Primula Beach Resortlah idamanku dan ramai yg recommend situ sbb 5 stars n dekat pantai....So bulan 6 lagi aku book the Deluxe Room for 3 nights. Aku dah tak main 3H 2M sbb mcm tak puas je 1 hari nak ronda...(hari pertama dan ketiga dianggap hari perjalanan). Minimum mlm skrg kalau bercuti, 4M lah!! This is considered our very 1st Vacation as a family (Ibu + Papa + Aliah)...
So mmg sgt teruja la. Dgn packing brg2 la...Dari 1 beg troli besar size 29", kami tmbh lagi satu beg 22" utk Aliah sahaja ! ahahakkk....Yerla, jln dgn baby kena bwk diapers la, wet tissue la, botol utk air masak la, nestum la dan mcm2 lagi.Baju takleh bwk cukup2, takut dia terkencing / bocor ke, muntah ke dsb.Then ubat-ubatan lagi??! (sbb time ni Aliah baru jeee baik demam).
Day 1
Guess what, kami kuar rumah kul 6.10 pagi...Sbb kena reach KLIA by 7.30.Aliah pun bangun awal mcm kami, around 5.20 (awal sbb dia poo poo dulu :p). Dia tido dlm keta je! Sampai airport je sampai Tgganu tak tido...Punya aku panik takut dia melalak time nak take off (kalut sumbat susu dsb) tp si kecik tu menten je main2 leaflet dan meja. Alhamdulillah, surpsingly dia dah pandai balance and i'm very proud.hee !
Since sampai awal takleh check in, kami nak bagi Aliah tidoq dulu ..Nak rehat kat masjid, singgah Masjid Kusza (UDM) tu tapi dia tak tidoq pun. Dia takmo tidoq! bertuah punya budak..Dia hisap susu then dia merangkak2 pulak! Aku ni letih...Letih bkn sbb pe, letih Ganu panas sgt duhh ! Mcm Alor Setar....
Since dia takmo tidoq, aku tukarkan baju dia(basahkan badan dia dulu skit) then kami ke Mydin..Wakakakka...Kat KL bertahun tak gi Mydin, kat Gganu ni Mydin la paling happening kata anak menakan aku. Giant di sebelah pun kalah ! waah...Lagu mana hebat sgt Mydin ni? Kalau di KL,geng bangla n Indon je dok pi. Mydin dia kalau korang nak tahu- sepanjang dan sebesar Subang parade dan dipanggil Mydin Mall (kelas u...).Dalam dia size mcm Carrefour Subang ada escalator utk ke tingkat 2.
Dekat pukul 2, kami pun ke hotel..Check in. Walaa !! Bestnya bilik....Luxurios la bagi aku. Puas hati, service pun bagus (angkat beg dan service kunci bilik). Try to put Aliah to sleep, tapi dia takmo...Hidung dia berhingus balik. Cian !! Then golek2, dekat pukul 4.30 baru dia tidoq lps aku tak layan dia (terlelap tak sedar).
Day 2
Cadang nak turun brekpes kul 8 tapi lps subuh Aliah tido balik (which is jarang dia buat camni kalau di KL-maybe letih sgt semlm)...So kul 9.30 baru kami turun brekpes.Well, aku makan nasi dagang, Aliah bagi makan bun, papa dia makan campur2 la -bihun, bun dsb. Food at Primula? 1st day, not bad la...
Since Jumaat takleh gi mana sgt, target utamaku adalah Pasar Payang lah...Kul 11 kami kuar, tak sampai sejam dan tak sampai 10 kedai aku masuk, Aliah dah mula
Bila hubby aku gi Jumaat, aku paksa Aliah tido sbb cdg nak shopping lagi ptg....Tido la dia pun, takat kul 3.30. Kami bangun, ke Pasar Payang lagi then dia pun merengek2 lagi! So dpt sejam jugak le shopping :~ Bila naik keta, susu jap terlelap then kami hala ke Pantai Ketapang. Aku ingat nak makan seafood, rupanya anak menakan aku bwk tmpt org makan kopok leko dsb.So kami pusing ke tmpt lain, cari restoran sea food...
Kuar simpang Pantai Ketapang tu, ada satu la kedai seafood...Awal lagi, 6.40 org pun tak ramai. Harap mknnya sedap lah!! So kami order siakap, udang celup tepung,kailan ikan masin dan daging masak merah...Air tembikai semua. Alhamdulillah,sedap dan berpatutan RM64 (termasuk 1 pinggan nasi tmbh-tapi nasi mahal, RM1.30 sepinggan).
Day 3
Hari ni Aliah bangun tido mcm biasa....So kami kuar breakfast 7.45. Alahai, menu sama je wajib ada nasi dagang dan sup serta scrambbled egg. Yg beza pun hari ni bkn mee goreng tapi bihun goreng dan mee kuah pula jadi mee sup! ehhee...so aku try le mee supnya, sup pekat tak sedap. Bubur ayam ok, bagi Aliah sikit sbb pure rasa-tade garam.
Balik bilik, kam tido sampai kul 10.30 baru Aliah bangun....So siap2, we ready to go to Pulau Wan Man @ Tmn Tamadun Islam.Ala, yg ada byk monumen masjid seluruh negara tu...Yg kalau iklan Jom Jln2 Maria Tunku Sabri dia tjk naik bot tu . Hee..tapi aku tak naik bot pun. Dia area ke Losong, berhampiran dgn Muzuium Negeri.
Peh, kena byr rupanya....RM10 dewasa, kanak2 RM5 (7 tahun ke atas je). Kami sampai dah almot 11.45, tgh matahari nak naik. So mmg tak larat nak jln2 sendiri pusing semua monumen, aku n
Best la gak TTI ni bagi aku....Sbg satu tmpt yg agak baru nak membangun, dgn adanya TTI ni ada la skit tmpt pelancongan yg berilmiah selain dari muzium.
Sebelum ke Losong dah time Zohor, papa dia gi solat di Masjid Kristal Aliah bantai mengamuk dlm keta dgn aku ! Grr.........Dahla panas gila, nak bagi dia tidoq tapi dia lawan mata-nak main stereng la, gear la dsb pdhal enjin on, aku tak bagi la. Mengamuk2 la dia ! Babab la jugak....Kesian pulak :( Sorry....
Bila di Losong, cepat2 je beli sbb takut Aliah mengamuk lagi...Konon nak bg tido on the way sebelum ke Pasar Payang (kali ke3 pegi, still ada yg tak beli), terlupa la nak beli kopok losong. So beli kopok leko biasa sikit je tu pun, sbb kalut dok congak. Hhaha! Bila pi Pasar Payang, target 1 kedai je...Aliah mood ok, tapi aku yg takde mood nak ronda2 dan takde duit.
Balik withdraw lagi RM800 utk byr keta sewa esok dan duit bilik...Huhh, 3x withdraw dah ni. Bangkrap, sebulan gaji habih :p Mlm ni makan maggie jerla...Balik hotel, masing2 tido. Mlm, hubbyku belanja room service punya menu - chicken chop and nasi goreng special. Yum, yum sedap !!! Terbang RM46 utk room service...hehhe.......Aliah rugi, sbb dah tido time kami melantak.
Day 4
Hari ni mmg tak pi mana.................Lps breakfast, ronda2 hotel jap ambik gmbr. Then naik, tidokan Aliah dan packing semua brg. Aliah tido lama lak, dari 9.30 sampai kul 11. Terkocoh2 la lps dia bangun, mandikan dia dan angkut brg ke bwh utk check out. Flight kul 1 tapi kena check in latest by 12.15 la ! Dari hotel ke airport 20-30minit je...
Wahahhaa..............Dari 2 beg, dah beranak jadi 4 beg. Tu kira sikit la sbb hubbyku takmo bwk byk sgt! Sumbat le kat mana yg perlu..........
Hmm...Rasa nak datang lagi. WAJIB datang lagi tahun depan, naik keta lak. Bila Aliah dah besar skit, setahun lebih dah pandai jalan Insyallah ada rezeki Ganu lagi! Yahoooooo
For more pictures --> http//salfaryna.fotopages.com/
6 comments:
hehehs... best ark?
banyak ko soping tudung?
ko naik flight erk? abes kat sana ko sewa keta bape hingget?
citer actually tak abihs tu sbb aku ada keja lain..ahaak...
shopping tudung, ada la dlm 400Rm terbang ! shopping batik, 500RM...tu pun cukup2 je agih kat sedara n budak pejabat n pakai sendiri.
aku ada anak sedara kat KUSZA/ UDM, so aku sewa depan UDM tu lah...Viva, RM90 1 hari.mula2 dia kira RM180, time antar kata RM270.bengong-tak tau kira lah tu!
whoa...sakan pi shopping.ni jeles nih!
agaknya kalo aliah xmeragam banyak lagi la fulus ibu yg terbang
shopping raya ke sal?
ahaks...ye betul !! Aliah ni mcm dah disuruh papa dia la...asal org nak survey lebih je, dia meragam. Mmg potong stim !! hehhee.....
shopping raya? tak jugak sbb baju utk raya semua dah htr upah...raya deepavali, raya haji punya kot? hehhe
Iskhh isskhhh bestnya holiday. Tahun depan nak itut!!!
thanks for the tips babe, just what i needed right now
Post a Comment