Tuesday, July 14, 2009

Adakah Layak?

Sebenarnya aku baru menerima perkhabaran gembira satu lagi..Well, pencapaian pertama kukira sbg penjawat awam. Sebenarnya bekerja di sini, dah byk ilmu dan pengalaman perit kulalui.

Tidak pernah mendambakan sebarang anugerah..Namun, penghargaan dan sokongan dari bos dan rakan sekerja sudah memadai bagiku dlm mengharungi tugas yg mecabar di sini.

Tentu korang terbayang, apalah yg mencabar sgt kerja di sektor awam? Bagi zaman dulu, sebelum zaman Tun A memanglah ramai yg beranggapan kami ni kerja relaks tak mcm swasta. Tetapi jgn salah anggapan. Relaks tu tengoklah pd jawatannya, agensinya dan juga bilangan pekerjanya.

Kalau kita bermula dari tempat yg satu PC pun tada dan satu staf ja asalnya.....Bayangkanlah mcmana sibuknya dan mencabarnya? 3 tahun di sini, aku belajar mcm2 terutamanya dari segi leadership, anger management, coaching, dll.

Semua tu tak dapat dgn hadir kursus-kursus yg spesifik! In fact, memang tak sempat pun aku nak apply kursus leadership ke, delegating tasks ke ape ke. Aku lebih kpd try and error dan bacaan dari beberapa buku serta blog-blog serta bertanya pengalaman org lain.

Walaupun ada sekali dua aku pernah tersungkur dan menangis, rasa nak tukar ke tmpt lain tapi semua itu hanya sementara sahaja. Kukira rugi kalau apa yg dah kumulakan ditinggalkan pd org lain...Lagipun dah lama aku berharap utk kerja dekat dgn rumah yg kami beli sekarang.

Not all people born as leader….But we can become one!

1 comment:

Jari-jemari said...

Dapat anugerah cemerlang ka?