Aku percaya rata-rata pembaca yg berkahwin dgn sah = bernikah, pasang niat nak anak…Tapi anak, eloklah jugak merancang jika belum bersedia. Tak semestinya bersedia 100, 120% tapi sedikit persediaan itu pun cukup.Insyallah, yg lain Allah mudahkan!
Membaca kisah Sharifah Eja = Eja, primadona wanita cereka Melayu yg kini baru diketahui berstatus isteri dan bakal ibu (! Sila terkejut), pelik juga ya dia boleh tahan diri dari teringin mempunyai anak darah daging sendiri selama 10 tahun..10 tahun ye, bukan 10 bulan atau 10 hari.
Bayangkan bagi seorang isteri yg salah satu matlamat perkahwinannya adalah menambah keturunan serta umat Muhammad (insyallah umat yg soleh) 10 bulan itu merintih jika usahanya setiap bulan tidak jugak +ve, +ve! Tapi mungkin bagi Eja, dia belum bersedia…Anak bukan prioritinya ketika itu dan alhamdulillah, dia terbuka hati dan terus mengerjakan umrah minta Allah beri ketenangan, petunjuk akan niatnya itu.
Cakap pasal persediaan, yaa..Betul, perlu persediaan bukan sahaja badan= fizikal (utk menahan alahan, membuang air kecil dgn kerap, tidur lenguh kaki kena simpul biawak, gusi berdarah bila gosok dll), malah juga sedikit kewangan dan ilmu keibu bapaan. Kesabaran juga adalah penting!
Sebenarnya aku dah ada cakap pasal ini pada tahun lepas, cuma skop yg nak ku sembang kali ini adalah anak adalah amanah kita..Bagaimana kita nak corakkan mereka, jadi Yahudi ka, Nasrani kah?
Teringat sedikit cebisan dari ceramah Israk Mikraj tadi, bahawa yg salahnya adalah mak bapak anak tidak sah taraf itu, tapi kenapa anak itu yg menerima padahnya – dibuang? Sungguh keji dan hina manusia ini, makhluk paling berakal..Dah sedap buat, bila dah dapat pun sedap hati ja buang! Tapi stigma dlm masayarakat, bila anak2 buat salah itu kata anak buat “anak haram”..
Ya, mmg betul itu A.H tapi bkn anak itu yg haram! Anak itu adalah dari perbuatan haram…Kalau tak mahu sangat, bagilah pada org boleh bela mcm hantar ke masjid, hantar rumah anak yatim, hantar pd ustaz dll. Sekurangnya nasib bayi itu terbela, bukannya dibiar mcm bangkai ayam – dibiar anjing makan, dibiar lalat hurung. Masyaallah
Kalau tak sanggup pegang amanah itu, bagilah amanah itu pd org lain ……
1 comment:
ya amanah
bkn bleh suka2
kalau takl;eh jaga bg kat org bg org tolong jaga at least minima la sikit dosa2 kita tuh...kurang 0.00000001% ka..kan kan...
Post a Comment