Wednesday, September 30, 2009

Takut

Mcamana nak pujuk dan ajar anak supaya tidak takut? Kurangkan takutnya laah...

Aku perasan Aliah takutkan kilat dan guruh berdentum sejak umur 18 bulan lagi. Kesian sungguh bila dengar guruh berdentum, dia dah mula merengek dan cepat2 cari papa dia (nak 'semunyi' bwh ketiak).

Dah cuba dah pujuk, selalunya aku peluk dia rapat2 dan cakap "Tade pape..Kejap je/ dah habis" dan dia pun selalu pujuk diri (dgn nada yg takut2) kata "Takpe...".

Emm...Baru2 ni kami tgk Waris Jari Hantu, yg cerita Azean jadi harimau tu. Mula2 tgk okay, tp selepas dia tgk rimau tu membaham penjahat dan kuar mata bersinar2 dgn surround bunyi ngauman, terus dia menangis dan merengek nak dok bwh papa dia. Sian sungguh lah!!

Dia juga tidak berapa confident dgn aktiviti lasak spt memanjat gelongsor (tapi di rumah memanjat tangga, berlari sana sini kemain aktif)....

Anak Daraku yg Manis!

Puas hati dpt minum sirap...Sejuk...


Yo..Yo...Jom turun sini arr kalau berani!



CAK !


Cepat laa...Aliah dah tunggu ni!


Hahhaa..Ni tak ayu dah.
Gaya tido time balik ke KL (baju baru Umi Afzan bagi)

Tuesday, September 29, 2009

What Is Actually Happen to Me?

Kan aku pernah cerita dlm entry ni yang aku kurang sihat

Simptom ni datang kembali aku dan kepalaku memusing hinggakan bila aku tunduk leher skit dah rasa melelong nak tumbang! Uihh..Takutnya aku. Adakah ada sebarang pendarahan dlm kepala otak aku ni? Dari malam tadi lagi aku pening2 ni.........

Ohya....Aku dah test semula, -ve resultnya! :( sob...sobb...sobb....Nasib berjaya men'tak malukan' diri mintak UPT stick free dari sister Labor Room semalam :p

So apa yg tak kenanya ???

* Mood malas nak gi jumpa doc.....
Sbb still hoping for miracle!

Apalah Depa Ni?

Aku kan bukannya fussy sangat bab nak melayan budak IPT datang buat research dsb di tempat kami...Cumanya 1-2x terkena, malas la pulak!

Depa datang bawak 1 helai senarai topic dan soalan, minta input dari kita....Apa yg aku lihat, depa ni tak buat homeworks dan harap mai kat kami, nak kami suap semua. Hello! Kami buat for free mcm bagi ilmu tp tolonglah put some initiative to google dulu kemudian baru datang tanya and clarify at least tadaklah blur 0 knowledge bila datang 'interview'!

Bayangkan ada satu team student ni datang (semalam), aku layan sampai 2 jam setengah...Aku bagi dokumen, SOP dan Policy pun blur. So at last, aku terpaksalah bagi 'lecture' dari A to Z (tu pun still nmpk mcm blur) apa dia! Gasaklah camna depa nak tulih report nanti.........Tadi aku dapat call, group lain lak nak datang! Apa? Depa ingat kami ni 'library' ka tiap2 hari nak layan depa ja? Tolonglah...Tolonglah puan-puan penyelaras juga, amik berat perkara ini.

1) Pastikan tiada 2-3 group pergi tempat yg sama dengan tajuk yg sama pada hari berbeza (elakkan minta budak2 tu sendiri tanya kat organisasi yg hendak dituju).

2) Pastikan budak2 itu buat research/ google dulu sedikit sebanyak dlm website organisasi dan kemudian mungkin hantar senarai soalan dahulu melalui emel supaya pegawai di organisasi itu dapat bersedia dan narrow down the scope apa yg dia perlu explain nanti.



Sunday, September 27, 2009

Srot...Srott.....

Tengah2 malam yg agak panas ni....rasa bengang je...

1) Marahkan diri sendiri krn hanya nak jimat Rm3.00, beli UPT murah yg resultnya invalid...
(dah lewat 10hari, tapi TOLONG JGN kenen2 kan ye..doa moga ada rezeki, dlm hati masing2).

2) Marahkan diri sendiri krn ketegaq takmo telan PCM walaupun semlm dah dpt hints nak selsema (gara2 takut efek apa2 di dlm rahim).

Oklaah....Selsema dah ni. harap cepat sembuh dan tak jangkitkan Aliah dll.

Saturday, September 26, 2009

Raya yg Lebih Bermakna

Uhuu...Raya ini walaupun pd mulanya aku bayangkan tiada yg indah atau extra seperti tahun2 sebelum ini semasa kami ber2, rupanya tidak! Alhamdulillah, mungkin krn beza lokasi tido dan kehadiran Aliah buat kali pertama beraya di kg PIL tahun ini kulalui tanpa perlu menghitung hari2 utk balik ke Rwg (:p thehhehe.....ada gak kira,tp dah ujung2 hari baru kira).

Apa yg bermaknanya kali ini?

1) Mission accomplished! Berjaya bwk Aliah ke masjid utk terawih...
2) Puasa yg extra selain dari hanya berlapar dahaga...
3) Kesihatan yg baik anak beranak...
4) Rezeki yg murah.....
5) Sheh memasak dan increase!

Yg menambah lagi maknanya ialah............


1) Kami tido rumah nenek (mak abah) which is 2 tahun aku raya sini tak pernah tido rumah nenek, asyik rumah atok je. Well, honest cakap aku lebih selesa di rumah nenek.

2) Walaupun tak masak di rumah nenek tu (sbb makcik2 dah ramai), masih aku dpt makan yg enak2 ! hahhaa....sbb makcik dari Perak tu msk mcm2. Hehehhe! Well, rezeki kami...Kali ni raya byk gak rumah yg jamu kami menu special ie. mi soto, bihun tomyam, laksa.

3) Berjaya 'menjejaki' sepupu arwah bapak aku di Yong Peng, which is last dia attend wedding kami 2004...Lps tu tak pernah jumpa2 atau contact sbb tiada urgency tp aku amik inisiatif utk jejak jgk, sbb kalau tak, rugilah aku beraya di Johor tak kembalikan semula hubungan kekuargaan family aku.

4) Dapat jumpa cousins hubby, Eza dan Afzan di hari raya sbb selalunya kami tak kena sama giliran....Diaorg selalunya thn giliran aku, diaorg balik Kuantan dulu bila balik Johor aku dah balik rwg. Disebabkan 2007, giliran tu bercantum semula! ;) Of course, xtranya dpt khidmat jurugambar semi-pro percuma! Percuma lagi laa...Lps ni, habislah.

5) Kami sekeluarga alhamdulillah sihat sejahtera, walaupun cuaca yg tak menentu - kejap panas terik, kejap hujan panas.




** AKU MASIH KEMPUNAN KETUPAT PALAS :( Tak jumpa langsung...

Friday, September 25, 2009

The Best of Raya 2009













Credits to hubby's cousins - Nuar & Afzan for all the nice shots!

Thursday, September 24, 2009

Mission Accomplished!

Memang aku berniat sebelum balik kg, sekurangnya nak gi lagi sekali terawih di masjid...Night 3 in my MR 1432H on night 28, alhamdulillah aku berjaya solat sampai 8 rakaat tanpa 'gangguan manja' dari Aliah.

Rahsia?
1) Mlm tu kami solat di masjid dekat rumah PIL sg Buloh, which is masjid tu dia mmg selalu ikut atok dia kemas tiap pagi Jumaat. so dia dah biasa kot bau2 semua :p

2) Solat situ agak cepat..Tazkirah awal dan pendek, tak sampai 20minit.

3) Crowd tak ramai sgt dan yg ramai pun muka nenek2...So maybe dia segan nak tarik muka. (Dia buat memek2 muka ada lah tgk kami berdoa..Buat org nak tergelak je).

Alhamdulillah!

Friday, September 18, 2009

Berlapang Dada

Alhamdulillah, hampir kemuncak Ramadhan...Alhamdulillah, aku berjaya puasa 28hari tanpa uzur syarie'.

Alhamdulillah, aku rasa Ramadhan kali ini tidak dahaga/ dehydrated tetapi hati aku rasa lebih bersih...Aku dapat berlapang dada dgn kekurangan dan situasi2 tertentu (yg pd kebiasaannya, aku boleh chom 2-3 jam sbb itu).

Alhamdulillah juga aku dapat rasakan, sifat berbaik sangka dah ada dlm diriku walaupun mungkin baru 10%....Bukan nak riak atau takbur, mohon doa dapat ditingkatkan percentagenya walaupun slps Ramadhan nanti.

Insyallah !

SELAMAT HARI RAYA DARI SALZAHARI & ALIAH IRDINA


Aunties, nak duwet raye!
(ni gambar tahun lps =12 bln)


* Anda dapat apa Ramadhan kali ini? ;)

Thursday, September 17, 2009

Seronok ke Raya kg Mertua?

Well, ini raya ke3 raya di kg hubby...Upss, bkn kg hubby tapi kg PIL sbb kalau ikut kg hubby, PIL dok di Sg Buloh je which is tiap2 pun kami balik kg. Hahaa!

Ni sedikit kenangan beraya di kg mertua....
2004 - Tahun pertama kahwin, mengalah sbb kebetulan di Kedah pun arwah mak aku 'baru' meninggal jadi hanya kakak abg di sana, jadi tade desakan kuat sgt utk balik sana.

Sungguhla terkejut.....
1) Sambal goreng (campuran sambal, udang kecil2, tempe, tauhu, so'un,carrot dan kcg pjg).
2) Ketupat nasi
Dimasak banyak2 dan dihantar ke hampir semua rumah (ada la dekat 20-30 rumah) Penatnya mata kopek bawang segala (pedih mata woo..kang x mo buat, nanti dicop menantu pemalas lak ;p )

Mana ketupat pulut? Mana gulai ayam? Urrgh...Meleleh air liur tak dpt mkn. Meleleh jgk air mata bila dgr takbir raya sbb Syawal thn lps mak aku baru meninggal.

Pastu pagi raya lagi terkulat2 sbb takleh pegi solat raya di masjid...Family mertua aku, pompuan mmg jarang pegi masjid sbb sibuk uruskan juadah utk tetamu yg akan dtg menziarah atok slps solat raya.

Bestnya pula.......
1) Rumah dikelilingi pelita dan bau myk tanah tu sungguh nostalgia kg (yg pernah kuidamkan
zaman sekolah dulu utk mempunyai kg sendiri)
2) Mlm raya ada org marhaban/ masjid gilir rumah ke rumah utk bertakbir
3) Beraya sampai ke JB merata ceruk pangkat moyang pun masih pegi - ikatan kekeluargaan
masih kuat.

2006 - Tahun ketiga kahwin, time ni mcm baru kahwin jgk sbb sudah kehilangan arwah Ain dan masih dlm usaha mendapatkan yg lain. Ikutkan sahaja tempo. org Johor beraya cuma betul-betul rindu air ais dan mi-mi segala sbb merata rumah pergi, memang tak dpt air berais dan mkn lain selain mkn tradisional - kuih raya, ketupat, sambal tempe dll.

2009? Insyallah dah leh adapt dgn suasana raya org Johor dan masakan2 nya...Huhuu, seronok sbb bwk Aliah berjalan byk rumah (tak mcm di Kedah nun..)...Seronok gak nanti dpt singgah mkn mi bandung atau nasi briyani gam!

* 2007 adil - Beraya di Sg Buloh je sbb Aliah dah menjengah dunia seminggu sebelum raya ;)

Wednesday, September 16, 2009

Tak Beraya La Aku!

Aku sedang alami Dentine Hypersensitivity (DH) ..Whuhooo.....

DH is a
bri
ef, sharp, painful sensation that strikes you when u
consume hot/ cold,
sweet/sour food or beverages, when u brush your teeth, when u breath in cold air.
It is usually caused when gums recede and therefore, the dentine is exposed. Dentine contains the channels to the nerves, when triggered by hot/cold/sweet/sour food or while brushing your teeth, will transmit the pain signal to the nerves. The most common trigger for sensitive teeth sufferers are cold food

HUHHUUUUUUUUUUU..........Sakit tau :( Tak beraya lah aku...Telan air liur je. Ke nak cuba beli ubat gigi Sensodyne tu? Huhhuuuu

So kawan2...Are u at risk? Let's check these list ....

  1. Have history of dental/ periodontal treatment
  2. Have poor oral hygiene and dietary habit
  3. Habit of excessive brushing or flossing
  4. Habit of brushing teeth immediately after meals
  5. Habit of grinding teeth, especially during sleep
  6. Used products that contains harsh abrasives
  7. Have regular consumption of acidic foods or beverages

PLUS

Mesti ramai akan gunakan PLUS untuk balik raya ni kan? Seawal esok rasanya ramai dah berpusu-pusu ke highway....Well, hari ni genap PLUS kami 2 tahun, mengikut bulan Islam.

PLUS kami adalah Aliah Irdina, si projek 'lebuhraya Utara Selatan' krn aku dari Kedah dan hubby pula dari Johor :D Aliah bersalin 2 tahun lepas (8 Oktober 2007) pada jam 6.58 ptg 26 Ramadhan. Aisehh, ingat leh lajak sampai mlm 27 Ramadhan. Tengah papanya sibuk 'melahap' juadah berbuka puasa di jabatanku (di atas labor room je), dapatlah dia panggilan 'misteri' dari si ibu yg baru sudah dijahit setelah bersabung nyawa (alhamdulillah dipanjangkan umur) melahirkan zuriatnya.

The first hour..Kecut je!

Sweet smile at her 5 months...


Selamat Ulangtahun keDua sayang ibu...Aliah Irdina ! Semoga sihat selalu, mudah mendapat ilmu, lembut hati untuk dinasihati dan sentiasa menceriakan kami.

Gaya anak dara umur 13 bulan..

Si seksi kecil 18 bulan

Senyuman si gadis 'sunti' kami
(ada nak book? :p)


Tuesday, September 15, 2009

Kasih Adik

Actually ni entry tertunggak...2 minggu lepas kitaorg ada ziarah pusara arwah Ain Najwa, anak sulung kami. Bawak Aliah sama, for the first time!

Slps berdoa, bersih2 kan kubur dan cerita pd arwah..Aliah diam shj. Angkat tangan bila kami berdoa!

Time nak balik, aku ada lah sebut "Kakak tinggal sini..Takpe, ada kawan2.. Kita meninggal, duduk sini!"

Sampai di kereta, Aliah menangis..."Ikut..Ikut.Kakak" sambil tunjuk pusara. Emm, dia ni kan cakap terbalik! So aku baca ikut=tinggal... Aku rasa dia menangis ingat kita tinggal kakak dia. Dah betul la, kena tinggal!

Sayu hati aku time tu...Hati seorang ibu. Walaupun mungkin betul atau tidak dia maksudkan, tapi aku rasa dia faham. Sedih kan??

Monday, September 14, 2009

Rebus ke Goreng?

Aku akui mmg jarang masak yg renyah2 (leceh2) kecuali kalau hari tertentu atau nak menjamu org (suka mencabar diri sendiri)...So minggu lps aku masak soto kat rumah mertua sementelah hubby mengecat rumah maknya itu.

Hajat di hati buat soto tu mestilah lengkap dgn so'un,bergedel dan kuah kicapnya....Bergedel mmg pernah buat tp jadi dgn 'cantiknya' tak pernah2 ! Hahaa...Ada ja yg spoil.

2x aku cuba aku guna kentang rebus...Dulu 1x time bujang, ok je. Lps kahwin ni cuba, 1x dulu tu hancur berkecai bila masuk kuali! :p Kali ke3 ni masih rebus juga...Lupa pulak, boleh buat dgn cara goreng.

Kali ni texture kentang tu ok, tak lembut sgt dan bila bentuk pun cantik je...Cumanya lembek, byk lubang udara kot?!! Tak mampat.....Em, apa yg tak kena ye?




1. Rebus kentang dan kemudian lecekkan sampai halus
campur daun sup, lada sulah,dagign kisar & bwg goreng.



2. Kemudian celup dlm pukulan telur.

3. Golekkan atas tepung gandum skit supaya lebih 'mampat'

4. TARA! Sedia utk dihidang...


Mcm mana pulak cara korang?

Yeay! Yeay!

Esok hari raya...Yeay, yeay! Ohh, memanglah bkn raya...Dah bukan jugak 'raya' geng wanita2! Dah semakin terasa mood raya ...

Last minute, teringin nak beli kasut raya bertutup...Sempat ke? Emm, tengoklah kalau ada rezeki nak kirim kat adik ipar je di KL nun...Semalam belikan Aliah kasut raya 'baru'! Grr...Kasut beli drp M.O.T muat2 je, sangat kasihan. Dlm 1 minggu kakinya bersize 4 tu dah leh muat size 5! Haah.. Mahu sementara nak remaja ni, kasutnya dah 1 almari.

Tudung raya pun tak beli...Walaupun trend Ratu la, Arianni lah, Munawarrah lah tak dpt membuka hati memakai tudung itu krn dah terbayangkan senget bengetnya 'awning' dia dek frame spek. Camna nak buat Fid? (alih2 tanya dia...heheee). So pakai je tudung 'ikan' (bawal 1-2-3) raya ni!

Aiseh...Mentang2 raya di kg suami, tak rasa mood nak melaram. Bonus pun tak dpt! :| Anak melaram cukuplah, dah gumbira ! ;) Heee.....Mood nak tlg kumpulkan duit raya anak pun dah membuak2 ni! Hehehe...

Friday, September 11, 2009

Lullaby for Your Sweetheart

Ada tak? Lagu yg korang cipta sendiri la selain dari 'lagu2 rakyat' dan nursery rhymes lain...Aku ada cipta satu melody (chewah, mcm compose lagu Juara Lagu je) which is tade lirik tp ala2 tempo gendang.

Tadi sambil menaip, terasa nak 'menyanyi' lak lagu ini...Sambil teringatkan Aliah. Yg bestnya skrg, Aliah dah pandai ikut sama kalau dgr aku nyanyi lagu ni dia akan 'banging' kepala dia ke kiri ke kanan.

Tuk ke tuk...ke tuk...tu ke tuk...tu ke tuuk..ke tuuk...tu ke tuk...tu ketuuk...

Hahahh! Weng........


* Ohh, kesan ubat inject adalah sama dgn ubat telan = Mengantuk

Kurang Sihat

2-3 hari ni aku ala-ala mcm nak pegnant..Hahha! Psycho betul....Loya, pening, nak muntah. Mungkin juga salah makan sbb 2 hari ni beli di PaRam.

So pegilah check pg td, ok je semua kecuali ada darah dlm urine...Suspect sbb next period. Kalau slps period, masih ada kena lah investigate lain.

Check perut, mmg angin byk...So doc.inject utk tahan loya dan muntah sbbkan aku sayang nak berbuka. Ohh, aku juga sedang alami dental hypersensitivity! Iaitu keadaan gigi yg tengah hipersensitif...Aku rasa filling gigi geraham pun dah keluaq habih, tu la pedih. Minum air ais/ panas sakit, nganga mulut kena aircond pun sakit! :((

Rasa nak baring tp ada discussion pulak :(

Wednesday, September 9, 2009

Asal Bumbung Menjadi Kapal Pisang

Dulu aku gila membeli inhouse game untuk jadikan playgym Aliah since kami tak hantar dia ke taska..Jadi mungkin tak byk brgn lah spt slide ke ape ke utk dia main. Kira setahun gak aku simpan brg2 gini baru dpt main ;)

Tu pun gigih la nak mengepam sbb pam basikal kecil biasa2 tu lambat skit anginnya nak penuh.... Haaa, memang mendera lah org yg kena pam tu!

Tapi Aliah suka bukan main......

Mandi kat dlm bilik air...Haruslah berbogel ;)

Hahaa...Ni lah kapal (pisang mulanya Aliah kata-bentuknya) asalnya adalah bumbung kpd pool tadi tu.



Pastu dijadikan begini oleh Aliah...Dia syok naik kapal ni sambil berlagak menghayun mcm buaian ke depan ke belakang dan kemudian tido pulak.

Tengok kakinya, kemain berlagak lagi dia berlakon...


Fokus dekat..Masih berlakon tido, sambil pejam2 mata!

Lain Perut,Lain Debarnya

Ni bukan kaitan perut dgn bulan puasa ye...Ni perut ibu mengandung, Sekarang dah mcm musim jangkitan ye? Tak sangka bukan je jangkitan H1N1 di luar ni panas, jangkitan buatan org pun ramai dlm blogworld ni...Alhamdulillah, rezeki masing-masing di bulan Ramadhan.

Aku ingat dulu kecik2, time kakak2 ku 'pakat' mengandung, aku yg naif ni mmg ingat penyakit ni jenis berjangkit...Yerla, mula kakak sulung aku pegnant pastu kakak no.2 aku dtg tengok, dtg2 bln depan dia lak pegnant! :p Jahil sungguh aku ilmu bio. time tu..Yerlah, baru darjah 2 tahu ape kan? Bkn mcm budak skrg agaknya.

Kalau yg kenal aku personally, tahu aku ada sejarah mengandung yg agak sedih...Aku bersyukur tidak alami morning sickness yg teruk mcm kwn2 kita tgh alami skrg (Yaya, Watie,CPM dll.). Kdg jeles pun ada sbb takat loya je, tade muntah jadi hubby ingat kita masih cargas! Jadi peluang nak mengada dan bermanja tu kuranglah di awal2........Padahal bau asap menumis tu saja buat rasa nak berkurung dlm bilik.

Tapi setiap org, dugaannya lain....'Rezeki' masing2. Walaupun aku tak muntah2, aku agak paranoid dlm tempoh mengandung Aliah dulu sbbkan sejarah mengandung yg pertama di mana tanpa disedari, kandunganku sudah meninggal dlm perut ketika umurnya 26 minggu. Tuhan saja yg tahu bila doktor cakap "no heart beat...".

Kalau org lain, mungkin risau kandungan gugur di awal2 terutamanya di bwh 4 bulan tapi aku, ketakutan itu kekal hingga aku selamat bersalin.....Walaupun aku nak sgt mengecapi keindahan tempoh mengandung itu, masih terselit juga rasa suspend utk melalui tempoh 9 bln itu.

Satu lagi yg buat aku sangat hargai tempoh mengandung adalah krn aku rasa aku sama bahtera dgn kwn2 yg tidak pernah berlaku kejadian 'accident'! Setengah org, kalau kena waktunya alhamdulillah terus ada hasilnya (tapi ada pulak yg mengeluh)...Tapi mcm kami2, menyusun hari menyusun strategi, menyusun diet pemakanan dan segala mak neneklah utk pastikan yg dihajati itu datang.

Mungkin jugak aku tidak bijak mengenal fisiologi sendiri, tetapi dari 2 nikmat mengandung yg ku dapat itu adalah yg tidak terancang...Hanya usaha dan doa tak putus2 dari Allah. Dan sememangnya satu keajaiban bila mana aku mengandungkan Aliah pun, aku taktahu mana satu teknik perubatan yg bantu aku. Kami cuba selama setahun dgn perubatan moden, semua tak berhasil tapi akhirnya time kami stop, dgn kuasa Allah (dan mungkin juga doa kami serta doa2 org tua kami) menjadi juga ;)

Jadi mmg agak sensitif bagi kami kalau org tanya "Bila lagi nak tambah", "Aliah dah besar tu.. Leh dpt adik dah!" , "Tak cuba berubat apa2 ke?" dan juga kes2 org mengeluh dpt anak dekat sgt (itu lah kena merancang) atau buang anak. Cuba bayangkan diri kamu kalau di tmpt kami2 ni?

Sekadar meluahkan ;)

Tuesday, September 8, 2009

Dengan Tak Malunya....

Dengan tak malunya aku nak tunjuk hasil buatan tanganku dari resepi Umi Sufira hari tu...Haha, dah 2 minggu kejadian baru 'berani' (a.k.a tak malu) nak tunjuk! Puding Roti resepi U.S ;)

Resepinya mmg mudah tapi hasilnya marvelous!

Step 1, carikkan roti dan susun
dlm loyang yg telah dileser dgn marjerin
(sorry, tak sempat rotate gambar)


Step 2. Kacau 1 cwn gula kastor , telur 3 biji, tepung jagung
2 sudu dan 2 tin susu ideal serta 2 sudu kecil esen vanilla hingga sebati


Step 3. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan suhu 160
selama 40 minit/ hingga agak2 masak


TARAA ! Ni rupanya bila dah dipotong...

Betul Kah?

Mitos org tua pasal nak dapat adik kpd anak pertama...

1) Anak pertama tu suka hisap jari kaki - ni applicable utk anak di bawah 10 bln belum pandai berjalan (tak pernah lagi kujumpa yg dah leh jalan, sambil berdiri hisap jari :p)

2) Anak pertama tu tunduk-tunggeng tgk celah kangkang (mcm org kata bila nak tgk hantu) - baru dengar dari MIL semalam (lately mmg Aliah suka buat gitu,tak tau mana dia tiru).

Emm....Tengoklah mcmana kalau ada rezeki. Rezeki itu Allah tentukan! ;) Sbb mitos pertama dulu mmg ada Aliah buat tp tak terbukti pulak....Hahhaah. Jangan percayaa, saja syok cerita. Nak tahu ada lagi tak mitos lain yg pelik?

Baru Balik Dari Labor Room
Selain dari Mortuary, labor room dan OT serta ED Yellow Zone juga adalah tempat yg seram dikunjungi bila bertugas di hospital. Tadi baru balik tgk jiran di labor room, bunyi CTG machine itu buat jantungku berdegup kencang jugak mcm aku yg nak bersalin. Aiyak!!

Nak Marah Ke Tak?

Aku pilih tak marah...Sbb apa?

1) Sbb mungkin salah aku tak pandai coach
2) Sbb Ramadhan
3) Sbb aku pun kurang pasti skopnya

Pasal kerja, pasal sewaan komputer...Aku bagi tanggungjawab pd staf teknikal aku dan aku percaya dia leh advice management berdasarkan pengalaman dan juga berdasarkan kerja kami selama ini.

Aiseh...Hari ni bila barang sampai, aku minta nak tengok kontrak ada satu benda itu tiada. Masih dlm kawalan, aku fikir2 dulu pasai pa jadi mcm ni. Memang ada sebabnya!

Bila supplier balik, aku panggil staf itu tanya dia perasan tak apa yg kurang dgn kontrak dan how to overcome. Dia bagi lah pendapat, aku boleh terima dan aku mmg tak jadi nak marah satu lagi sbb fikir, kalau aku staf pun bulan2 camni sure tak syok kena marah, pastu dah tua kena marah mcm bos pun betui sgt (sbb we are in small dept. which all of us learns together) mmg menyampah!

Cuma aku kena ingat, takleh terlalu percaya staf........Kena jugak ada campurtangan aku dan sikap fussy aku sbb apa2 hal management sure tanya aku jugak Kena juga ingat lelaki ni fikiran dia straight ja dan boleh fikir 1 ja at a time :p Susah betui laaah! Pastu depa kata lady boss fussy.. Lady boss bukan fussy, cuma lady boss ni detail dan particular!

Friday, September 4, 2009

Pilih Menantu

Aiceh, anak baru nak masuk 23 bulan (bulan ye bukan tahun) dah dengar tip2s mencari menantu ;) Sebenarnya ini adalah tips dari ceramah Puspanita yg aku dengar semalam. Bagus tips nya ! Memang patut diikuti...

Di sini aku kongsi skit..Dia kata carilah pasangan berdasarkan resume mcm org kerja. Antara yg perlu tgk dlm resume calon itu ialah:

1) Punya asas pemahaman Islam yg sebenar
2) Miliki iman yg teguh dgn mengamalkan Rukun Iman
3) Mempunyai ciri keperibadian Islam
4) Islam dijadikan hala tuju dan matlamat hidupnya
5) Bernikah atas nama Allah, tujuan untuk jaga kehormatan dan taqwa
6) Perlu tengok pada 4 ciri asas - tahap kepatuhan dan amalan agamanya, bilangan adik beradiknya serta keluarganya (keturunan--> zuriat), taraf hidupnya (harta) dan rupanya, pastikan sekufu (@ 70% sekufu supaya kurang masalah adaptasi dan hormat-menghormati).

Selain itu, untuk kita-kita yg dah berkahwin ni jangan lupa 5 asas:
1) Tahabub - Saling mencintai
2) Tasamuh -Saling memahami (kena faham kelebihan dan kekurangan pasangan serta memahami masalah dihadapi)
3) Tasyawur - Saling bermusyawarah (discusslah bersama apa2 hal walaupun sekecil2 memilih size TV baru atau spesifikasi kereta anak)
4) Ta'awun - Saling tolong menolong (tolonglah pasangan dan keluarganya jika memerlukan termasuk bab ibadat).
5) Ta'afu - Saling memaafkan (krn sesungguhnya manusia itu tidak sempurna)

Satu lagi, Ustaz juga ingatkan bahawa tanggungjawab mendidik anak adalah tanggungjawab bersama ibu dan bapa dan tanggungjawab ini dari awal iaitu dari mula 'bersama' (solat sunat dahulu, mulakan dgn yg baik2 jgn gelojoh lagak haiwan), ketika hamil (sentiasa amalkan baca Al-Quran, jaga kelakuan dan pemakanan serta pertunjukkan kasih syg suami pd isteri sbb bayi dlm kandungan boleh rasa), memberi nama yg baik, memberi mkn yg halal, mendidik ilmu agam serta adab sopan dan juga memilih menantu (calon pasangan anak yg mematuhi syariah).

Jadi, pilihlah menantu ;)


Thursday, September 3, 2009

Jaga2, ada org follow..........

Pagi tadi saya dengar satu cerita kenangan ke PaRAM di Sinar FM.

Seorg kakak ni telefon..Dia kata 4-5 tahun time handphone baru glamer, vibrate pun baru2 nak guna. Selalunya dia letak handphone di poket suar/ belakang.

Satu hari dia ke pasar ramadhan...Tengah dia beratur nak beli murtabak, dia terasa semacam di punggungnnya. Dia alih2 tgk ada lelaki di belakangnya.

Dia pun terus marahkan lelaki itu "Eh, takde keja ke awak ni? Datang psr ramadhan nak raba2 org pulak ! "

Si lelaki yg terkebil2 tu kepelikan lalu membalas balik..."Eh, cik ni kenapa? Bila masa lak saya raba cik? Telefon cik tu yg bunyi"

Baru dia tersedar phone dia dlm vibrate mode...dia pun dengan malunya semua org pandang, tak jadi amik murtabak terus keluar dari Q dan jalan cepat2 blah.

Haaa.........Malunya lahai....Hahahha.

Wednesday, September 2, 2009

Sheh Sudah Mari!

Sheh ye (org Utara mungkin tau sebut), bukan Syeikh Muszaphar yg ensem tu atau Pak Syekh atau syuh, syuh halau ayam......

Ini sheh adalah mcm semangat atau mood (aura? kurang sesuai) atau booster.

Sheh memasak utk berbuka sudah mari ! Hiee...Dah nak masuk minggu ke2 baru sheh mau dtg. Barulah ada booster skit nak masak mcm2 ! Time ni lah nak try bukan2 atau menu yg jrg buat...

Sorry, tak semua entry aku menu berbuka ni ada gmbr...Sbb malas amik, terlupa dan takmo kecurkan liur org2 berpuasa ;) Resepi pun mls tempek sbb rasanya menu 'basic'2 ni korang semua pun tahu................


Menu Day 8
1. Siakap sweet sour
2. Tomyam ayam
3. Bistik telur
4. Roti jala_test_market
5. Puding roti U.S_test_oven

Menu Day 9
1. Kari ayam
2. Ketam bercili
3. Ayam goreng rempah
4. Nasi daging
5. Nasi putih
6. Sayur kobis
7. Roti jala Man_made (tangan suamiku..cheh...)

* Msk 2 jenis nasi sbb nak jamu family hubby.

Menu Day 10
1. Ketam bercili (leftover semalam)
2. Udang celup tepung
3. Keli goreng
4. Sayur
5. Air apple kotak ;)
6. Anggur




Memalukan!

'Saya terlupa baca niat'

KUALA LUMPUR - Tindakan tiga sekawan yang ponteng puasa dengan memakan nasi lemak di kawasan terbuka dalam gerai berhampiran Kompleks Wilayah di sini semalam akhirnya memalukan diri sendiri.

Semuanya bermula apabila mereka tengah asyik menikmati sarapan sebelum dihampiri beberapa orang anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada kira-kira pukul 11 pagi.




Dalam keadaan terkejut, seorang daripada mereka bertindak meninggalkan dua rakannya itu dan terus menghilangkan diri di tengah-tengah kesibukan orang ramai.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Jawi, Zainul Abidin Mat Noor berkata, dua lagi lelaki itu berjaya ditangkap dan mereka adalah antara 15 umat Islam termasuk seorang wanita yang ditahan dalam operasi pemantauan dan pencegahan sempena Ramadan.

"Semasa ditahan, seorang lelaki memberi alasan terlupa membaca niat puasa," ujarnya pada sidang media selepas mengetuai operasi selama enam jam semalam.



Aku pun terjumpa dgn mala'un yg tak malu dan tak takut hukum Allah di McDonalds Subang Parade Isnin lepas...Aku Q utk belikan Aliah fries dan nugget. Buat pertama kalinya aku tak rasa malu beli mkn di bulan puasa :D Semuanya krn anak !

Budak remaja 2 org ni, mat punk selamba je order McValue Meal Lunch Set.....Blkg aku Cina2. Malu siot! Dan aku jugak rasa mcm hangin sbb si restaurant manager, sorg makcik (awal 4o-an) ni walaupun muka dia mcm bengang kena jual mkn kat budak Melayu (insyallah Islam) tapi tetap jgk amik order budak 2 ekor tu tanpa sound apa2 !

Begitu juga minggu lepas semasa aku Q di The Store beli brg pantry office....Ada cashier Melayu ni selamba je pegang botol Vodka yg org depan aku tu beli (rasanya yg beli tu Myanmar). Mungkin mereka tiada pilihan kerja, tp $##^*#&(#&*(^* BUKAN TAK TAHU HALAL HARAM KOT?




Tuesday, September 1, 2009

Misson R 1431H: Night 2

Mission R 1431H, apa tu? Ahahaa...Actually, semlm terfikir nak tukar tajuk ni. Mission Ramadhan 1431H adalah mission Ramadhan ku tahun ini tuk berterawih di masjid bersama Aliah. Jadi mlm 30 Ogos baru ni, malam kedua aku bawak....Mlm ke 9 Ramadhan. Alhamdulillah, ada improvement walaupun aku tak sempat bagi dia tido petang! Gamble ahh...

Saf dah kurang 3 saf (dari belakang).....Jadi aku amiklah saf ke2 dari last (saf last total kanak2/ remaja). Saf aku pun ada campur2 lah mak2 budak serta nenek2! Aku amik yg hujung, Aliah slow dah mlm ni (dia mmg dah gosok mata time kuar lagi)...Tp sbb leka tgk budak lain solat, aku berjaya jugak sampai tazkirah (rakaat ke4).

Time tazkirah, dia gi korek hidung dia tu (oohh..hidung ni luka sbb jatuh hari tu). Berdarah2, terpaksa aku cepung dia bwk basuh. Tisu lak tade, mmg lap pakai bj dia jerlah! Masih gigih aku rasa leh buat sampai 8...Dia dah baring2 time tazkirah sambil pegang hidung (tak selesa). Mmg makcik2 sebelah puji lah Aliah duduk baik (budak2 lain ada yg berlari2, main dan tgk2 luar) ;) Bangga ibu !

Tapi dia mmg tak selesa dan rimas tgk baju dia kotor (kena darah tu) ditambah lak dah mengantuk...So baru aku nak rukuk rakaat ke6 dia dah tarik siren. Arrrr....Stop lagi lah nampaknya! :|

Alhamdulillah ada improvement.........Itu yg penting. Sudahnya, aku habiskan lagi baki 4 rakaat dan witir di rumah!

Aku rasa ada anak kecil bukan halangan utk kita beribadat di masjid....Kena mula dan belajar. I mean, bukan je kita mula supaya tak kekok dan panik atau give up, kenalah belajar camna nak handle. Juga kena mula biasakan anak kita dgn masjid supaya dia tahu masjid bukan je dapat dengar azan dan solat bagi lelaki!


Kena Dera!

Adoihlaaah........Sungguh geram dan sedih tgk tangan dia ni. Dia ni pulak jenis tak reti tgk saja luka ke ape ke, dia mesti nak korek.

Mcm hari tu lah, hidung baru nak baik...Dia korek lak kuping tu sampai berdarah semula. Nasib myk gamat sgt mujarab, letak satu mlm je dah kering esoknya.

Wahai Aliah Irdina, lain kali dengarlah cakap ibu dan papa ye...Kalau nak cepat baik, kang terjerit terlolong time mandi takut kena air (siap angkat tgn tinggi dan mtk pakaikan plaster).

Uh.........Cerita pasal dera ni, taktahu mcmana dia kena dan mcmana dia tak sakit,tak bagitahu kami sampailah kami perasan sendiri kesan itu sbb nak taruk myk gamat pd kesan luka lama. Wahai Aliah Irdina, lain kali sakit2 camni kenalah bgtahu ibu dan papa ye ??!!

Mintak doa semoga tak kena lagi...



Hmm..............Tak tahu nak kata apa....................

........................................................
.................................................
.....................................
..............................
........................
.....................
.................
............
........
....







Tapi inilah akibatnya kalau anak sibuk nak msk sama di dapur! ;)