambut bersama spt hari kuar result SPM, dapat masuk 'U', kerja pertama, bernikah dan mendapat anak tetapi Allah lebih sayangkannya. Aku mendoakan arwah sejahtera di sana..Alzahari. amin...

Selamat Hari Bapa kpd semua bapa, papa, abiy, daddy, baba di luar sana !
Teruskan kerajinan dan kepihatinan anda pd isteri2, ibu2 dan anak2 anda...........

Thursday, June 18, 2009

Silalah Ikut

Minggu ni nampaknya kes H1N1 kembali panas....Hmm,kali ni semakin 'ganas' sbb spt dilaporkan di akhbar, ada pesakit yg direct contact dgn pesakit kes ke12 telah 'lepas bebas' tanpa dikenalpasti sehingga beliau sendiri dijangkiti.

Uhuu...Sound scary. Now i am scared too! Hahaha...KKM juga telah mengeluarkan arahan supaya org ramai mengelakkan negara-negara yg byk kes serta tempat-tempat berpotensi spt shopping malls, airport, hospital dll.

Kpd yg ingin ke hospital, silalah ikut arahan yg diberikan. Antaranya :-

1) Pakai 'face mask'.
2) Cuci dulu tangan guna hand sanitizer yg diberikan.
3) Tidak boleh ramai-ramai bawa satu kampung lagi.
4) Tidak boleh bawak kanak-kanak terutamanya 12 tahun ke bawah.

5) Jika ada flu, elakkan ke tmpt ramai org sebaliknya terus ke Emergency Unit and khemah saringan.


Ikut tau!


* Dipetik dari Utusan Malaysia, Khamis 18 Jun 2009

PUTRAJAYA 17 Jun – Kementerian Kesihatan hari ini mengeluarkan larangan ke atas semua kanak-kanak di bawah 12 tahun daripada melawat pesakit di hospital sebagai langkah mencegah penularan virus selesema babi influenza A (H1N1).

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kejadian Influenza A (H1N1) di sini turut memutuskan saringan demam dilakukan ke atas semua pelawat ke hospital kerajaan dan swasta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, masa lawatan ke hospital untuk orang dewasa serta jumlah pelawat pada satu-satu masa juga akan dipendekkan untuk mencegah penularan wabak.

‘‘Orang awam tidak digalakkan melawat hospital manakala kanak-kanak di bawah 12 tahun dilarang berbuat demikian.

‘Setiap pesakit hanya dibenarkan untuk menerima dua orang pelawat yang berumur 12 tahun ke atas pada satu-satu masa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kes pertama penularan tempatan di negara ini manakala jumlah kes H1N1 yang disahkan telah meningkat ke 23 pesakit.

Mohd. Ismail berkata, pihaknya masih menunggu keputusan makmal 38 orang pesakit yang mengalami tanda-tanda influenza.

‘‘Pada masa sama, seramai 139 orang yang pernah berinteraksi dengan pesakit H1N1 telah dikenakan kuarantin rumah,” katanya.

Mengenai perkembangan di dunia pula, Mohd. Ismail berkata, jumlah kes H1N1 telah meningkat kepada 36,346 kes dengan 163 kematian di 76 negara.

‘‘Pertambahan kes telah dicatatkan di lapan negara dengan Australia mencatatkan pertambahan terbanyak sebanyak 112 kes diikuti Filipina (54) dan Jepun (33),” katanya.

Wednesday, June 17, 2009

Lepas Seorang, Seorang...

Kenapa la perangai sorang2 mcm ni ? Datang bulan ke apa..........Grrgghh! Ada masalah takmo cakap, dok tarik muka...Org tanya pun takmo jawab.

Kalau rasa kerja dah bagus sgt, tak payah ada boss/ nak jadi boss...Pegi buka company sendiri, pegi kerja tmpt lain! Jangan dok tarik2 muka buat semua org susah...........

Macam2 perangai, baik la aku kerja dgn 2 org ja dulu.....Masing2 tahu tgjawab sendiri, tak payah nak paksa/rasa tepaksa buat kerja! Buat dgn happy, hati senang.....

Ini bila rasa dah bagus, semua org lain dia pandang tak kena...........Susah, susah. Rajin sgt susah, mls sgt pun susah!

Pening kepala aku laa..............

Kita Hanya Merancang

Aku ni boleh dikategorikan perfectionist, tetapi dlm perkara2 tertentu la...Bkn perfectionist apa, well aku nih selalunya mengharapkan apa yg aku rancangkan menjadi dan mengikut plan! Bila tak jadi je, aku mula menggelabah, moody dan almost give up...Sbrnnya bknlah takde alternatif lain/ cara lain tuk selesaikan mslh itu, cuma aku masih kurang puas hati!

Camna ye nak atasi sikap mcm ni? Sbg contoh, cuti ke Penang yg lepas last minute kakakku terpaksa ke Kelantan krn anaknya dan tak jadi lah plan kami utk jadikan dia tourist guide/ tukang ambil kunci dll. Aku meradanglah sbb plan ini lari setelah 2 minggu lebih dah confirm! Pdhal bkn nya leh sesat teruk sgt kalau jln sendiri di Penang tu :p

Ini ada pulak kes berlaku pd program yg jabatan ku akan anjurkan dlm masa terdekat ini... Memandangkan ini program pertama jabatan kami di sini, aku nak pastikan big boss lah rasmi! Dah 2x aku tukar tarikh hingga awalnya dari 15hb ke awal bln dpn, akhirnya tadi tghari P.A dia kata dia kena ke Langkawi arahan Ministry aku dah nak naik angin.....Haaa, bkn je keja aku nak dapatkan masa dia sejam pastu aku dah 2x jgk hantar surat ke penceramah2 jemputan pasal tundaan tarikh dsb. Takkanlah nak tunda lagi utk ketiga kalinya kan??!

Memujuk hati yg sakit, terpaksalah aku merelakan timbalannya sahaja yg menjadi perasmi nanti.....Hee, ikut hati mcm nak batalkan terus je (ikut hati, mati..binasa...syohh..syohh...)

Tuesday, June 16, 2009

Daddy's Dearest Contest

After attended MSK gathering dapat lagikk byk list of blog to visit.... And one of it, is

http://thesnowwybear.blogspot.com/

Knowing that this vogue lecturer are organizing a contest (the above picture) make me more excited as i currenly thinking of what to get for my hubby for this coming Fathers Day. Why i think all mommies should also thinking of getting something to appreciate their beloved hubbies and daddies as well, is because all this while only Mothers Day being celebrated overwhelmingly but for Fathers Day normally, "yg ado-ado aje". Haai...Tade papa, tade la anak, tade la tukang dukung, tade la tukang urut badan kita yg kepenatan menyusu, tade la tukang sponsor bersama baju2 baby dll. Ye tak?? Heee....

So my hubby deary, I APPRECIATE WHAT YOU ARE DOING FOR OUR DAUGHTER AND OUR FAMILY even i'm not good at showing it ;) Heee.....

I think this picture is unique as both eyes 'are talking' to each other and say "how i love you..(Aliah/ papa)"..The picture resemble my hubby's unconditional love for Aliah who we've been waiting for 2 years!

Haha...back to the contest T & C, i think i had completed all. So Ms Isabelle, pls judge with love ;) (sayang ke dia kat aku, baru jekk kenal...ahahah, nmpk sgt ayat membodek)


So other mommies, let join this contest together-gether by clicking at this link!

http://thesnowwybear.blogspot.com/2009/06/daddys-dearest-contest.html

How to participate?

Just follow the steps below and the prizes could be yours!

1. Add Isabelle...frankly in your blogroll@bloglist and become my follower.

-DONE-

2. Write a short entry in your blog about this contest (it could be in Bahasa Melayu or English - up to you) and put up the Daddy's Dearest banner (above).

-DONE-

3. Upload a creative/dramatic photo of the father with son/daughter and explain why do you think your picture is unique.

-DONE-

4. Include a link back to this blog and this contest in the entry.

This blog - http://thesnowwybear.blogspot.com/
This contest - http://thesnowwybear.blogspot.com/2009/06/daddys-dearest-contest.html

-DONE-

5. Tell me about your entry by leaving a comment here with the link to the entry.
-DONE-

Monday, June 15, 2009

A Tutu for Aliah Irdina

Wahh...Bila Mommy Lyna kata ada new contest, sesuai utk gegirl mmg suspend contest apa la! Check out dia nye blog rupanya utk contest ini! "A Tutu for My Litte Girl"..dgn tajaan hadiah dari Tutu Workshop lagi! Wahh...Makin terujalah aku.

Scroll punya scroll (time ni bloghop dari hp, sbr jerlah..) mencari apakah contestnya dan apakah menatang tutu ini...Ohoo, rupanya ini ;

Hahhaa....Sungguh comel dan mmg sgt cantik utk anak2 perempuan pakai!


Antara syarat-syarat penyertaannya (Alamak, ini hari last) :

- Subscribe to MySuperKids and Tutu Workshop.(Every contestant must be a part of MySuperKids member and as a tutuworkshop fans - by dropping your email in the box @tutuworkshop website )
- Make an entry titled : A Tutu For OR Tutu Untuk . e.g. A Tutu For Dania; OR; Tutu Untuk Tisya
- Put your daughter’s cutest picture.
- Write about – why your daughter/niece/cousin/lil sister should get a tutu / kenapa anak/anak buah/sepupu/adik saya patut dapat tutu – in your very own, creative ways.
- Describe about the contest with link back to
http://mysuperkids.net/ and http://tutuworkshop.blogspot.com/.
- Inform MommyLyna when you’re done!
- Entry should be written in English & Bahasa Malaysia only.
- The winner will be featured in My Super Kids and Tutu Workshop.


So, here we go....Kenapa aku perlu menang Tutu ni utk Aliah :-

1) Aliah anakku yg kurang rambut tu tentu terserlah kefemininannya dgn tutu!

2) Aliah yg suka senyum menyengeh tentu lagi sweet senyumannya dgn tutu!


3) Aku tringin nak tgk Aliah pakai tutu sebelum umurnya banyak (ehhehe...ni gara2 terlepas pakaikan dia legging)

4) Akan menjadi baju raya tercantik yg pernah dia ada dan sempena 2nd year birthday dia juga!

5) Memenuhi hajat ibunya yg teringin nak melihat dia spt princess......

Merenung dan berharap utk menang..Hehhehe



...............................
...........................
......................
................
...........
......
...
.


So aunties, Aliah layak tak ?


Senyuman menggoda juri nih...

Wednesday, June 10, 2009

Perangai Bos Mmg Susah Nak Terima Kan?

Hmm...Aku rasa la kebanyakan kita mesti selalu, kalau tak selalu pun pernah mengomel dan tidak puas hati psl boss dan tindakan yg diambil atas sst perkara.

Well, susah jgk jadik boss....Aku selalu tak senang hati bila mengambil sst tindakan firm dan drastik pd staff aku. Memang aku nih jenis boss yg agak direct (direct sound, tp dlm email je jrg marah2 dpn staff) krn kekurangan inilah! Aku cepat rasa bersalah dan lembut hati...

Walaupun aku tahu tindakan dan teguran aku tu utk memberi mereka pengajaran supaya tidak ulang/ tidak pijak kepala boss dan tidak menjadi contoh pd staff lain, tetapi bila tahu staff berkenaan megumam tidak puas hati dan jumpa kita pun takmo pandang, kita pulak dah rasa serba salah.

Haaa..........Salah aku ke jadi tegas ? Hmmm....Menyampahsss nye.

Update 16 Jun 2009
Atas dasar kerja dan 'profesionalisma', aku dan pokcik tu duduk bersama buat dokumen ISO..So dgn itu, 'tembok batu' yg dia wujudkan slps aku takmo sign claim dia dah runtuh separuh.Heheh! (gelak jahat...boss mana leh kalah), anggap jerla takde rezeki ko utk claim bln ni pokcik.....

Tuesday, June 9, 2009

Tetiba je...

Entah betul ke tidak si Aliah ni takut air...Tapi faktanya, kebelakangan ini dia memang tidak berapa mahu mandi jirus2. Dia nak main dlm 'bath tub/ basin" ja! Main segala itik, bekas susu, buat teh tarik dan agar2..Emm..

Ingatkan seronok lah nak bwk dia turun pool or at least, plastic pool tu...Alih2, member tgk dari jauh je dan menjerit2 bila aku bawak dia turun sama. Aisehmen! Tetiba ja jadik takut air... Last2 aku yg kebasahan dari kaki sampai dada :p Dia lak basah di bawah je (basah terkencing sbb kesejukan dan direndam :p) ! Hahhaa........

Tgk je dari jauh


Aliah...Aliah...Kenapa ye awak takut air skrg nih? Sejuk ke apa?

Mana Sakitnya...

Sejak seminggu yg lepas, aku dilanda zaman kemelecetan...Ye, kemelecetan. Bkn salah eja kpd kemelesetan ye! Kemelecetan bagi ibu2 BF bila anak dah tumbuh gigi...Tapi peliknya Aliah dah 14 batang gigi, baru kali ni aku rasa aduihh...Sakit, takmo bagi dia hisap.

Mula2 kiri sahaja, so aku kuarantin yg kiri bagi kanan ja. Walaopun Aliah mcm tak puas, kesian jgk tahan skit la bagi jugak selang2! Dia pun mcm rasa guilty ja tgk mukaku berkerut bila dia baru men'gua' bibirnya....

Emm, kdg2 dia sendiri dah cemekkan muka kerisauan/ kesedihan sambil ckp "pegang ..." (sbb aku selalu pesan, pegang je ye jgn gigit/ pusing/ pintal). Ada jugak bercadang nak bagi FM mlm dan start weaning her off, tp bila melecet tu dah reda buat2 lupa lah! Hee................

Emm...Melecet ni bukan sbb dia gigit, dia pernah test gigit 1-2x je. So aku mmg taktahu kenapa dan di mana puncanya. Keliling tu yg sakit, bukan kat bucu! So belek punya belek, mmg ada luka lah skit!

Lepas tu baru yg kiri nak baik, melarat pulak rasanya ke kanan....Aduihh, sabar jerla. Seminggu lah jugak tahan sakit itu ini, semlm aku check gigi si Aliah, dah nampak lagik 4 gigi kacip (rupa mcm gigi taring) nak tumbuh 2 atas 2 bwh. Sbb itukah?

Anyway, crita pasal gigi..... Carta pertumbuhan gigi susu bayi-toddler adalah spt ini:

Ambil Barang

Alhamdulillah Aliah skrg dah 20 bulan...Bila Mommy Lyna kata this month the kids (Oct.2007 kids) will be 2o mo, mcm rasa salah kira tp mmg betul lah tu! Dah 20 BULAN...huhuuu, dah dekat 24 bulan.

Bagi aku, 24 bulan tu makna Aliah dah toddler betul lah ..Hihikk, aku masih anggap dia baby girl aku skrg ni! Emm...24 bln tu bkn je leh wean dah, juga 24 bln tu plan asal kami nak hantar Aliah ke nursery supaya tidak lagi di bawah 'ketiak' atoknya. Tp tengoklah mcmana tahap sosialnya! Skrg pun mmg dah boleh bersosial cuma dia nak aku/ papa dia jgk ada bersama at least 20 meter dari dia :p

Sbnrnya topik ni aku nak cakap psl ambik brg...Kalau kita ambik brg org konon nak pinjam tp ambik dulu, kemudian bagitahu samalah spt AMBIK/ curi kan?!! Sbb tuan punya belum ckp Yes /beri izin lagi...Aku skrg cuba ajar Aliah utk tidak mengambil apa2 brg org lain bwk balik. Aku rasa byk budak ada tendency utk bwk balik brg...Mcm Aliah, kdg dia suka lah amik brg Maksu dia/ softoys maksu dia!

Mmg lah bagi setgh org, alah..Maksu sendiri, lagipun esok jumpa lagi. Tapi aku rasa kalau kita tak ajar sekrg iaitu jgn ambil brg org bwk balik, dia akan tend to buat lagi di rumah2 org lain! So far lps aku ajar tu, Aliah dah mula boleh ikut tak mengamuk nak jgk2...Dulu 1 st time ajar, dia menangis2 !

Smlm ada kes, anak jiran aku dgn selambanya telah membuka fridge aku mengambil vitagen yg ada...Bukanlah berniat kedekut (mmg 'pekin' pun sbb tinggal 1 je balance) tp dgn tujuan nak ingatkan budak tu, tak baik bukak peti org dan ambil brg org tak mtk izin, aku ambik lah balik vitagen tu drp tgn budak tu (budak tu 6 thn). Kedekutkah aku? Aku rasa tak salah pun aku ngajar walapun dia bkn anak aku...Aku rasa tanggungjawab aku nak menegur dan beri contoh yg betul pd anak aku supaya jgn ambik brg org bwk balik! Lagipun kakak sebelah tu baik dgn aku, anak2 biasalah nakal skit..............

Korang pula mcmana? Mcmana korang nasihatkan anak korang supaya jgn ambil brg org/ nasihatkan anak org lain yg cuba ambil brg anak korang?

Monday, June 1, 2009

Penat Jaga Imej

Haa..Mcm artislah pulak. Sbnrnya, dah masuk tahun ke3 aku lead the team di sini. Well, aku 'penat' dan boring. Bukanlah penat dan boring dgn kerja (tu pun kdg2 ada jgk lah..) sbb byk lagi belum accomplish cuma bab jaga imej sbg ketua lah yg kdg tak larat.

Jadi ketua ni kena jaga imej...
1) Kena pastikan sentiasa full of motivation to ensure subordinates well motivate!
2) Kena pastikan disiplin okay ie.punch in punch out dan cuti.
3) Kena tip top dlm beri idea dan arahan.
4) Kena try our best to achieve the 'unachievable' (for the subordinates) aims.
5) Kena well communicate with superior and colleagues.

Emm..Yerla, kdg2 sbg ketua pun ada gak rasa nak ngelat ie. time tghari Jumaat dsb. Ngelat mcm balik lewat skit/ kuar awal. Mmg so far, staffs aku tak pernah question aku MIA tp kdg2 rasa tak sedap hati dan rasa diperhatikan! Yerla...Kalau kita tak takut dgn boss kita, dgn Allah wajib takut ye tak? Hee.........