Bilangan kes dah 91 hari ini...Semakin hari makin byk sekolah ditutup. Silap2 sikit hari lagi kita supermarket pun tutup (ohh...jangan). Time ni dah mcm darurat!
Ohh...Takutnya! Tak pasti samada korang pernah terima email berantai yg pasal satu masa nanti negara kita akan alami musibah di mana time tu perlulah sediakan bekalan mkn yg mencukupi krn kemungkinan tidak dpt keluar. Adakah ini? Tidaklah percaya, cuma teringat saja....
* Dipetik dari laman web KKM.
10 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA
MENJALANI KUARANTIN DI RUMAH
1. Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan (seboleh-bolehnya duduk dalam bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain).
3. Amalkan kebersihan diri:
· Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
· Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda.
· Elakkan berkongsi tandas, peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain.
· Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah
· Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin (misalnya, chlorox - campurkan 1 bahagian chlorox dengan 49 bahagian air)
4. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.
6. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.
7. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda.
8. SEGERA hubungi Pegawai Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala-gejala lain penyakit.
9. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, radio, TV dan akhbar.
10. Jika anda demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask).
PATUHI SEMUA ARAHAN YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK BERKUASA
No comments:
Post a Comment