Thursday, September 17, 2009

Seronok ke Raya kg Mertua?

Well, ini raya ke3 raya di kg hubby...Upss, bkn kg hubby tapi kg PIL sbb kalau ikut kg hubby, PIL dok di Sg Buloh je which is tiap2 pun kami balik kg. Hahaa!

Ni sedikit kenangan beraya di kg mertua....
2004 - Tahun pertama kahwin, mengalah sbb kebetulan di Kedah pun arwah mak aku 'baru' meninggal jadi hanya kakak abg di sana, jadi tade desakan kuat sgt utk balik sana.

Sungguhla terkejut.....
1) Sambal goreng (campuran sambal, udang kecil2, tempe, tauhu, so'un,carrot dan kcg pjg).
2) Ketupat nasi
Dimasak banyak2 dan dihantar ke hampir semua rumah (ada la dekat 20-30 rumah) Penatnya mata kopek bawang segala (pedih mata woo..kang x mo buat, nanti dicop menantu pemalas lak ;p )

Mana ketupat pulut? Mana gulai ayam? Urrgh...Meleleh air liur tak dpt mkn. Meleleh jgk air mata bila dgr takbir raya sbb Syawal thn lps mak aku baru meninggal.

Pastu pagi raya lagi terkulat2 sbb takleh pegi solat raya di masjid...Family mertua aku, pompuan mmg jarang pegi masjid sbb sibuk uruskan juadah utk tetamu yg akan dtg menziarah atok slps solat raya.

Bestnya pula.......
1) Rumah dikelilingi pelita dan bau myk tanah tu sungguh nostalgia kg (yg pernah kuidamkan
zaman sekolah dulu utk mempunyai kg sendiri)
2) Mlm raya ada org marhaban/ masjid gilir rumah ke rumah utk bertakbir
3) Beraya sampai ke JB merata ceruk pangkat moyang pun masih pegi - ikatan kekeluargaan
masih kuat.

2006 - Tahun ketiga kahwin, time ni mcm baru kahwin jgk sbb sudah kehilangan arwah Ain dan masih dlm usaha mendapatkan yg lain. Ikutkan sahaja tempo. org Johor beraya cuma betul-betul rindu air ais dan mi-mi segala sbb merata rumah pergi, memang tak dpt air berais dan mkn lain selain mkn tradisional - kuih raya, ketupat, sambal tempe dll.

2009? Insyallah dah leh adapt dgn suasana raya org Johor dan masakan2 nya...Huhuu, seronok sbb bwk Aliah berjalan byk rumah (tak mcm di Kedah nun..)...Seronok gak nanti dpt singgah mkn mi bandung atau nasi briyani gam!

* 2007 adil - Beraya di Sg Buloh je sbb Aliah dah menjengah dunia seminggu sebelum raya ;)

3 comments:

Stay Sane Mama said...

kak sal, mesti depa makan lontong la apa suma tu kan.,hee tak reti mkn.hehe..saya kedah pure.even dh dduk pindah kl dah..

Beautiful Life said...

Sal. laki kau org Johor ker??? La sama la dgn laki aku...org BP...raya kat Johor eh...? Aku first time raya sana macam pelik gak la sbb takder lemang...aku ni bab raya takde la tradisional sangat cuma org Johor raya dengan lontong aka nasi impit makan dgn kuah lodeh, ayam rebus kicap/masak merah, sambal goreng (ada tempe, kacang panjang, hati, pedal). Kalau bab sedara mara berziarah tak yah cakap la..mmg ramai sbb nyai tinggal dengan PIL. Lain suasana banding raya KL yg biasanya takder bende pun...:p

Anyway, Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Jemputlah dtg rumah...

salzahari said...

:: sarah::
lontong takpa lg sbb pernah makan di KL jgk..tp sambal goreng dan tiadanya ketupat palas itu,buatku tegar rasa raya di Johor kurang rasanya :p

::Beuatiful Life::
ye lah Nuwal...Batu Pahat lg, nasib bkn JB ka Kota tinggi ka jauh gilak. aku pun sama, kurang masuk lah sambal goreng dan aktiviti ziarah tu yg agak memenatkan.unless flexi, tak konvoi dgn PIL.

** bilanya leh dtg rumah hang?