Friday, August 28, 2009

Dari Jauh Kupohon Maaf...

Aiceh...Ceh...Mcm lagu raya lak ye?!! Belum 10 hari pun, baru seminggu terasa gediks nak hantar kad raya...Apakah??! Haa...Dulu, 2 tahun dulu aku adalah pemalas jugak menghantar kad sbb sms lagikk murah :p

Tahun ni aku rasa nak mulakan kembalilah budaya itu...Utk abg dan kakak-kakakku di kampung. Lagipun aku rasa itu lagi menyeronokkan mereka kerana dpt 'feel' diingati (feel the card jgk pd masa yg sama). Mereka juga masih amalkan budaya menggantung kad-kad ini! Wah, seronok kan kalau tgk kad kita ada tergantung sama?

Mmm..Ingat dulu zaman sekolah, kakakku yg sorang ni sebelum kahwin mmg suka bab menghias rumah dan membuat kuih. Kalau mlm raya tu, selain menukar sarung kusyen dan menyah-habuk bunga2 hiasan, dia akan mtk adik2 dia susun kad raya utk digantung. Mcm2 tmpt jadi tmpt gantung ! Hahaa...Selain dari kat ranting2 pokok (ini tema time Aidilfitri dan CNY sekali), kami gantung jugak kat 'tiang' lampu dinding (lampu kecil). Dapat bayangkan tak?

Ohh...Malas pulak nak menulis!
Yg Mickey Mouse tu dari Aliah utk cousins...


Selain kad raya yg digantung, kami gantung gak sampul duit raya 0 tu...Aiceh, ala2 pokok krismas/ pokok limau mandarin dah la pokok kami. Tapi hiasan begitu, mmg terasalah suasana rayanya!

Ahh.............Rindunya nak raya di kampung! Kampung Kedah....Huhuu.....Makan ketupat palas.

A Must or Just a Mask?

Haa...Tergeliat lidah ??!! Walaupun sudah ada sedikit kesedaran pemakaian face mask di kalangan org kita kini, tapi boleh dikira dengan jari kalau di satu tmpt perhimpunan awam atau contohnya pd satu Q di kaunter shopping mall yg pakai face mask.

Nak pakai pun, pakailah rapat betul2 krn kalau tak rapat, mmg still leh tembuslah apa yg terbersin dan terbatuk tu!

Sama-samalah kita menjaga etika batuk dan selsema serta amalkan kaedah cuci tangan yg betul.


Tak pjg pun, 6 steps je = 1 minute


* Bagus, sejak ada iklan H1N1 (one je dia sebut..:p)
lagi dia kerap basuh tangan. Pantang nak pegang
apa2 terutamanya mkn, mesti nak basuh tgn dulu!

Thursday, August 27, 2009

Puntianak....

Walaupun bulan puasa ni hantu syaitan dah diikat, tapi ada sepasang mata masih menjadi sepertinya...

Uhh..............

Tak tahu kenapa...Heeii, bkn sbb baru bangun tido ye! Hehhee...Aku mmg senang kena jangkitan mata... Bknlah sakit mata atau conjunctivitis tp selalu gatal mata kalau ada yg tak kena (i'm not allergic to anything) tp org kata alahan resdung, agaknya lah kot sbb kalau habuk pun aku alah jgk senang bersin dan selsema.

1,2,3,4

Aliah dah leh sambung2 bilang, let say bila kami sebut 1 dia akan sebut 2, bila kami sebut 4 dia akan sambung sampai 8 pastu terus 10! Ahhaaa....Anyway, enjoy this lyric and the song of course! Sangat sweet....Dpt dari blog cousin hubby (nuar)!


1, 2, 1, 2, 3, 4

Give me more lovin’ than I’ve ever had
Make it all better when I’m feelin’ sad
Tell me that I’m special even when I know I’m not

Make me feel good when I hurt so bad
Barely gettin’ mad, I’m so glad I found you
I love bein’ around you
You make it easy, it’s as easy as 1, 2, 1, 2, 3, 4

There’s only one thing to do
Three words for you I love you
There’s only one way to say
Those three words and that’s what I’ll do, I love you

Give me more lovin’ from the very start
Piece me back together when I fall apart
Tell me things you never even tell your closest friends

Make me feel good when I hurt so bad
Best that I’ve had, I’m so glad that I found you
I love bein’ around you
You make it easy, it’s as easy as 1, 2, 1, 2, 3, 4

There’s only one thing to do
Three words for you I love you
There’s only one way to say
Those three words and that’s what I’ll do, I love you
I love you

You make it easy, it’s easy as 1, 2, 1, 2, 3, 4

There’s only one thing to do
Three words for you I love you
There’s only one way to say
Those three words and that’s what I’ll do, I love you
I love you

1, 2, 3, 4
I love you
I love you

Wednesday, August 26, 2009

40x Sebut Jadi Doa

Dlm Islam, doa ibu adalah makbul...Kita juga selalu dengar org cakap "Haa..Kalau 40 org sebut, jadilah..". Ya, mungkin betul 40x sebut jadi doa!

Tak tahu sejauhmana kesahihannya tp minggu lps, aku tertengok satu drama di rtm2...Tghari. Lakonan Liza AF (yg ke brp aku taktau, x hafal) dan Shamsul anak Yusof Haslam. Citernya begini..

Liza dan Shamsul ni pasangan muda yg baru berkahwin....Liza ni tidak bekerja, hanya Shamsul bekerja sbg promoter kereta (sales person/ dealer). Mereka kahwin atas cinta sama cinta dari zaman belajar! Shamsul ni digambarkan seorang hensem (mmg hensem lah kan..:p) dan ramai wanita yg minat pd dia. Menjadi promoter di shopping mall, mmg ramailah lagi peminat dia termasuk rakan sekerja (wanita) dan adik-adik sekolah (gatai...).

Si Liza ni yg dok rumah sering rasa tidak secure dan tidak percaya pd Shamsul...Dia cemburu berlebihan. Kalau dia telefon Shamsul tak angkat, dia dah mula syak bukan2 dan menuduh suaminya keluar dgn org lain atau pergi menggatal! Adoih...Psiko minah ni. Shamsul sentiasa bersabar dan mmg dia jenis suami yg sedar diri lah, tak amik kesempatan dan dia sentiasa terima Liza kata "Cemburu kan tandanya sayang.........".

Tetapi ada satu kejadian di mana buat Shamsul sangat terguris dan terluka....Ada sekali Liza tgk Shamsul solat menadah tangan sambil berdoa kesedihan, Liza ni dah tuduh Shamsul banyak sgtlah dosa tu sampai berdoa menangis2 ! Kemudian satu kejadian kemuncak pergaduhan berlaku selepas Liza menuduh Shamsul melanggan pelacur di hdpn jiran dan rakan masjid Shamsul! Ini kerana Liza telah terdengar isteri boss Shamsul marahkan seorang rakan sekerja Shamsul yg dituduh sbg pelacur....

Disebabkan terasa dihina, Shamsul pun keluar rumah dan meninggalkan Liza...Liza terus jadi tak keruan dan merasa menyesal. Mlm itu Shamsul melepak di taman dan telah dijumpai oleh kwn sekolah lamanya yg juga merupakan secret admirernya di sekolah dulu (nama Kiera kot..). Kiera ni slps mendengar mslh Shamsul, mengajak Shamsul singgah ke rumahnya sbb dah lama tak jumpa. Si Shamsul ni pun mungkin dlm keadaan tertekan menerima pelawaan Kiera tetapi Kiera ni telah mengambil kesempatan dgn meletakkan ubat dlm minuman Shamsul dan mengajak Shamsul minum arak utk hilangkan tekanan.............

Kata Kiera, seteguk je...Bkn pe pun, org lain pun buat dosa. Sbb tu Allah haramkan arak! Dari arak seteguk itulah berlakunya penzinaan (walaupun digambarkan spt Kiera yg 'rogol' Shamsul). Si Liza di rumah pula tak tido semalaman, merintih menyesali sikap dan menunggu Shamsul balik. Shamsul slps bangun, sedar dan menyesal. Dia kemudian balik berjumpa Liza utk cerai krn dia hendak kahwini Kiera (atas rasa tgjwb). Dia tak sedar Kiera sbnrnya mmg pelacur atasan!

Liza sudah tidak boleh menghalang...Shamsul yg rasa bersalah pun mengajak Kiera kahwin, Kiera pun main tarik tali, alang2 nak kahwin marilah kita projek sekali dua lagi tapi Shamsul yg baik ni berjaya menolak. Liza yg sudah hilang akal pulak terpengaruh menggunakan bomoh utk pikat semula Shamsul. Akhirnya Shamsul tidak jadi kahwin tetapi sayangnya, Shamsul telah dijangkiti HIV..........

They 'live then happily' ever after..............Moralnya di sini, Janganlah terlalu berprasangka buruk pd suami, akhirnya Tuhan nak tjuk benda tu jadi jugak mcm yg ditakuti sgt dan sentiasalah meminta pd Allah, bkn pd bomoh.

Kenapa...Kenapa..Kenapa....

Kenapa rasa tidak produktif?

Tak ada booster nak buat kerja....Bloghopping je sambil baca paper 70% through out the day dari Monday lagi ni!

Ya Allah.............Kuatkanlah semangatku.
Aku sedang beribadah kepadamu. Jadikanlah tugasku satu ibadah yg diberkati!

Urgh..............Tade meeting, tade benda urgent tu pasal laah jadi mcm ni...............Errr...........Ye ke?

Tuesday, August 25, 2009

Sahur Cicak

Uihh....Jangan termuntah! Bukanlah kami bersahur dikejutkan oleh cicak atau termakan cicak. Sbnrnya pagi tadi, sedikit kalutlah sbb Aliah tido tak lena. So bangun pun jengket2 takut dia terjaga! Mmg taknak msk pe, just nak panaskan chicken pie dan bubur lambuk .....

On la microwave, sekali blackout semua.....Daaa ! Si kecik pun terjagalah sama...Dia ni pantang panas skit, senang lah terjaga! Dah suspek, mesti suis problem lagi sbb dulu pun pernah jadi sekali... Try tukar suis, plup! Sama jugak....

Aiseh....Masa bergerak pantas ni, dah 5.20 apa pun lum buat - lum pnskan, air lum jerang. Last2 teringat oven di 'blkg' ! Nasib ada oven hubby syg tu bagi...Ahahaha. Berguna jugak dia di saat darurat gini. Terus la panaskan pie dan bubur dipanaskan atas periuk.

Then pagi hubby bwkkan microwave tu ke abahnya (FIL ku seorg "McGyver" ), check2 rupanya ada cicak dah terkorban di belakang papan microwave tu....Apakah.....Bila masa ntah geng cicak ni main acilut dlm tu ??!!

Erkk.....................

Lady Diver

Accident !

Arrgh.....So scary bila balik2 tgk anak ber'bogel' mcm anak org Asli. Pakai pampers sahaja, tgk2 kepalanya ada sebiji 'telur' dan hidung pula ada 'lipstick'!!!

Huhh....Harap2 tadelah yg efek dlm sbb ni kali ke3 benjolnya di dahi sebelah kiri (kalau kita berhadapan dgn dia). Yg tak tahan tu, hidung sekali efek :( Siannya....Mesti dia jatuh mcm terjun tiruk tu kena hidung sekali. Ceritanya, nenek dia bangun kejap amik diapers di bilik dia terus lompat nak ikut nenek!


Awat la budak ni tak reti dok diam bila di sofa !! Sian...Mlm td, tak brp leh nak tido - dia sebut sakit2 tp x tahu sakit kat mana :( Betul ke sakit ke dia saja sebut sbb lps Sahur terus takmo tido, ajak tgk TV mcm tade pe2 je ???

Issshh.....Sungguh muskil.

SALE! SALE!

Yaaa.............Sale baju budak. Taklah, inilah antara koleksi baju raya Aliah tahun ni! Ada 2 psg, beli thn lps pakai tak habis (hehhee...mewahnya, alhamdulillah). 4 psg lagi pulak hadiah dari nenek dan mak usu dia.
So cukuplah kot nak yee.........Biar ibu dan papa lak cari baju sendiri ;)

Monday, August 24, 2009

Takpalah....Mission R 1431H

Niatku Ramadhan tahun ni nak jugak 1x terawih di masjid.....Bawa Aliah of course! Takkan nak tinggal kat jiran lak...

So mlm kedua tu gigihlah aku bwk...Mandikan dia sebelum berbuka lagi. Pesan kat dia gitu2 jer sbb rasanya dia pandai behave bila di tmpt awam. Lps Maghrib, papa dia suruh pakaikan dia baju kurung! Heee....Dlm byk2 hari seusia 22 bulan ni, nak ke masjid haruslah lebih sopan ye papa?? Ikut saja....

Dia pun berlagak ayu dan sopan...Masuk kereta, seronok dan girang. Sampai di masjid, dah azan. Nampak mcm dia faham. Papa pesan byk kali, "Aliah nanti dok tunggu ibu solat, baik2 tau, takmo nangis!". Dia senyap, tanda setuju...Insyallah.

Di masjid, aku pilih saf paling blkg dan hujung.....Mudahkan jemaah lain kalau aku terpaksa stop. Aku mmg tak letak harapan tinggi, sbb bagi aku ini mlm pertama- test dulu! Biasakan dia.... Alhamdulillah, dia duduk tepi dan baik je hingga aku berjaya selesaikan Sunat Masjid dan Isya'.

Bila masuk Terawih, alhamdulillah....Dlm surah Fatihah rakaat ke2,selain dari suara imam aku dengar mcm ada isakan 'tahan sendu/ tarik hingus' yg sayup2 je. Dlm hati, suara Aliahkah? Dah...Habisla. Aku mula tak kusyu' sbb nantikan alarm lain2. Hahaa, nampaknya terpaksalah aku stop bila dia dah mula tarik suara volume 2....

Aiayaa.....Imam pulak baca suroh pajang. Mmg tak sempatlah aku habiskan rakaat kedua! Aku stop, bawak dia ke belakang. Hmm, takpalah sayang! Esok2 kita cuba lagi naa........So kami pun tunggu je di belakang, tgk org lain solat dan dengar tazkirah kemudiannya (tazkirah antara 4 rakaat pulak). Panjang!! Aliah tertido laah....Tgk jam, time tu 9.40. Haruslah dia tak tahan! Mmg time dia.....
Mendengar tazkirah....


Dah garu telinga....

Akhirnya.....Sian anak ibu!

Org habis 8 rakaat, aku pun cepung dia bwk ke kereta.....Walaupun tak berjaya terawih, aku puas hati gak sbb alhamdulillah dpt gak bwk dia ke masjid di bulan yg mulia ni. Insyallah, kalau larat next weekend aku nak cuba lagi! Mungkin kena bagi dia tido ptg lama skit supaya mlm dia leh extend tido dia.....


Primadona Melayu 2009

Hahaa............Satu lagi 'bakat' baru rupanya. Aliah skrg dah pandai buat mimik muka yg sedih dan tak ada mood.

Wuhooo....Kita yg puasa, dia pulak yg letih lesu smcm. Hahah! Bangun2 pagi, makan roti Arab sampai separuh biji....Lps tu mintak susu pulak. Lps tu gi kedai mintak kismis pulak, balik nmpk kurma mintak kurma pulak. Pastu mintak susu lagi (susu BM lah)! Pastu bila kita buat tak layan, dia mula tunjukkan bakat lakonannya tu...Aiseh, silap ibu tak sempat ambik gmbr!

Mula2 mulutnya dimuncungkan 30 darjah, kemudian keningnya dikerutkan sedikit...Kemudian mula melentokkan badannya ke sofa, kemudian meng"adjust"kan bontotnya ala2 nak tido.Salah sikit, pelakon ini mula marah2 kan 'crew' produksi. Mmg kasihanlah tgk mukanya itu! Tapi kalau tak tgk, lagik kasihan sbb dia akan marah2 lagi kuat....Hahhaa.

Adehh, sapa yg puasa nih ??!! Sabor jerlaah.............

Sunday, August 23, 2009

Ketika.....................

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bahagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Friday, August 21, 2009

How Cool I Can Be...

Berakhir sudah satu program jabatan yg aku anjurkan...

Banyak lah kurangnya sbb time gimmick tu, tak kuar lak sound! Aiseh...Sian kan? Sian my programmer. Dah la kena jadi emcee, sekali gimmick tak jadi dia kena naik stage kat rostrum tgkkan...Selalu kitaorg buat kat org, ok je (alhamdulillah) tp time even sendiri terpaksa annouce "Maaf, ada sedikit masalah teknikal...(so typical excuse kan??)". Tapi nasiblah program internal, tahan jerla.

Marah? Ntah kenapa (being me, i loose temper easily) hari tu slps aku bagi welcome speech yg agak lancar, aku cool je...Takde rasa nak meletup. Bagi aku, programmer dah tried his best dah benda nak jadi! Unexpected kan ? (pujuk hati, sbnrnya patut kami test 1x round pagi tu sebelum org datang).

Cuma bila talks after break, audience tinggal tersangatlah kurang.....Target audience tade. Yg ada, bukan target audience (nasib ada jgk). Susah lah buat program IT di sini! Emm, bayangkan bila panggil training pun tak datang (pastu taktau guna sistem, hentam kata sistem tak userfriendly lah bagai...). Bangang dan bodoh sombong kan???

Lantaklaah...Kitaorg dah buat. Hopefully would do it better next year!

Dah tua-tua Pun....

Haaaa...Ingat aku nak kata kat sape ye? Kata kat diri sendiri nih....Dah 'tua-tua' (taklah tua sgt, baru je menganjak ke 30), jerawat banyak lak 2-3 hari ni. Nak kata gatai nak kahwin, dah kahwin pun! Ahaaakss...Nak kata stress, dah kurang sgt dah.

Hormon kott.....Alahai, cepatlah betul wahai hormon. Rasa sgt buruk muka skrg, mcm kan permukaan bulan dah! Hmm...............

Moga wudhuk solat terawih nanti mencambahkan sinar/ Nur baru...aiceh...ceh...

Ohyaa.........Di kesempatan ini, AKU NAK MINTAK MAAF BANYAK2 KPD SEMUA RAKAN TAULAN DAN SEPUPU SEPAPAT SEMUA KOT2 ADA YG TERASA HATI DENGAN AKU DLM DIAM TAK KIRALAH KOT TERLASER KE, TERKENA TEMPIAS DARI BLOG KE APE KE. Moga Ramadhan kali ini kita dapat beroleh yang lebih baik..Aminn................

Piece........bebeh....Muaaach !!! ;)

Thursday, August 20, 2009

Shopping Raya

Tade maknannya....Hahhaa.

Tak shopping mende pun! Sbb kalau nak beli baju Aliah, dah siap bj kurung.Gaun, skirt atau suar, dah ada 1-2 psg yg dia baru pakai 1-2x. Kalau betul nak berjimat, mmg tak beli pun takpe. Cukup dah!

Hahhaa....Aci dak, baju raya mak dia sampai 4-5 psg! Baju anak 2-3 psg je dia kata cukup dah? :p
Nanti laah...Tgk musim tak 'elok' skrg. TApi cuba jugalah pi sat cuti Merdeka nanti....Kemeja dan tshirt hubby pun belum beli!

Kuih? Malas dah nak beli.....2 thn ni beli ka dpt ka tak pernah habih.

Aliah @ 22 months


Vocab makin bertambah.....
Opposite words dah reti cuma selalunya terbalik...
Kalau nak suh naik atas, dia kata "bwh..bwh"...
Kalau nak bukak, dia kata "tutup..tutup"...
Kalau nak suh pakai spek je dia kata betul...Hmmm....

Makan...She's not that picky tp she favor seafood mcm udang, ketam dan sotong serta vege. Sangat bangga bila org kata, "Ehh..Baguslah susah makan vege. Susah nak tgk bdk suka vege!" . Well, i guess Aliah adalah nasi yg kena tumpah kuah. I do ensure vege.is included in every of my meals! Emm....Lagi satu, kalau diajar dari awal mmg tak susah. Teladan kena ada !i

Chicken run...Dia dah boleh berlari! Hanya jatuh jika tgh mengantuk (less focus)......

Loving ...Ada ciri2 ke'kakak'an bila tgk dia pandai belai baby. Oh, how i wish i'm pregnant and soon deliver her one adik?!! Insyallah....Begitu juga pd dolls dia, kdg2 dia ajak semua doll makan sama. Suruh aku dudukkan doll dia di keliling bila kami makan bawah! Cute kan??!

Dolls yg dia susun lps makan..1st doll yg biru tu, sgt dia syg
sampai bear dah tu dah tak 'bernyawa' (tade bunyi)


Hand control.....Dah boleh makan sendiri, kurang tumpah. Pakai sudu lah! Suap nasi, suap mi, suap sup....



Tuesday, August 18, 2009

Inilah Dia.....

Inilah hari yg buat aku nervous minggu lepas.....Hahhaa, dah lama tak naik pentas. Last naik pentas time terima scroll adalah 9 thn lps ! Huihh....Sementara nak Q tu, bisa gugur jantung dok berdegup. Sampaikan naik atas, terus terlupa nak senyum! Mana taknya, ada 1000 lebih mata yg memandang dlm tu ...


Mula2 nak pakai tudung ini jer...




Hehehe...Itu cerita satu minggu yg lalu!

Urghhh

Tengah risau dan panik...
Rasa mcm nak call it off je semua2 !!

Hahhaa...'Kupu2' pun dah mula banyak dlm perut nih...

Sunday, August 16, 2009

Setelah 5 Tahun..

Banyak benda dah berubah....

1. Rice Cooker 0.6 L menjadi 1.0 L
Muahhaaa....Bukan tade yg besar dpt hadiah, tp yg kecil comel ni lah aku paling suka pakai dari mula kahwin, Hadiah pemberian kwn baik aku si Nani! Pakai 2 tahun baru rosak....Dah try repair pastu rosak lagi. Aku sanggup pakai atas dapur sbb bagi aku sizenya yg kecil tu cukup praktikal bagi kami 2 ...Sekali masak 2 port kecil je.

Namun telah bertambah lps Aliah dah makan solids dan nasi...Sekali masak, sekali makan dah jadi 3 port (bkn sbb Aliah je makan, aku pun mkn byk sejak BF) kemudian sbb kalutlah nak masak pg2 kalau letak atas dapur, kdg terlmbt jaga api dah kering air :p


2. Dapur gas Elba menjadi Dapur gas Pensonic
Ni pun dapur dapat hadiah kahwin.....Lama lah pakai sampai thn ni dia mula berjelaga dan satu penununya tu dah mula kena cucuh pakai api baru leh menyala :p Hahaha! So tmbh melmbtkan kerja memasakku pagi2...Jadi hubby pun belikanlah yg baru.


3. TV kembong menjadi slim

Dulu


TV 14" ini dari bujang....Comel je kan? Duit gaji kerja pertama.....Rm599 time tu, beli di Carrefour. Hmm, sbbkan berjimat dan jarang tgk TV sgt, so sabar2 jerlah dari beli. Dari thn lps lagi hubby nak tukar baru, aku je tahan sbb nak tunggu rumah baru ni siap kot byk duit nak pakai!

Sekarang...Teka aku tgh tgk rancangan apa ni?


Skrg hubby nak jugak.........Dia pun dah lama simpan duitnya. Bertukarlah iaa ! Alhamdulillah.......
Cuma susah skit kdg nak kawal Aliah, suka dok depan TV dan kdg2 sengaja mengusik papanya, dia buat kelas menunjuk pula bila ada rancangannya! Hhehee..Lawak 2 beranak ni. Dia jeles papa dia dah ada kesayangan baru!!


4. Dari rtm1, rtm2, TV3 menjadi 101,102,103 ....
Haaaa..Tentu tak percaya baru skrg kami pasang astro! Setelah zaman AF dah berlalu...Tom Tom Bak dll, baru kami pasang. Tu pun sbb nak tukar TV lah...Takkan nak pakai sesungut 2 tu utk TV slim?!! Muahahhaa......Sbb yg sama, dulu kami mls pasang Astro sbb bukannya nak tgk sgt dan tade rancangan yg membina.

Skrg, pun..Hmm...mcm bazir gak sbb bukan semua pun tengok. Astro pulak asyik ulang cerita! Cuma drama Melayulah dan TVIQ serta APL sesuai utk Aliah....Dah occupied sikit masa Aliah pagi2, dia suka tgk Cubees 7.30 - 8.00 am)

Yg comel tu kami guna di atas.....

Buatku Tersenyum

Inilah bendanya....Yg aku rasa hubby nak suprisekan itu! Mula2 bukak, ingatkan CD Ayat2 Cinta...Hehhee. Ni pun sbb hadiah sempena aku dpt anugerah hari tu!


Lega dah skit. sbb tak rasa menggunakan harta awam lagi (byk sgt webfiltering sini)! Hahhaa....Tapi tadelah aku sempat nak menupdate kerap2 jgk kalau dah bz...Kalau di rumah, faham sajalah. susah nak cari masa tmbh line slow, nanti hati yg girang jadi panas!

Friday, August 14, 2009

Attitude

Sekarang ramai dah ada awareness pakai face mask bila kuar tmpt2 berpotensi spt hospital dan klinik tapi tmpt lain, aku tak pasti sbb aku sendiri pun dah tak kuar weekend ke mana2.... Walaupun aku masih kurang menyokong keghairahan pak menteri beri statement mcm2 pd press tp semakin hari, kes masih meningkat dan kematian juga tidak turun, sebenarnya kita mungkin terlepas pandang sesuatu.....ATTITUDE (sikap). Atttitude dan ethic bersin dan batuk di khalayak ramai.

Dalam majlis pagi tadi, ada sedikit briefing mengenai bagaimana virus H1N1 ni sangat laju bekerja. Kalau virus flu biasa, contohnya flu SARS (selsema burung), virus ini mengambil masa antara seminggu-2 baru menampakkan kesannya tapi virus H1N1 ni lebih power sbb kuasanya menjangkiti adalah dalam tempoh 1-2 hari sahaja sudah boleh nampak simptomnya serta boleh menyebabkan kematian pada golongan berisiko (diabetis, asthma, darah tinggi, kanak2 bwh 5 tahun, pregnant ladies) .

Kerajaan dah suruh amalkan ethic batuk dan selsema dgn menutup hidung dan mulut serta elakkan berkongsi makan minum serta ruang bagi mengurangkan jangkitan tapi berapa ramai kita ikut? Berapa ramai 'bangga' kuar pakai topeng? Rata2 nya rasanya masih segan dan malu takut disangka pembawa virus....HELLO !! Jangan salah konsep yee....Ini bukan semata2 pasal penyebaran virus glamer ni. Ni pasal bertanggungjawab ! Betullah kata iklan di Sinar.."JADILAH WARGA NEGARA YG BERTANGGUNGJAWAB". Hello.....Jangan ingat awak tak kena, awak takleh kena dari orang lain yg batuk dan selsema ! Jadi, kena jaga 2 pihak.......

Mcm kes perokoklah...Kesan asap dari nikotina adalah lebih tinggi pada org yg menghidu dari org yg menghisap. Jadi kalau org yg gatai hisap tu tak kisah nak mati cepat, fikirlah org tersayang dia (tu pun kalau betul sayanglah). Jangan kita jadi pembunuh senyap pd org yg kita sayang!

Aku ingat lagi dulu 'kecik2' sebelum kahwin, kakakku cerewet bab kongsi bekas air anak sulungnya yg demam dgn anak bongsunya (suami dia Medical Assistant/ M.A)....Sekarang dah masuk line perubatan, baru aku jelas dan faham kenapa org perubatan keluarkan saranan2 spt itu. Kita je taknak ikut, rasa kebal sangat!

Bukanlah kita kata nak percaya 100% pd org perubatan krn Allah itu Lebih Berkuasa ("kun fa yakun" jadi apa yg Dia hajati) tapi apalah salahnya kita ikut cadangan dan saranan org yg lebih mengaji ilmu perubatan dari kita ?

Sila ambil masa untuk membaca 2 Panduan ini:

1. Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS)

2. MOH of Singapore:-
--> Advisory for Patients
--> Advisory for Contacts/ Caregivers (penjaga)

Wednesday, August 12, 2009

Belum Bosan

Oohh...Rasanya mcm baru saja menggodek blog mencari ilmu menyusukan Aliah secara exclusive. Tetapi rupanya dah tinggal 2 bulan saja lagi utk PHD (walaupun tak exclusive tahun kedua ni). Masih semangat dan excited membaca majalah-majalah keibubapaan bulan ini yg memaparkan isu BF.

Oh..Sangat bangga dan rasa inspired dgn cerita pelakon Saliba Saibi dan VJ Juliana Ibrahim, berusaha keras mencuri masa ketika shooting utk mengepam! So tade alasan lah kan bagi ibu bekerjaya terutamanya yg dapat pejabat dan disediakan cubicles/ surau.....

Belum bosan menggodek ilmu sbb rasa semangat nak perbaiki apa yg kurang...Baru ini, terjumpa cousin dgn anak keduanya baru berusia 2 bln lebih (dah FM!). Dan agak sedih bila dia buat statement, "Susu tak banyak" kemudian ada pulak yg tambah "Takpalah, elok campur awal2, sihat sikit!". Terpana aku krn org yg kata begitu bukan org pernah mencuba menyusu sepenuhnya slps kerja...

Hubby kata, "Biarlah..Lain org lain caranya". Ye, aku faham cuma statement tu kurang tepat dan agak contra kalau dikatakan kpd anak cousin tu! Anak cousin tu baru 2 bln 2 minggu dah berhingus, berjangkit dari anak sulung...Jadi 'sihat sangatkah' dgn minum FM? Bukanlah menidakkan takdir Allah, cuma aku rasa statement tu tak kena bagi org yg mungkin ada niat nak BF tapi bila dgr begitu, mereka akan terus kekal dlm stigma "bagi FM, baby sihat dan debab bagai johan!".

Aku agak terasa lah sbb Aliah cekeding je walaupun aku berjaya BF dia secara exclusive setahun! Bagi aku dia cekeding, tak lain dari gen. kami...High metabolisma. Cekeding2 dia pun, syukur alhamdulillah berkat susu ibu dan doaku pd Allah, Aliah demam pertamanya pd usia 7 bln! Tu pun sbb perubahan cuaca dan kurang rehat............

Jadi aku tak menganggap BF menyebabkan anakku spt budak kurang zat...Dan aku tidak pernah menyesal menyusuku Aliah malah aku bertekad akan berusaha perbaiki kelemahan itu pd anak-anak akan datang! Insyallah.............Krn sesungguhnya, nikmat BF bukan sekadar dapat dilihat dan dinilai pd zahirnya.

Friday, August 7, 2009

Macamana Lah Babi Tak Terlepas…

Uihh…Mcm kasar je bunyinya kan?!! Pasal H1N1 ni lah…Aku pun taktahu kenapa kerajaan kita masih dok di tahap ‘jagalah kebersihan, cuci tangan” sahaja! Patutnya dah ada kematian ni, mungkin boleh keluarkan arahan kepada semua rakyat untuk elakkan keluar ke tempat awam... Memang ada panduan dikeluarkan tetapi macam tidak sungguh.

Aku bukan Pak Menteri..aku juga bukan doktor mahupun misi. Tapi aku adalah warga kerja dan salah sorang rakyat 1 Malaysia yg jugak cuak dan risau keselamatan diri aku serta keluarga aku. Cukupkah kalau satu 2 org saja pakai mask, yg lain bebas keluar lepak tanpa mask walaupun hidung berhingus ?

Bukan apa, last week aku gie KLIA...Nak cari 1 umat manusia warga KLIA, kastam ka, apa ka pakai mask pun susah! Aiseh...Aku ingat KKM dok suruhlah org basuh tangan sana sini, hat lain mcamana? Mana penguatkuasaan ke seluruh agensi kerajaan serta tempat awam? Kita bernafas dalam udara yg sama...Mana kita tau org yg Q sama line dgn kita untuk check in ambik boarding pass/ masuk hotel tu bebas ’babi’ ??? Patutlah senang-senang je babi import ni masuk....

Aku tak tahulah kenapa depa ni dok buat taktau...1Malaysia, patutnya kena rasa perasaan satu Malaysia sekarang. Jangan ingat kita ada title itu ini, kita tak berisiko kena! Uihhh...Takutnya aku.

* Hari ni aku eksport keluar lagi beberapa face mask utk family serta kawan2 aku (itu jerlah aku terdaya membantu), harap semua ada kesedaran.

Thursday, August 6, 2009

Betulkah lapar?

Aku tak tahulah mungkin sbb teori anakku kurang kuat minum atau apa2...Aku tegar bertahan sehingga sekurangya Aliah cecah 6 bln baru aku intro.solids. Tapi rata-rata 'mentee' yg pernah aku provoke utk BF dah beri anak mereka makan seawal 5 bulan kerana 'tuntutan lapar'. Dan aku lihat semangat mereka utk terus pump dan bergantung sepenuhnya pd BM dah merosot... Sbb dah ada alternatif.

Spt diwar-warkan, 'peraturan' memastikan BF selama boleh adalah pd 3 peraturan di bawah:
1) Tingkatkan stimulasi dgn directfeeding/ pump
2) Pastikan anak tidak diberi makan sebelum usia 6 bulan
3) Pastikan susu lain tidak diperkenalkan selain BM

Aku tak tau nak nasihat mcmana tapi aku agak sedihlah....Yaa, mungkin mereka kesiankan anak dan mcm aku pun mmg dilema dulu sbb taktau samada Aliah kurang berat sbb lapar/ kurang susu atau apa.

Bagaimana ya bezanya anak menangis lapar atau sbb lain? Betulkah kita perlu percaya anak minum tak puas/ cranky tu sbb perut tak cukup kenyang? Dan kemudian bagi makan/ tingkatkan stimulasi / bagi FM?

Wednesday, August 5, 2009

Apa Dia tu?

Aku ada rasa mcm mr hubby nak buat surprise utkku..Huhhu..

Apa dan kenapa ye?

Tak sabarnya tunggu..........Heee.............

Menyusu di Tmpt Awam

Malu? Eh…Janganlah malu. Bukan kena telanjangkan dada tau! Pakailah cover yg sesuai serta cari tmpt yg terlindung sedikit utk menyusu dgn selesa.

Persediaan sebelum ke mana-mana

Tak perlu bawak termos, botol dan susu...Bwk je handbag/ tote bags utk simpan purse, diapers dan nursing cover! Ringan dan senang kan??!!

Agak2 tempoh menyopping adalah 2jam…Pastikan baby anda disusukan di dalam kereta puas2, sebelum turun.

Namun kadang2 kehendaknya tidak diketahui, tgh syok memilih bra dia pun teringin nak susu… Hehhee, apalagi! Carilah port yg sesuai……

Di shopping malls

Banyak shopping malls besar prihatin dah psl BF ni...Antaranya Jaya Jusco/ AEON, Ikea, dll (ohh.. nmpk sgt tmpt2 itu aje saya suka pegi) :p Shopping malls ni memang sediakan bilik menyusu yg selesa, bertutup dan ada sofa utk melunjur kaki sambil menyusu ;) Takpun ke surau aje !

Kalau terdesak sangat takde bilik menyusu/ surau, leh guna je mana2 kerusi tapi pastikan suami tolong berdiri cover kita dan kita lak cover dada guna nursing cover/ tudung yg lebar.

Di fast food restaurant/ food court

Cari je seat yg agak tersorok…Kemudian menyusulah dgn selesa. Saya pegi Pizza Hut The Curve baru ni. Menyusu di situ ok jugak, Aliah tido sampai sejam di situ! Huhhu....Campur tunggu dia bangun, makan dekat 90minit kami di situ sampai Bangla cashier tu cepat2 je hulur plastik bila kami nak balik (geram betul...aku byr laa..ko apsal, KFC-Pizza skrg dah tade org tempatan).

Di open space/taman-taman/ picnic

Sama gak konsepnya....Menyusulah di tmpt tersorok/ pakailah nursing cover yg sesuai.

Kalau gi picnic/ BBQ, minta hubby set up tent (khemah)...Leh menyusu dgn bebasnya di situ. Bawak battery fan sbg ‘peneman’ (maklumlah menyusukan ni salah satu aktiviti membakar kalori, sudah tentulah agak berpeluh).

Tuesday, August 4, 2009


Here yiee...here yiee...Calling all breastfeeding mommies or BF-mommies-wanna -be to join this contest! This week is the World Breastfeeding Week. 2009 themes is

Breastfeeding: A Vital Emergency Response..Are you ready?

So what's your plan? Are u ready to help if any case of emergency?

Please share by joining my first ever contest!

T & C to join this contest:

1. Write how do u found out about my blog and what makes u interested to join the contest.
2. Link my bloglink to yours or perhaps be my follower ;)
3. Closing date : 10th August 2009
4.Share the most precious moments (photos/short story) of u and ur baby/babies (breastfeeding moments)
5. Share what have u done in emergency case (may in any case u think it is emergency :p) to BF your baby.
6. Inform me via leaving a comment and your entry link once done

So come and join friends !

FAQ EBM

Sebenarnya aku ni bknlah otai EBM handler mcm mommies BF lain spt Fid, Lyna, Su lunatots dll. So bila kwn2/ mentee aku menanya, aku nak explain dlm sms sungguhlah tak munasabah dan sedikit membazir..Nak tulih entry psl ni pun aku asyik tertangguh sbb aku rasa depa leh surf kat blog otai2 lagi best. Dulu dah ada beremel2 dgn mentee ttg ini tetapi tak save di mana2, so hilanglah 'ilmu' !

Tapi terpanggil juga menulis serba sedikit sbg menjawab kerisauan (dan pd masa yg sama, ke'eksitedtan' aku dan mereka), aku tulih sikit lah atas dasar 'pengalaman' (actually apa yg aku tak buat sbb aku BF ni tak predetermined) dan tips2 dari blog otai2 serta kaunselor laktasi spt Kak Rita dan Su-lunatots!

So let't start the FAQ!

1) Bila nak mula perah?
Seeloknya 2 minggu sebelum naik kerja. Sbb time ni susu dah establish (insyallah) dan kita dah dapat tgk rutin baby spt time tido dia, time susu dia, brp kali dia minum, brp lama sekali minum.


2) Banyak mana nak perah?
Kalau kita bagi susu badan dari day 1, mmg susah nak agak brp byk susu diperlukan utk stok. Sbb b***st kita bkn transparent ada sukatan dah brp oz kuar kan?? :p

Jadi utk elakkan bazir, kita simpan sikit2 agak2 sekali minum 2 oz. Ohh? Byk lah bekas? Kalu tade freezer yg besar, pakai je plastik / liner yg ada dijual..Jadi save space. Pastikan ditulis tarikh, masa pam dan brp oz!

Jadi pamlah sebanyak mana boleh..Oohh, byk tu! Simple calculation spt di bawah.

Katalah tempoh di pejabat 10 jam (masuk kul 9, balik kul 6 campur perjalanan 2 jam). Jadi dlm 10jam tu brp kali masa baby minum (sbb tu penting dlm pantang kena tgk corak tido dan susu baby). Jadi pamlah as max. as brp kali baby kita minum!

Jika 4x , jadi kena pam di pjbt. min. 3x (sekali pam, 2 b****st insyallah leh dpt antara 8-10 oz). Jadi kalau 3 x 10 oz = 30 oz sehari!

Mlm jika baby tido lama, boleh juga pam di tgh mlm/ awal subuh...Time subuh, lagi byk sbb hormon prolaktin tinggi! Biar perah lebih sbb nti akan ada masa merosot susu badan (selalunya bila stress, dekat nak period dll).


3) Perah dapat 2 oz je, mcmana nak perah bagi banyak?
Ohh...Memang kalau perah awal2, takkan dpt byk. Konsep supply susu badan ni adalah supply vs demand! kalau kerap menyusu, jadi demand tinggi jadi otak akan terima order kena supply lebih hormon prolaktin. Insyallah nanti susu akan byk!

Tapi on top of that, kenalah master skill memerah...Boleh perah pakai jari (manual) atau pam manual (tanpa bateri/ elektrik) atau pam elektrik. Insyallah, byk lah dapat nanti! Kalau nak belajar perah pakai jari, kena personal tanya kot...Aku pun belum research sepenuhnya, try and error je dulu but it did works for me!


4) Pump apa yg sesuai?
Ini subjektif utk dibandingkan...Kena tgk corak kerja kita dan bajet kita ada. Kalau tade bajet, master lah skill memerah pakai jari! Ada mommy yg memerah manual hingga berjaya anaknya 2 tahun BF.....Jgn tak percaya (kalau x salah, mamaemma - leh tgk blog dia).

Kalau ada bajet lebih skit, eloklah labur utk beli pam elektrik...Sbb apa? Sbb leh jimatkan masa. Jimat masa dan hasilnya, insyallah spt dikehendaki! 'lumayan' ;)


5) Mcmana nak bagi pd pengasuh, mcmana nak travelkan EBM itu dari rmh ke nursery?
Utk hari pertama, mlm itu turunkan dlm 4-5 bekas EBM (satunya 2-3 oz) ke bhg bawah (bhg fridge/ yg tidak beku). Pagi esoknya masukkan dlm cooler bag utk bawa ke nursery. Sampai nursery, terus masukkan dlm fridge (JGN DI ATAS, sbb susu tu dah cair). Kemudian, ingatkan pengasuh supaya ambil EBM terawal (konsep First In First Out = FIFO) dan rendam dlm air suam sebelum beri baby.

Begitu jugalah hari2 kemudiannya...Jika susu dibekalkan itu tidak habih, simpan utk esoknya. Hari ni top up pula dgn susu baru. Ingat, susu fresh lebih baik dari susu beku! (tapi apa pun, SUSU IBU TETAP LEBIH KAYA KHASIAT DARI SUSU TIN)


6) Susu beku dan cair, boleh ke campur?
Kalau nak campur, pastikan suhunya sama dulu...Katalah susu beku tu dah cair,nak campur kan kenalah campur dgn yg sama suhu sejuk. Bkn susu sejuk dicampur dgn susu suhu bilik! Kalau nak campur, panaskan dulu susu sejuk tu kemudian baru campur


7) Susu lebih, leh simpan ke?
Boleh...Tapi seeloknya tidak, sbb kurang fresh.

8) Kalau blackout, mcmana nak selamatkan EBM?
Berdoa cepat2 ada elektrik! :p Insyallah, selagi susu tu sejuk still boleh diberi minum....Boleh juga selamatkan ke cooler bag. Buh byk2 icepack, icecubes dll.

9) Mcmana nak maintain supply susu di bulan puasa?
Banyakkan kurma, susu dan air di waktu sahur...JGN SKIP SAHUR!
Kalau pun merudum, insyallah sikit saja..Pastikan juga berdoa moga Allah mudahkan. Last option, diharuskan berbuka krn sesungguhnya menyusukan bayi itu adalah tuntutan juga (dari memberi anak susu tin / dibiar kelaparan).

10) Mcmana nak curi masa mengepam di pjbt / time kursus?
Mesti adakan masa.......Takkanlah kerja sampai tak sempat nak take 5, nak kencing/ solat?
Misalnya kerja pjbt, masuk kul 9.00...First session leh start at 11.30am. Kemudian after lunch dan zohor, 2nd session at 1.30pm and last session at 3.30pm. Sbb tu di sini jenis pam adalah penting! Kalau tak sempat di pjbt, time dlm kereta boleh juga...Jem2 tu, pam lah! Pastikan tudung cukup lebar utk menutup b****t ye ??!!

Kalau di kursus pula, pun senang....Kan ada time morning break, lunch and tea break? Gunakanlah time tu.....Kalau takut tak sempat, apa salahnya kita excuse makan tu kejap? Or at least, bungkus dlm tissue paper bwk ke port tmpt pam. Sambil pam pun bleh makan kan?!! Time ni lah, skill multitasking as a mother sangat diperlukan ;)


Selamat Mencuba!
*
Kalau tak paham part mana2, bleh tanya semula/ personally email me ya ;)

Anak Adalah Amanah

Aku percaya rata-rata pembaca yg berkahwin dgn sah = bernikah, pasang niat nak anak…Tapi anak, eloklah jugak merancang jika belum bersedia. Tak semestinya bersedia 100, 120% tapi sedikit persediaan itu pun cukup.Insyallah, yg lain Allah mudahkan!

Membaca kisah Sharifah Eja = Eja, primadona wanita cereka Melayu yg kini baru diketahui berstatus isteri dan bakal ibu (! Sila terkejut), pelik juga ya dia boleh tahan diri dari teringin mempunyai anak darah daging sendiri selama 10 tahun..10 tahun ye, bukan 10 bulan atau 10 hari.

Bayangkan bagi seorang isteri yg salah satu matlamat perkahwinannya adalah menambah keturunan serta umat Muhammad (insyallah umat yg soleh) 10 bulan itu merintih jika usahanya setiap bulan tidak jugak +ve, +ve! Tapi mungkin bagi Eja, dia belum bersedia…Anak bukan prioritinya ketika itu dan alhamdulillah, dia terbuka hati dan terus mengerjakan umrah minta Allah beri ketenangan, petunjuk akan niatnya itu.

Cakap pasal persediaan, yaa..Betul, perlu persediaan bukan sahaja badan= fizikal (utk menahan alahan, membuang air kecil dgn kerap, tidur lenguh kaki kena simpul biawak, gusi berdarah bila gosok dll), malah juga sedikit kewangan dan ilmu keibu bapaan. Kesabaran juga adalah penting!

Sebenarnya aku dah ada cakap pasal ini pada tahun lepas, cuma skop yg nak ku sembang kali ini adalah anak adalah amanah kita..Bagaimana kita nak corakkan mereka, jadi Yahudi ka, Nasrani kah?

Teringat sedikit cebisan dari ceramah Israk Mikraj tadi, bahawa yg salahnya adalah mak bapak anak tidak sah taraf itu, tapi kenapa anak itu yg menerima padahnya – dibuang? Sungguh keji dan hina manusia ini, makhluk paling berakal..Dah sedap buat, bila dah dapat pun sedap hati ja buang! Tapi stigma dlm masayarakat, bila anak2 buat salah itu kata anak buat “anak haram”..

Ya, mmg betul itu A.H tapi bkn anak itu yg haram! Anak itu adalah dari perbuatan haram…Kalau tak mahu sangat, bagilah pada org boleh bela mcm hantar ke masjid, hantar rumah anak yatim, hantar pd ustaz dll. Sekurangnya nasib bayi itu terbela, bukannya dibiar mcm bangkai ayam – dibiar anjing makan, dibiar lalat hurung. Masyaallah


Kalau tak sanggup pegang amanah itu, bagilah amanah itu pd org lain ……