Friday, September 4, 2009

Pilih Menantu

Aiceh, anak baru nak masuk 23 bulan (bulan ye bukan tahun) dah dengar tip2s mencari menantu ;) Sebenarnya ini adalah tips dari ceramah Puspanita yg aku dengar semalam. Bagus tips nya ! Memang patut diikuti...

Di sini aku kongsi skit..Dia kata carilah pasangan berdasarkan resume mcm org kerja. Antara yg perlu tgk dlm resume calon itu ialah:

1) Punya asas pemahaman Islam yg sebenar
2) Miliki iman yg teguh dgn mengamalkan Rukun Iman
3) Mempunyai ciri keperibadian Islam
4) Islam dijadikan hala tuju dan matlamat hidupnya
5) Bernikah atas nama Allah, tujuan untuk jaga kehormatan dan taqwa
6) Perlu tengok pada 4 ciri asas - tahap kepatuhan dan amalan agamanya, bilangan adik beradiknya serta keluarganya (keturunan--> zuriat), taraf hidupnya (harta) dan rupanya, pastikan sekufu (@ 70% sekufu supaya kurang masalah adaptasi dan hormat-menghormati).

Selain itu, untuk kita-kita yg dah berkahwin ni jangan lupa 5 asas:
1) Tahabub - Saling mencintai
2) Tasamuh -Saling memahami (kena faham kelebihan dan kekurangan pasangan serta memahami masalah dihadapi)
3) Tasyawur - Saling bermusyawarah (discusslah bersama apa2 hal walaupun sekecil2 memilih size TV baru atau spesifikasi kereta anak)
4) Ta'awun - Saling tolong menolong (tolonglah pasangan dan keluarganya jika memerlukan termasuk bab ibadat).
5) Ta'afu - Saling memaafkan (krn sesungguhnya manusia itu tidak sempurna)

Satu lagi, Ustaz juga ingatkan bahawa tanggungjawab mendidik anak adalah tanggungjawab bersama ibu dan bapa dan tanggungjawab ini dari awal iaitu dari mula 'bersama' (solat sunat dahulu, mulakan dgn yg baik2 jgn gelojoh lagak haiwan), ketika hamil (sentiasa amalkan baca Al-Quran, jaga kelakuan dan pemakanan serta pertunjukkan kasih syg suami pd isteri sbb bayi dlm kandungan boleh rasa), memberi nama yg baik, memberi mkn yg halal, mendidik ilmu agam serta adab sopan dan juga memilih menantu (calon pasangan anak yg mematuhi syariah).

Jadi, pilihlah menantu ;)


5 comments:

Fid said...

bagus content nya harus kita ambil kira

yaya said...

yup harap dapat menantu yg baik bukan dapat menantu hantu...

myfamilybiz4u said...

betol tu..nk pilih menantu bukann main asal boleh jee kn :)

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

salzahari said...

yer, kita bkn lah nak fussy bab menantu siapa piihan cuma elok kiranya kita terapkan siap2 pd anak kita bila mereka dah akil baligh camna calon yg sesuai...jgn pakai konsep dari mata turun ke hati je!