'Saya terlupa baca niat'
KUALA LUMPUR - Tindakan tiga sekawan yang ponteng puasa dengan memakan nasi lemak di kawasan terbuka dalam gerai berhampiran Kompleks Wilayah di sini semalam akhirnya memalukan diri sendiri.
Semuanya bermula apabila mereka tengah asyik menikmati sarapan sebelum dihampiri beberapa orang anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada kira-kira pukul 11 pagi.
![]() |
|
Dalam keadaan terkejut, seorang daripada mereka bertindak meninggalkan dua rakannya itu dan terus menghilangkan diri di tengah-tengah kesibukan orang ramai.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Jawi, Zainul Abidin Mat Noor berkata, dua lagi lelaki itu berjaya ditangkap dan mereka adalah antara 15 umat Islam termasuk seorang wanita yang ditahan dalam operasi pemantauan dan pencegahan sempena Ramadan.
"Semasa ditahan, seorang lelaki memberi alasan terlupa membaca niat puasa," ujarnya pada sidang media selepas mengetuai operasi selama enam jam semalam.
Aku pun terjumpa dgn mala'un yg tak malu dan tak takut hukum Allah di McDonalds Subang Parade Isnin lepas...Aku Q utk belikan Aliah fries dan nugget. Buat pertama kalinya aku tak rasa malu beli mkn di bulan puasa :D Semuanya krn anak !
Budak remaja 2 org ni, mat punk selamba je order McValue Meal Lunch Set.....Blkg aku Cina2. Malu siot! Dan aku jugak rasa mcm hangin sbb si restaurant manager, sorg makcik (awal 4o-an) ni walaupun muka dia mcm bengang kena jual mkn kat budak Melayu (insyallah Islam) tapi tetap jgk amik order budak 2 ekor tu tanpa sound apa2 !
Begitu juga minggu lepas semasa aku Q di The Store beli brg pantry office....Ada cashier Melayu ni selamba je pegang botol Vodka yg org depan aku tu beli (rasanya yg beli tu Myanmar). Mungkin mereka tiada pilihan kerja, tp $##^*#&(#&*(^* BUKAN TAK TAHU HALAL HARAM KOT?
No comments:
Post a Comment