Wednesday, July 29, 2009

Bila Semua Tak Ada

Ohh….Jangan kata kami ngelat tak buat kerja ya! Minggu-minggu terakhir sebelum puasa adalah lumrah bagi ramai yg dihantar kurus/ bengkel di luar. Yg menampakkan opis itu 0 adalah kerana stafnya pun memang tak ramai.

Jika 1-2 org dihantar kursus, 1 org anak (kucing kalau tak kahwin lg) sakit..1 org MC nak buat mcmana? Memang terjerit2 la telefon di luar, terkring-kringlah kaunter di depan...Sabar ye cik, sabar.

Kami sedia membantu (tapi cik dan encik kena sabarlah sikit yer...)

Tuesday, July 28, 2009

Pesanan Utk Yg Ditinggalkan

Ahaak…Mcm nak gie jauh je. Biasalah bila nak kena outstation, mcm2 nak kena pesan tau ! So kali ini utk bapa dan anak lah.

Abang,

Nanti saya tade 4 hari ni ..Tolong tengokkan Aliah ye? Make sure pagi lepas salin diaper, berus gigi sekali. Mlm pun sama ye? Lepas dia minum susu, terus beruskan gigi dia.


Then lepas breakfast abg tolonglah masak utk lauk tengahari dia. Menu apa? Menu boleh spt di bawah (lauk basah semua ada dlm freezer ye?) :-


Rabu

  1. Ketam goreng
  2. Sup sawi

Khamis

  1. Udang goreng celup tepung
  2. Tauge kicap bersama tauhu

Jumaat

Sup campur (isi ayam)


Aliah Irdina sayang ibu,

Nanti dok dengan papa, dengar cakap papa...Takmo meqap papa, takmo jerit2 atau minta dukung tau ?!! Ajak papa main lukis2, plastesin, buih2...Dah ngantuk, terus tido ye? Minum susu, then mintak papa gosokkan gigi...Kalau ngantuk, kena tido tau ?? Jangan main lagi ye sayang... Sian papa nanti letih. Esok pun Aliah leh main lagi okay ?!


Jaga diri tau sayang.....Nanti ibu tepon.

Fish..Butterfly..Crab...Turtle..Katak?


Last Saturday, we went to the most ‘largest’ aquarium in town….Aquaria. Oohh, yeah..Mahal and not so berbaloi! But since we want to educate (chewah..ayat) Aliah on aqua. species, we chose Aquaria. Actually, it was not our first time! We had brought her last year when she was 7months during my department outing activity.

It was very tiring to walk from the open parking area (near to the park and mosque) but since we thought of giving Aliah time and space to walk and ‘run’ freely, we hold the heat! Huhuu…Pegi tengahari2, time matahari tegak atas kepala-memang lah kan?!! :p Well, it seems that KLCC have new pool...And pegi tengahari2, we able to catch the fountain ’singing’! Aliah very excited that she able to walk and run freely and able to see the birds flying and many people around.

When she first entered the zone, she was quite curious…But then when we showed her the big fish, she got excited. She could say “fish….tetel =turtle” but the most she liked to say is “katak” (mana ada katak nak oii…).We went thru the aquaria in about an hour! See…Tak berbaloi RM28.00 for an hour, without any free souvenir or whatsoever. Ahaha, maybe some of you could spend more than an hour to ‘feel’ and experience all! (we did enjoyed the tunnel) but yet, nothing much lah..

End the day, we had our lunch at Kenny Rogers and then moved forward to KLCC….We did go to Toys R Us, Naf-naf, Isetan (wow wee…all with sales) but we had nothing in mind to buy (tired maybe). So we off to the parking and drove back home! (actually, hubby had made prior plan at home).

Monday, July 27, 2009

Majlis Ilmu

Ohh, semua bendakah aku nak komen? Hahaha..Apa salahnya, blog sendiri sukahati lah nak tulis apa kan? Heee....Sekadar bersembang jerlah. Bila kerja, mungkin kita jarang ke majlis ilmu. Kurang2 ceramah agama lah , tu pun kalau tada majlis di masjid mungkin jarang/ susah.

Bagi aku, well memang agak lama dan jarang dapat attend...Kalau buat di tmpt kerja, insyallah kucuba curi masa tengahari (kalau buat kul 12 ke atas) utk pi dengaq. So hari ni ada lah kesempatan itu.

Yg datang, ramai staff pengurusan serta beberapa misi yg mungkin cuti....Ada pulak yg bwk anak kecil dan ibu-ibu. Takpalah, elok juga kan cuma aku tak berapa gemarlah bila :

1) Ceramah diselitkan dgn unsur humor/ loklaq keterlaluan serta sindir2 parti
2) Budak2 dibiarkan menyeringai/ bertempikan.

Perkara (1), aku rasa boleh guna cara lain utk keep the audience awake...Dah bagi ceramah tajuk elok2, tapi kalau diselit2 unsur begitu, semua bergelak ketawa kan kuar balik ilmu (byk ketawa)! Nasib tade org bukan Muslim sama..Nanti depa ingat kita dok dengar David Letterman Show lak.

Perkara (2), bagus bawak anak –biasakan dgn majlis ilmu tapi janganlah pulak dibiarkan anak itu buat sukahatinya spt berlari di belakang dewan, main2 dgn jerit2...Budak memanglah bukan leh senyap, tapi kan boleh kalau dinasihatkan/ bawak kuar sekejap jgn sampai terganggu audience lain?

Itu pendapat aku jerlah..........

Friday, July 24, 2009

Adilkah?

Kalau baca blog ke forum ke ape, mesti org suka kata serik la pegi hosp.gomen dsb. Kdg2 aku marah jgk sbb mcm seolah2 hosp.gomen ni tak baik langsung lah! Pphal kalo kes besar2. hosp.swasta hantar ke gomen juga sbb taknak amik risiko. Bila gomen buat salah, terus kuar dlm paper, saman dsb. Tanpa tahu salah tu puncanya dari swasta tadi/ memang gomen!

Dah keja sini 3 tahun, kdg2 aku rasa org kita ni mcm tak bersyukur...Berlagak and too demanding. Apa kes org yg tiada pilihan? Tak dinafikan mmg la ada kes pengalaman tak bagus di hosp.gomen,tp bkn semua.

Tp yg bkn semua tulah diwar-warkan, dipukul canang sana sini...Dihantar ke suratkhabar, disaman 1-2 juta! Yg dapat layanan baik, takdak lak nak hantar surat pjg lebar puji/ sebut nama di akhbar, Betul lah, manusia (or should i say Melayu) mudah lupa! Bila dah senang, yg koro tak dipandang sesen pun....Yg ramai skrg datang dapatkan khidmat pakar di sini, manusia warga asing.

Sapa pun kalau ada pilihan nak dilayan mcm VIP, pegi hosp.swasta.Pdhal sebnrnya hosp.gomen pun byk pakar hebat dan barisan paramedik yg dah capai ISO/ Akreditasi (penilaian/ piawaian bagi hospital).

Kdg2 sebenarnya mereka yg byk kerenah, taktau prosidur dan tak paham situasi. Ada kes di hospital kami, ada satu peringkat sampai dah tak tahu buat mcmana. Komplen sana sini, konon nak hantar surat ke menteri dll. Ugut pengarah, doktor tp bila pihak hospital minta beri cadangan, tak dak...Panggil utk kita nak explain, tak dtg. Baling batu, sembunyi tangan!

So mcmana nak layan yg mcm ini? Bayangkan betapa tertekannya mereka yg bekerja dlm keadaan begini. Rasa serba tak kena! Dari asal2 mmg dlm ranking no.1,2,3 tip top tp bila patient tidak pernah puas hati, terus semangat jadi rendah dan tidak ikhlas. Kalau sapa yg tahu apa antara punca2 mereka ini tidak dpt sentiasa bermanis mulut, sentiasa lembut bersopan santun, tentu akan lebih memahami......

So adilkah hosp.gomen saja dikecam? Hosp.swasta pun dengar kata ada jugak jadi kes, tp org kita tak berani pula highlight kat paper, saman ke sbb takut kalah dgn hosp.tersebut..Malu nanti org kata bazir duit tapi tak dpt pun servis bagus.

Double standard rakyat kita sekarang....................

Too Early..

This morning i brought Aliah to office, for her 1st appointment with paeds.dentist...Why? Because lately we found out that her teeth (the up set) become smaller (mcm mereput). I was so worried that her teeth will "luruh awal" and she become "rongak girl" at this age...Poor her, too early!

She was in good mood...Well, the fact is she is a morning girl! She always "ceria" in the early morning and new place. While waiting for her name to be called, we read the magazines and watched cartoon thru "TV besar". When the dentist called her name, she still in that mode (read=happy). The room is full with cartoon characters like Minnie Mouse, Winnie the Pooh, Barbie, Hello Kitty etc. The dentist approached her by making her smile and comfortable. Once she got that, the dentist asked me to sit at the "kerusi karan" (i used to call the dental chair that during my primary school). She still not expectwhat going to happen in next few minutes! Haa....Good girl.

Once the dentist pulled the chair up and down, Aliah started to feel anxious ..She tried calling her papa but not up to screaming mode (very good girl indeed!). Once papa came nearer to her, the dentist tried to make her distracted by showing her the light and the small mirror (which the dentist normally use to check our teeth). Duh...Very strategic planning! Yeayy..She opende her mouth and the dentist checked the teeth.

Feel so proud of u my darling Aliah! U didn't cried at all...In fact, till the end of the consultation session. Sad to say, Aliah needs to go for treatment as her teeth is "rosak" and "berlubang". The dentist suspected because of we poorly brushed her and the "ngempeng" activity which normally retain glucose (both FM and BM has it) thru out the night!

As myself, i felt so down...I felt even i had tried controlling her diet intake all this while, this such thing still happened! Feel guilty....

Tuesday, July 21, 2009

My Little Angel

Ada org mungkin pelik kenapa seorang first time mama akan jadi begitu chiwee (org kedah punya loghat)/ over excited on 'small' little things..Bagi setengah mommies, breastfeeding is normal that every mother can/ should do! But i guess...No, for working mommies.

To breastfeed fully need not only theory understanding and determination, but also need ability to understand well our body, our constraints and how to overcome it, able to find support and able to stand strong facing criticisms etc! That's why for me, it is an achievement if we (working mommies) able to stay breastfeed our little angels as long as we can...

But this topic not meant to highlight on our efforts (may say, tears and laughters) on BF, but just want to share my happiness seeing my bald little princess wearing this costume (or so call "tutu"!)

Yerla...Tak menang contest Mommy Lyna anjur hari tu, tp teringin jgk nak tgk Aliah spt princess. Jadi belikan lah dia satu! Tak mahal pun, sbb tu sanggup beli.....Cukuplah utk kenangan dia (dan kami pd masa depan-insyallah).

Enjoy the piccas !







Abaikan si Aliah yg terjelir2 ni..
Gaya ini menunjukkan dia betul2 happy & excited!
Runway dia atas dining table je :p

Curi Makan

Antara stok mkn yg kami beli bulan-bulan adalah snacks mcm mamee,twisties, aiskrim dan coklat. Ada budak kecil di rumah yg sedang membesar adalah spt mata-mata.Dan pemerhati ini sangatlah peka telinganya walaupun tidur, dia masih boleh menerima byte-byte data itu dan men"transmitt" ke kotak "CPU"nya kemudian kuarkan outputnya di pagi2 hari...

Hahhaa...Mcmana korang mkn benda2 ini sekarang? Kami mmg jaga pemakanan Aliah, so kami cuba elakkan bagi mkn2 manis dan cikedis awal2. Tapi kdg2 kesian, so kami bagi rasa jugaklah sikit aiskrim dan ceklat. Kalau ada stok tu, kami bagi on weekend sahaja (1-2x seminggu).

Tapi being kanak2 dewasa, rules are being neglected :p Kami nak jugak mkn benda2 itu sambil tgk TV. Apa kami buat, selalunya kami tunggu Aliah tido dulu! Hehee..Kdg2 dia nak tido bwh je, depan TV. Kdg2 hubby ada gak terlepas cakap semasa dok tidokan Aliah..."Aliah cepat tido tau, kami nak makan eskrem! ". Muahahhaha!

Bila dah rasa selamat, kami pun bangun pelan2..Buka fridge dan angkat cawan pelan2, scope lah bhg masing2 dan mkn senyap2 ! Hehee..Rasa mcm budak curi makan dlm bln puasa gitu! :p Tapi sbbkan "method nasihat 5minit pertama" tu, Aliah dah record apa papa dia kata. Esok pagi2, tgk aku bukak fridge ambik tupperware lauk basah, dia dah tjuk nak ekskrem jugak ! Adoihh laa... Puas nak bagi alasan, Terpaksa dukung dia, bwk dia ke tmpt lain bagi benda lain supaya dia lupa! Hehhee.......

So korang, apa pulak taktik digunakan?

Monday, July 20, 2009

C.A : Series 1

Sebelum

C.A, apakah itu? Ohoo..Cooking Adventure. Sebenarnya aku ni kategori pompuan tak pandai msk. Tapi aku suuuuuuuka masak! Walaupun suka, tu tak jugak memangkinkan semangat aku utk mengeksplorasi dan mengeksperimen bagai utk respi baru...Sbbnya rasa mcm sayang bhn kalau tak jadi!

Tapi disebabkan adanya 2 mulut lg utk merasa tanpa byk komen...So aku jadi semangatlah nak mencuba. Tmbh pula dah ada oven dan dapur baru (terima kasih hubby!). Hehhee...

Selain dari menu Aliah, sekrg aku baru berjinak2 guna oven...So oven dan kek, mesti tak dpt lari kan? Jadi cubaan pertama buat kek adalah menggunakan tepung segera...Ahahhaa. Mcm senang kan ikut arahan pd kotak...Okaylah, kos pun murah sbb tmbh 4 biji telur je.

Cuba-cuba, baru 10 minit masuk oven dah bau hangit kek aku...Apa kehei ?? Tgk suhu mmg betul...180. Emm, apa tak kena?? Curious punya pasal, bukak lah kejap...Aikk, dah hitam kek aku!! Kenapa...

Takpa, adjust bagi rendah skit suhunya...Ehehhe. Kemudian tunggu lagi 30 minit. Masih hangit dia membakar, tp masih berharap kek itu boleh dimakanlah !


TARAA !! Ini hasilnya....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Selepas

Hahhaahah...Mcm kek moist, tp sbrnya kek marble je. Tgklah kat bwh, ok je lembut...Aisehh, apa yg salah ? Telek punya telek, rupanya salah setting di oven :p Bkn salah oven hubby kata, salah tukang settingnya yg tak baca manual...(teringat kata2 Fid,org kita mls baca manual pastu salahkan mesin...muahahhaha).

Selepas diterbalikkan! Ehhehe


Tapi apa pun, kek tu masih boleh ditelan....Ok apa??

Berkira-kira

Nampaknya mmg rezeki aku ke Langkawi kot hujung bln ini...Walaupun asalnya cadang nak gi bercuti bercanda bersama tercinta,tp akhirnya tuntutan tugas rami dtg dulu. Ohoo, jgn tak tahu mulanya aku cdg nak htr assistant aku je dgn alasan workshop ini scope kerja dia dan lagi, nanti awal bln dpn ada workshop lain aku lah pegi sbb kesiankan si Aliah nanti kerap kena tinggal!

Aisehh...Staff tak ramai kan..So pusing2, semua lah dpt gie kursus tp penatlah skit kalau outstation jauh. Meninggalkan anak jauh2 bila bergelar seorang ibu, memanglah satu yg tak best. Keterpaksaan itu ku ambil jua sbb (1) Aku nak belajar benda baru dan (2) Takut big boss marah sbb asyik hntr staff :p Lagipun pegi free kan, bwk body dan money jer! Jalanlaaah.....

Tapi sekrg dok berkira-kira bab berapa psg baju nak bawak, brg mkn, budget coklat (shopping coklat dan pinggan mangkuk kalau sapa nak kirim :p), malas lah...Tak sama perasaannya mcm nak pegi dgn family. Kalau dgn family, time2 tu berjaya book online dah kuar idea mcm2 pasal bajulah, apa lah! Uhhuu...Ni belum khabarkan secara rasmi pd Aliah lagi.Baru sebut2 je sminggu ni! Aisehh,..Lemah longlai bila fikir bab ini.

Sunday, July 19, 2009

Kali Pertama

Haa..Pelik kan camna lak aku leh post hari Ahad ni. Hari ni aku 'besiaran' dari rumah, guna broadband! Wuhoo...Baru try ni. Aku guna maxis yg anak sedara aku nye, kalau ok baru aku beli sbb org kata Celcom better!

Hari tu kami bawak Aliah ke tmpt kesukaan kanak2....Mana? Alah....Bkn KFC, la, hatta Toys r Us! Hee..Ni tmpt lawatan sambil belajar. ZOOoooooooooooooooo Negara! Whaa...Ni adalah kali ke2 aku jejak zoo sejak tinggal di KL. Well, to be exact last aku pegi time masih bercinta (kes taktau nak pi mana dah...) thn 2002. Tentu byk perubahan kan? Maklumlah TV3 dah amik jadi 'projek angkat'.

Kami sampai agak lewat...Cadang kul 9 nak kuar tp biasalah hari Ahad, speed slow skit. Sampai dah kul 11, parking dah sampai dekat pagar besar dah haa! Wahh..Menapak la kejap lagi ni. Kena byr Rm4.00 lak tu parking, fee masuk taktau lagi brp!

Fee masuk Rm15 dewasa, kanak2 4 tahun ke atas RM6....Ok kot? Last kami pegi dulu dewasa Rm9 je tau ! Hmm...Kami tak bwk stroller, sbb mls gabak2. Sejak Aliah dpt kaki, mmg kami beri dia kebebasan berjalan (buli sampai lenguh :p), habih dia penat kami gilir2 mendokong!

Kami start belah kiri...wah, wah..Belah kanan tu lagi memanggil2 sbnrnya, dengar singa mengaum. Takpalah, belah kiri dulu sbb dah nmpk flamingo! Bagus susunan binatang sini... Binatang yg besar dan 'glamer' diletak di depan! Mula2 kami tgk zirafah dan gajah (depa berjiran)...Aliah mula2 terkesima (wahh..ayat..hhhee, rasa lama x guna perkataan ni), mcm pelik gitu sbb selalu tgk dlm buku je. Girang dan ceria muka dia!

Ohh..Inilah giraffe ye ibu? Pjg tengkuk dia ye..

Ibu, kenapa hidung gajah tu pjg?

Pastu kami berjalan lagi, time tu flamingo lari berterbangan atas kepala kami (bayangkan tadi depa dok kat tasik, terus naik)..Ngeri aku sbb takut kaki pjg dia sangkut atas kepala. Rupanya ada lori campak ikan (depa ni mkn ikan mentah, ikan kembung kalau x slh aku)! What an experience...Ni kot yg baru, make the animals nearer for us to reach and feel the excitement.
Ibu, tgk cow tu buat lidah camni?

Pastu kami masuk tmn burung2, aku tak minat...Then jln2 lagi ke tmpt rusa, mouse deer teacher aku ajar dulu! :p Cute2 nya lahai...Siap leh bagi makan, tp kena beli la (bwk sendiri la lain x, depa ni mkn fresh carrot and keledek). Aliah mula2 excited tgk, nak bg tp bila tgk rusa ni kuarkan lidahnya yg err...Agak geli la, terus dia tak jadi bagi. Dia main campak je! Hahhaa....

Meh, makan meh..Bagus utk kulit

Kemudian jln lagi, jumpa tmn kera-mawas-org utan-monyet...Ini Aliah kenal. wahh, cuaca mmg panas tp kat sini ada gazebo berkipas Lega la skit....Aliah dah nmpk slow. Bagi skit roti dan air penambah tenaga! Heee...Lawatan diteruskan, tgk rimau dan singa yg emm..tghari2 ni mcm kita la jgk! Huhhu...Sangap. Depa tunggu mkn agaknya, lemah takmo tgk depan pun. Dok melilau sambil mengaum dlm kandang dia. Seram jgk bila dia mengaum, dengar la 20-30 meter keliling!

Berehat, melepaskan lelah...

Pastu lalu kat tmn rama2 dan tmn serangga...Ni kami tak masuk sbb tak amik pakej. 2 tmn ni baru lagi! So rasa mcm tak best sgt...Lain kalilah tgk. Then singgah tandas di sebelahnya sgt comel. Tandas ladybird! Cantik, cantik tp bila dekat as usual lah....Tandas awam di M'sia, 'harum semerbak' !

Apa kejadah la ibu ni, suh saya posing kat tandas!

Kemdian kami ke tmn reptilia dan binatang tidak glamer spt badak, landak, unta. Aliah dah slow time ni, kami pun sbb dah lenguh kaki. Last2 stop mkn aiskrim! Mak aihh..Mahalnya, 2 scope RM4.50. Walls! Tp pandai depa..Time panas, anybody can't resist to try the ice cream. Kat sini, pun cantik sbb blkg tu depa buat mcm di A Famosa punya safari. Zirafah, zebra (sorry..apa nama lupa, kuda belang kot), badak dll dibiarkan stu kwsn ladang luas-bercampur tanpa pagar.

Pastu kami terus berjalan balik, dah mls singgah akuarium (dgn alasan, dah besa tgk :p).... Tak sangka lama jgk kat dlm, ada la 3 jam lebih. Penat sungguh! balik, 3-3 beranak tergolek sampai ptg. tapi berbaloi sangat!

Friday, July 17, 2009

Melayang...


Dalam kepala yg berdenyut-denyut dan terasa melayang2 ni, indahnya kalau melayang2 itu ditiup pula oleh angin sepoi2 bahasa dari Laut China Selatan…Tak pun Selat Melaka. Wah..Wah.. Panggilan pulau dah ni!

Sebenarnya dah lama tak pergi bercuti ke pantai….Hehehhee, bohong skit. Memanglah ada turun ke Penang pada awal Jun lepas tapi Penang kan, kalau tak pegi area Batu Ferenggi, serupa mcm turun KL/ JB sebenarnya. Byk melawat ke shopping malls je!

Last percutian adalah awal Januari hari tu, ke Kuching…Haaa, sama gak. Kuching pun bandaraya, memang tak menenangkan pun tgk sungainya tu!

Dok usha-usha offer MAS Low Fares dan Airasia ni…Rasa mcm nak ke Langkawi lah hujung Oktober nanti!

So apa pulak plan korang cuti hujung thn?


** Tgh berangan ni, abaikan H1N1 dll ye…………..
Ooh...Sungguh marah kan, bila dah selamat membayar secara online, mendapat surat panggilan ke satu bengkel yang akan diadakan di Langkawi jgk hujung bln ini. Grrrrrrrrrrrrrrrrrr....................


Wednesday, July 15, 2009

Usaha

Breastfeed…Sehabis kuat mana usaha anda? Aku bukanlah nak kata aku dah terror, atau habis usaha sbb hakikatnya aku sendiri campur susu start Aliah 14 bulan atas saranan paeds.krn Aliah tidak naik berat spt sepatutnya.

Sepatutnya time tu, aku patut tingkatkan usahaku utk produce more….Walaupun tidak mendapat sambutan menggalakkan dari Aliah (antara sebab aku mengalah cepat), sepatutnya aku kena beri dia masa mcm stop 1-2 hari EBM kemudian baru bagi balik. Tp spt ibu2 lain aku rasa semua org tak senang duduk kalau anaknya tak mahu susu/ makan..Tak kiralah EBM/ FM.

Aku ada 2-3 contoh kes. Well, to be exact mentee aku…Mereka jadikan aku mentor (malu pulak rasa sbb aku pun bkn taiko mcm Mommy Lyna/ Fid) utk BF. Ada 2 org ibu baru, 2 org ibu lama! 2 org ibu lama mengalah (campur susu) cepat sbb tuntutan anak2 lapar (di bawah 6 bulan) manakala 2 ibu baru pula 1 kukira ok lagi setakat ini (baru 3 bln) dan 1 lagi (sama jugak, baby baru 3 bln) dah campur sbb inverted nipples.

Aku rasa sebab-sebab dan punca-punca mereka campur tu sbrnya ada penyelesaiannya! Sayang sbnrnya sbb mereka ni predetermined dari mengandung...Aku yg guide dan encourage lps tahu niat mereka.

Moral yg aku nmpk di sini, time mengandung dah patut kenal keadaan diri dan kaji siap2 cara atasi sebelum mengalah...Time nak rasa susah tu, kena consult Lactation Counsellor (LC) dulu serta dapatkan 2-3 opinions dari support group/ bloggers yg same nasib sebelum ambil keputusan sendiri.

Mcm aku dulu ada lebih 10botol = 32 oz buang begitu shj (due to expired) sbb 2 bln sebelum tu Aliah dah takmo EBM....Pdhal kalau aku bagi juga cuba, ntah2 dia mahu. Yerlah, budak kan? Mcm kita jugak, ada hari tekaknya rasa lain...

Sayang......................

Tuesday, July 14, 2009

I Need To Move

Sejak aku menjadi head di sini, aku bukan sahaja kena berkomunikasi dalam satu jabatan, malah terpaksa berhadapan dengan vendor dalam mesyuarat serta lawatan.

Namun kekangan aku adalah bahasa…Bukannya aku tak reti langsung bahasa negara Uncle Sam tu, tapi makin lama aku kerja makin jarang aku gunakan bahasa tersebut dan akibatnya, aku semakin tak confident .

Grammar aku mesti litang pukang punya kalau speaking…Tengok sahajalah write ups aku kat blog ni kalau guna bahasa itu. Aku main hentam keromo sahaja, asal sedap didengar dan tak pelik sangat! Hahhaa…….

Haiahh…Mcm manalah aku nak jadi bagus dan fluent mcm Mommy Lyna tu ye? Aku perlu ubah ni sbb peluang utk aku bergerak jauh dgn peranan aku di sini adalah terbentang luas….Peluang sentiasa ada.

Rugilah krn tak confident bahasa, aku sering mengelakkan diri dari attend dinner serta international conference (actually sbb utama adalah Aliah sbb tak sanggup tinggal dia mlm2) Ohoo…I have to think big.! BIG! Only then I can go ‘international…Huhuu.

So do I need to start by enrolling any short course? Mak aii…Rasa dah 10tahun apa, belajar English :p Emm, tetiba teringat CoachSha. Maybe she could help?

Top 10

Aliah favorite food

1. Keropok ikan


2. Telur rebus


3. Udang


4. Jagung rebus


5. Fries


6. Roti bakar


7. Mi goreng

8. Sate


9. Daging burger

10. Roti canai


Emm..Ada lagi ke?

Adakah Layak?

Sebenarnya aku baru menerima perkhabaran gembira satu lagi..Well, pencapaian pertama kukira sbg penjawat awam. Sebenarnya bekerja di sini, dah byk ilmu dan pengalaman perit kulalui.

Tidak pernah mendambakan sebarang anugerah..Namun, penghargaan dan sokongan dari bos dan rakan sekerja sudah memadai bagiku dlm mengharungi tugas yg mecabar di sini.

Tentu korang terbayang, apalah yg mencabar sgt kerja di sektor awam? Bagi zaman dulu, sebelum zaman Tun A memanglah ramai yg beranggapan kami ni kerja relaks tak mcm swasta. Tetapi jgn salah anggapan. Relaks tu tengoklah pd jawatannya, agensinya dan juga bilangan pekerjanya.

Kalau kita bermula dari tempat yg satu PC pun tada dan satu staf ja asalnya.....Bayangkanlah mcmana sibuknya dan mencabarnya? 3 tahun di sini, aku belajar mcm2 terutamanya dari segi leadership, anger management, coaching, dll.

Semua tu tak dapat dgn hadir kursus-kursus yg spesifik! In fact, memang tak sempat pun aku nak apply kursus leadership ke, delegating tasks ke ape ke. Aku lebih kpd try and error dan bacaan dari beberapa buku serta blog-blog serta bertanya pengalaman org lain.

Walaupun ada sekali dua aku pernah tersungkur dan menangis, rasa nak tukar ke tmpt lain tapi semua itu hanya sementara sahaja. Kukira rugi kalau apa yg dah kumulakan ditinggalkan pd org lain...Lagipun dah lama aku berharap utk kerja dekat dgn rumah yg kami beli sekarang.

Not all people born as leader….But we can become one!

Monday, July 13, 2009

Hadiah Budak Aktif !

Aliah sekarang bukan main lincahnya…Bukan je sekrg dah boleh berlari-lari, suka pula melompat tambah atas katil.

Akibat kesukaannya itu, bila di luar kalau lari2 memang ada lah sekali dua terjatuh…Biarlah, bagi dia rasa skit camna sakit jatuh!

Tapi mlm tadi, accident yg sungguh mencemaskan apabila tgh dia memanjat dan kemudian nak turun pula dari sofa, kakinya dah salah bajet! Tup-tup, badan dia terpusing kedebum le dahinya mencium lantai…

Panik bukan main lah kami..Aku pula memang tgh mkn, mmg sebelah dia je pun tak sempat menarik! Haa...........Terus timbul sebiji ‘bola’ kat dahi! Besar juga lah...Tangisannya pun kuat.

Hmm...Dah mcm ultraman lah, ada signal di dahi :p Agaknya member dah panik terus lps papanya letak minyak aku riba dia makan je tak berkata-kata. Alahai, cian betul kat dia!

Lps letak minyak, tido tu tanya dia lagi...”Sakit tak?” . Dia kata “ Tak...” Bertuah betul budak ni. Heee....Bila tanya nak buat lagi tak lain kali, dia diam je :p Ni tgk, dia tersengih je...



Saturday, July 11, 2009

Mencabar Kesabaran

Hari ini aku duduk rumah je dgn Aliah...Taktahu lak nak pegi mana. Dah 2 minggu berturut2 Sabtu kami kuar dari pagi, jadi ingat hari ni lepak sajalah di rumah. Nak mengemas rumah yg dah mcm tongkang pecah!

Tapi Ya Allah.........Taktahu lah kenapa si Aliah buat perangai hari ini. Semuanya tak kena! Asal2 dia menangis nak ikut papa dia gie kerja, kemudian aku tidokan dia...Di bawah je, Bangun tido, aku cakap nak naik atas kejap ambil botol air dan CD serta towel nak mandikan dia, dia dah menangis tak ingat.

Pastu nak ampai baju pun, dia nak berdukung...Pakaikan kasut suruh main sendiri/ buat mesyuarat spt selalu dgn kawan sebelah pun, dari jauh je dia nak. Aku ke dalam, dia dah menangis semula !

Uhhuhhuu...........Sabar2 aku pun, naik angin la jugak bila pujuk pun tak kena. Aku agaklah mesti dia takut aku tinggalkan dia lagi (pergi kursus) sbb seingat aku, dulu thn lps pun begini sikapnya slps aku balik dari kursus. Dia mesti rasa insecure, takut aku tinggalkan dia !

Whuaaa..............Dah la byk kursus lagi nak attend sebelum puasa ni! Abih, camno ??

Monday, July 6, 2009

Thank You!

Tak sangka dgn gmbr separa candid ini saya boleh menang! 1st prize lak tuh...

Thank you Isabelle...Ini adalah contest pertama yg saya menang setelah 3othn saya hidup! huuh.. huu..sungguh terharu! Hehhee...........

Ohoo..Saya menang apa? Entah...Belum dpt lagi hadiahnya. Tapi menang untuk contest Daddy Dearest Contest sempena Fathers Day hari tu !

T.kasih sekali lagi.........Juga kpd semua followers..Walaupun seidkit, saya hargai keminatan anda pd blog saya x tak seberapa nya ini! Oh...Kemungkinan bermula minggu ini saya akan sedikit sukar mengepost entry atas sbb-sbb teknikal serta kerja merawat (konoonnya la..) dan mem'basuh' vendor!

Thursday, July 2, 2009

Excited

I'm happy...of somethings! Well, to be exact ..on 5 things! 3 things are confirm, 2 things still waiting (of course wishing) to come true!


Let me share the 3 things first ;)

1) Aliah into 'L' size now (her diaper) = She gain weight!
2) Me..I thing i'm getting slightly bigger too! (even only on few parts of the body..hee, it makes me feel heavier and I'm happy for it!).
3) My (last 2 months) claim are now waiting to flow into my account!

Heee..........Alhamdulillah.